Kisah Rumput


Share on Tumblr Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sumber: SamsClub Kisah Rumput

28 Komen:

Tanpa Nama berkata...

so sweet

Tanpa Nama berkata...

oooooo....sgt menyentuh hati...

Tanpa Nama berkata...

camne nk amik article ni.. email me plez.. micha_spnge@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

meaningful

Tanpa Nama berkata...

aku dlm dlema nie.. sape leh tlg aku...aku x thu nk wt plihan yg mne 1 nie..aku cmfius nie..waaaaaaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

sangat menyentuh hati..sedih pn ade gak coz cm tekene kt dri sndri..huhu....

opieh berkata...

sangat menyenangkan jiwa yang tengah gelorah. . .

Tanpa Nama berkata...

sangat menarik dan boleh dijadikan ingatan dalam sesuatu perhubungan

Tanpa Nama berkata...

boleh dijadikan pedoman. jangan mengharap pada yang tak pasti. terima seadanya.

Tanpa Nama berkata...

so blaja la bersyukur & menghargai dgn ape yg kite ada sekarang ni kan...
Alhamdulillah, Amin....

Tanpa Nama berkata...

btol kate ckgu tuee..
cm kish sy ngn ex bf sy...
die nk yg perfect dri sy..
smpai skung dy x derk kapel lg..

Tanpa Nama berkata...

sekarang aku sudah m'relakan cinta ku sendiri terhadap tia...pd mu.......tapi apa yg kau lakukan pd tia.....kau kecewa kan dgn cara....kotor..kau cium s'org laki di depan tia.......DASAR PEREMPUAN TAK SEDAR DIRI..............

Tanpa Nama berkata...

nak sgt ayt nie...tp x blh copy r...blh x email kt i...shieda_5030@yahoo.com.my

Tanpa Nama berkata...

how sweet!!!

anilama berkata...

THAT TRUE!!!
NK SGT CITE NIE
TP XBLH COPY...
CAM NE AE???
TLNG HNTR KT EMAIL...
niena_5000@yahoo.com...

kakak syafiqah berkata...

touched...
can some1 tell me how 2 get this articles,pleazzz
EMAIL ME ON:nursyafiqah279@yahoo.com
thank q

ayen.. berkata...

saye suke citer ni tp mcm pnah baca seakan sama ngn cite "antara ranting dan pokok"...apepun ia tetap best

Tanpa Nama berkata...

menyentuh perasaan..
bleh wat pengajaran
amni nk jugak citer ni
email : cokelat_panaz@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

anatasya77_2000@yahoo.com
memag satu cerita pendek yang banyak pengajaran dan perlu direnungkan bersama.

afizha berkata...

bagus banget crinya...
kamasih moga bisa jadi pelajaran bagi aku yang baca...^_~

afizha berkata...

bagus banget crinya...
kamasih moga bisa jadi pelajaran bagi aku yang baca...^_~

Alif Haris berkata...

i love this short story!!..:)

boydez cacss berkata...

oleh itu,,,apa bila kita memilih sesorang janganlah melihat dari segi rupa nya, tetapi hargailah pengorbananya,..

Tanpa Nama berkata...

kereeennn..

Tanpa Nama berkata...

best sgt cerita ini.mintak share ye...

Tanpa Nama berkata...

sy sngt suka dialog ni...memang betul pun kita patut hargai insan yg muncul dlm hidup kita..jgn sia-siakannya...

Unknown berkata...

caya la ...
suka !
hehe ..

Tanpa Nama berkata...

Urm....best jgak....tpy mcm mna sseorng tu nk jdy org yg dsyngi...ssah hndak mncry sserng yg ckup setia..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.