Bagaimana bersikap terhadap permasalahan?


Share on Tumblr Kisah ini berkisar tentang seorang pemuda yang menghadapi permasalahan hidup yang sangat besar. Sehingga hampir-hampir hilang panduan hidup. Satu hari dia menziarahi kakak dia yang tinggal di kawasan pendalaman. Dia mengadu perihal nasib yang dialaminya ketika berada di rantau orang. Segala permasalahan diluahkan kepada kakaknya yang sangat menyanyangi adiknya itu. Setelah selesai sang adik meluahkan perasaannya kepada kakaknya, si kakak bangun dan terus ke dapur. Si kakak kembali dari dapur dengan membawa segelas air dan beberapa genggam garam. Lantas si kakak mengajak si adik keluar ke halaman rumah.

Dihalaman rumah terbentang sebuah kolam kecil yang terbentuk daripada anak-anak sungai yang mengairi kawasan pendalaman itu. Airnya sangat tenang, jernih dan bebas dari sebarang bentuk pencemaran. Kelihatan juga si anak-anak ikan menari-menari dari dasar kolam tersebut.

Lantas si kakak berkata, “Adikku, segelas air ini ku campurkan dengan segenggam garam, nah ambil ni dan cuba kau minum”.

Jawab si adik, “Kakakku, air ini terasa sangat masin sekali”

Si kakak menjawab, “Adikku, sekarang kau cuba ini pula”, Lantas si kakak mencampakkan semua baki garam yang berada di tangan nya ke dalam kolam yang terbentang di hadapan matanya.

Si kakak, “Adikku, cuba kau ambil air kolam ni dan cuba rasa”.

Si adik pun mengambil air dari kolam tersebut dan meminumnya. Apa yang dirasakan adalah tawar semata-mata.

Lantas si kakak berkata, “Adikku, itulah perumpamaan dalam hidup kita. Gelas dan kolam adalah perumpamaan bagi jiwa kita, manakala garam adalah perumpaan bagi masalah yang dihadapi. Cuba adik bayangkan, jiwa yang kerdil adalah ibarat gelas kecil tadi, sedikit garam pun yang kita letak akan terasa masinnya. Begituah jiwa kita, bagi jiwa yang kerdil akan terasa berat walaupun masalah yang dihadapi adalah masalah kecil. Tapi bagi jiwa yang besar perumpamaannya adalah seperti kolam tadi. Sebanyak mana pun garam yang ditaburkan, airnya tetap tawar. Sebesar mana pun masalahnya, jiwanya tetap tabah dan tenang menerimanya.”

Si kakak meneruskan bicaranya, “Adikku, dari itu hendaklah engkau memperbesarkan jiwa ragamu, dengan cara apa kau harus memperbesarkan jiwa ragamu?” Si kakak bertanya.

Lantas si kakak menjawab balik pertanyaan yang dikemukannya tadi, “Perbanyakkan solat dan mengingati Allah, berishtifar, bersyukur sebanyak-banyaknya, bersilaturahim, memaafkan kesilapan orang, bersedekah dan membuat kebajikan yang banyak. Insya Allah hati kau akan lapang, bahkah selapang-lapangnya”.

Moral: Perbanyakkan amal soleh. Moga hidup beroleh kebahagian.

Dipetik dari blog Qasseh-Hati Bagaimana bersikap terhadap permasalahan?

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

' KAU TINGGALKAN AK SENDIRI... SEPI TANPA KATA. APA SALAH KU.. APA MAKSUD MU.."

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.