Mengenal Kelemahan Lelaki - Dr.HM.Tuah Iskandar


Share on Tumblr Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua. Mengenal Kelemahan Lelaki - Dr.HM.Tuah Iskandar

59 Komen:

Tanpa Nama berkata...

memang sukar memahami lelaki..

Tanpa Nama berkata...

begitu mudahkah lelaki itu kalah dgn wanita?
lelaki2..kuatkan hati jika ada wanita setia yang menanti..jgan ikutkan hati dan nafsu yang lesu..

Tanpa Nama berkata...

lelekimemeng selalu nafsu,jangan hanya menyalahkan wanita yang selalu membuatnya lemah dan tidak perkasa karena memang IMANYA yang tidak kuat...

Tanpa Nama berkata...

sukar utk mmahami diri sbenar lelaki apa yg sbenarnya mereka mahukn.sudah punya isteri yg baik,keluarga yg bhgia,anak yg soleh dan solehah tpi msih mncari lain.

Tanpa Nama berkata...

kalau cari lagi mseh mncari tu makna nya lelaki belum temui apa yang di cari.yang ada tak cukup pekej nya. atau dah kurang atau hilang power dan dah tak menyengat..
semua tu mungkin saja tu...

Tanpa Nama berkata...

~aku berpendapat kalo dh gatal nk cari lain, lepaskan yg dh sedia ada dan teruskan lh mencari jodoh d luar kalo mmg dah nafsu tu xble kawal, lelaki yg tergolong nie..mmg pyh nak berubah melainkn diri sendiri,kalo aku minta d tinggalkan ja!buang masa, skt otak ja nk pikir!!!~

Tanpa Nama berkata...

cube bayangkan andai wanita mempunyai satu nafsu yang sama seperti lelaki.. apa akan terjadi d dunia ini ye?

Tanpa Nama berkata...

cintailah lelaki dengan tulus..
maka dia akan cintai kita,meskipun butuh waktu yang lama...

cinta karena Allah... :)

Tanpa Nama berkata...

kesabaran seorang wanita akan melunakkan hati lelaki,
maka sabarlah kalian menjadi seorang wanita...
sayangi dan cintailah dengan ketulusan dan kesabaran...
karena sesuatu akan indah pada saatnya,, :)

Tanpa Nama berkata...

sifat lelaki berlawanan dgn perempuan..so, memg sukar nak pahami sifat ant satu sama lain...hanya masa yg menentukannya.....

Tanpa Nama berkata...

betul...kekerasan hanya akan cair dengan kelembutan..,maka bersabarlah kaum sejenisku..,kelembutan kita akan meruntunkan hati seorang insan bernama lelaki/suami.
amin...

Tanpa Nama berkata...

knpa sih.. susah banget nngerti seorang lelaki.
Sikap dan sifatnya gak pernah bisa ditebak??

Tanpa Nama berkata...

komunikasi lelaki dan perempuan ni sukar sangat la.Dia cakap lain,kita faham lain,dia pun sama gak.Knapa mcm 2 yer??

Tanpa Nama berkata...

susahnya mencari lelaki yang setia

Tanpa Nama berkata...

btol3 tu...........!!

Tanpa Nama berkata...

ahhhhhhhhhhhh takut percaya ma laki2

Tanpa Nama berkata...

Cakap lain.. buat lain.. lelaki memang mcm tu.. susah sangat nak percaya dia org.. Sayang memang sayang.. tapi kekadang menyakitkan hati...

Tanpa Nama berkata...

llaki nie msti stia dgn prmpuan..
prmpuan nkkan yg tbaek dri s'org llaki yg bley m'bimbing kreka..
jgn m'permaenkn kaum wnita..

Tanpa Nama berkata...

mmg lelaki menyakitkan ati je..aku nk cite sikit arr pasal diri aku nie..pengajaran la..bg kat luar sana tue tlng la ambik pengajaran..aku nie muda lagi dlm 20an..xboy pon sm la gak beza 2thn..aku bcinta tahap entahlah..susah nk ckp..arrr..kira bkorban ap saja..jauh ngan family janji dekat ngan buah hati..sbb ap aku jd cm tue?aku pecaya kat die sbb die sepupu aku..ayat punya la manis..janji mcm2 la..masa bcinta sume aku tak nampak..skrng nie..benci aku teramat2 la benci..insan yang aku benci skrng die la..tau nk aku benci sgt2 kat die???sbb die tido ngan kakak setempat keje aku,kakak yg ejas aku msk keje ..dl (xboy)die keje tmp nie sekali..tgk la ape nk jd???kakak tue mmg celaka gler..ingat cantik sikit tue smpai ke tua ke?aku mmg fedup gler..kpd pompuan yg rase diri yg terasa diri tue elok dan blh nk rampas2 hak org..atau nk ckp biase la sosial..ok..aku nk tgk klu nnt ko nk kahwin ko terus terang kat ko punye bakal suami..ape ko buat..mst ko kena tendang terus..dan kepada lelaki2 yg xblh kawal nafsu..jgn la korang nk menipu..yg xblh nk kawal binatang je..so..korang mmg binatang la..sbb klu btl tak blh kawal..np tak buat tempat2 awan yang org ramai tgk???aku nk bterima ksh la bebanyak kat jantan dan betina yg penah menyakiti hati aku nie..sbb klu korang punye drama lucah tak dak aku mgkin akn tertipu smp aku mati kot..dan aku xmgkn akn dpt seseorg yang mcintai aku seikhlas hati mcm sekarang..

Tanpa Nama berkata...

hah..padan muka mu..percaya lg...

Tanpa Nama berkata...

renung2kn...
n samat beramal..

Tanpa Nama berkata...

lelaki memang akan sentiasa bernafsu..... pantang nampak perempuan dahi licin......
lelaki memang x cukup yang satu.

Tanpa Nama berkata...

ish...ish. lelaki2...harap ja bobel je besar..hehehe...lemah nak mampus.. lau dah getek tu getekla jgak..tapi bagi lelaki yang baik. jgnlah terasa

Tanpa Nama berkata...

Laki yg baik akan m'bmbing wanita yg getek... Wanita yg baik akan m'bmbing laki yg b'nafsu... Jgn la t'lalu m'cintai s'seorang, kerana tiba masanya kamu akan amat m'bencinya... Renung2kan n slamat b'amal..

Tanpa Nama berkata...

kpd wanita diluar sn pcyla..Allah da tentukan sp sbnrnya llaki yg akn dijdkn utk kt..kpd wanita jgnla terlalu pcy sgt pd llaki sbb kt xtau lg adakah kejujuran dan kepercayaan kt akn diblas sm oleh llaki..dan pcyla Allah akn jdkn ppuan yg baik utk llaki yg baik dan llaki yg baik utk ppuan yg baik..klu bcnta jgnla terlalu iktkn hati dan nafsu semt2..bercintala berlandaskan syariat..k.

Tanpa Nama berkata...

betol-betol la sesangat..tp blh ckp la ms xbetol2 suke kn seseorang..klu dh bcinta mst dunia pon xingat..hahhahahahhahahha...

Tanpa Nama berkata...

Tanya pada iman.. apa yang di mau dr hidup? mungkin ketenangan yang dicari bukan pada isteri pertama.. mungkin pada isteri kedua.. mungkin pada "teman tapi mesra".. tapi ape pun landasan untuk bercinta ada dlm syariat...

jangan salahkan lelaki kerana nafsunya semata2.. mungkin ada sebab yang lebih kukuh dari nafsu semata2.. macamana kalau dia sayangkan isteri pertama.. tapi hatinya tak tenteram kerana ujian yg Allah beri pada dia.. lalu diwujudkan perempuan lain yg boleh mengingatkan dia tentang tugas dia sebagai hamba Allah.. dan sebagai suami..

salahkah kalau jadi jatuh cinta kerana Allah.. iaitu cinta yang tidak lebih dr cinta kepada Allah?

wahai wanita... buka kan mata... suci kan hati...
bukan semua poligami itu kerana nafsu...
cari lah bahagia di akhirat.. jangan ikut telunjuk nafsu dan cemburu... insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

...kdg kt sbg pompuan t'lalu percayakn lelaki yg bt kt rse bahagia tp kdg2 sume 2 1 p'bohongan.d'org x sesetia yg kt hrpkan..x sume yg kt hrpkan kt kan dapat.jgn mdh b'pts asa n menyerah kalah dgn pe yg t'jd.n xsume lelaki jht.sbg pompuan jgn terlalu menyayangi insan yg belum tentu kan m'jd suami kt

Tanpa Nama berkata...

Salam.sayew nak comment ckit pasal isu poligami ni n cinta nie yer..rasew2 nyew di zaman yang semakin kmbali ke era jahiliah,adew lagi kew lelaki yg berkahwin 2 atau 3 semata2 kerana Allah??Rasenye nisbah nye 1 dalam sejuta kot...wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

inilah masalah dengan kita pada hari ini, hari2 kita dilalaikan dengan bermacam keseronokkan dunia, sedangkan kewajiban kita kepada Allah terlalu sedikit sangat yg kita tunaikan, bahkan mcm mcm yg diutarakan td.. kembali kezaman jahiliah..

salahnya tentulah pada diri sendiri kerana menurut telunjuk nafsu dan hasutan syaitan. kalau perkahwinan itu berlangsung tanpa pengisian untuk mendapat keredhaan dan rahmat dr Allah tentulah byk musibbahnya..suami curang, isteri derhaka.. byk lagi yg kita istilahkan sebagai masalah rumahtangga

dlm hal ini, kaum lelaki paling byk kejelikkannya kerana bg kaum wanita itu poligami itu tak harus berlaku. sebenarnya, apa yg terjadi adalah kerana rasa cemburu org perempuan.. itu hakikat yg tak dapat ditidakkan.

cemburu wanita itu dijelaskan oleh nabi bila ditanya oleh para sahabat ketika ditanya tentang cemburu siti Aisyah, dan nabi akui bhw siti aisyah itu seorang yg cemburu. tetapi nabi muhammad katakan juga bhw akhlak siti aisyah itu adalah akhlak alquran.

jd jelas disini, cemburu itu boleh saja, asalkan tidak menidakkan sesuatu yang benar.

Mengapa ragu2 masih ade lelaki yang berpoligami kerana Allah? Berapa ramai lelaki disini yang mengharapkan keredhaan Allah tetapi diuji dengan pandangan mata yg dikelilingi wanita2 yg bukan muhrim lalu hatinya jd resah! sedangkan perkahwinan diharap dapat menundukkan pandangan pada wanita yg bukan haknya. percaya atau tidak.. kadang2 pandangan itu tlh ditundukkan, tapi mata hati nampak wanita yang lebih soleh diluar, maka dgnnya dia nampak ketenangan.. lebih damai dr isteri yang dirumah yang degil dan tidak mendengar kata, tudung mcm tak bertudung, atau tudung jarang, atau tudung berfesyen yang menyingkap dada, bukan krn tidak diberitahu oleh suami, tapi keran kerasnya hati wanita hari ini.. lalu salhkah kalau yang ingin dikahwini itu lebih baik dari isteri yang ada sekarang? semata2 kerana mahu mendapat keredhaan Allah dan menunudukkan pandangan dr wanita yg bukan hak serta menggunakan kelemahan cemburu wanita agar dia juga berubah laku.. lebih bertakwa pada Allah... dengan sebenar2 takwa.. bukan hanya sekadar melepas batuk ditangga..

Tanpa Nama berkata...

"WANITA YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI YANG BAIK"...begitulah sebaliknya...

janganlah anda mengharapkan lelaki sebaik Ali jika anda tidak setabah Fatimah...

pikir2lah balik wahai wanita yang rase2 dirinya tu baik sangat kalu nk bandingkan ngan lelaki..dua2 pun sama,buatpa nak risau kalu hgpa baik,insyaAllah hgpa dapat jodoh yg baik2 saja..tu semua ujian...

Tanpa Nama berkata...

Wanita mmg mempunyai kuasa 2 tapi wanit hanya mahu mereka bahagia padahal yang lelaki ne sggp korban untuk wanita so renung2 kan dan selamat beramal

hasriadi berkata...

kelemahan lelaki ada pada wanita and
kelemahan wanita ada pada lelaki
keduanya harus saling beriringan.

Tanpa Nama berkata...

cinta itu laksana setitis embun yg turun drpd langit..
ianya bersih dan suci..
cuma tnh yg mnerimanya shj bbeza..
jika jtuh ktnh yg plsu maka tumbuhlah kdurjanaan..
ttapi, jika jtuh ktnh yg subur maka tumbuhlah ksucian hati..

Tanpa Nama berkata...

salam..bagi saya lelaki semuanya sama..suami saya pon sama,pandai berpoligami,tp tak pandai fahami apa mkdd sebenar poligmi di sisi allah swt..pompuan tu lak,terlalu murah hingga sanggop tdo dgn suami hngga lahirnya anak luar nikah..lelaki mmg pandai berkata2,macam lidah biawak..

Tanpa Nama berkata...

lelaki ada 9 akal,1 nafsu..sbb itu mereka agak bangang memilih antara kaca dgn permata..pada kaum hawa,waspada dgn janji manis lelaki,abis madu sepah akan dibuang..

Tanpa Nama berkata...

salam...
banyak kisah lelaki yang perlu kita ketahui...
saya nak kongsi sdkt kisah saya kepada insan yang diluar sana....
lelaki tidaklah sejahat yang kita sangka tak semua lelaki hanya untuk meluaskan nafsu terhadap kaum wanita..
fikir secara meluas apa yang penting di dalam sesuatu perhubungan adalah keikhlasan untuk dikasihi dan disanyagi dan niat hanya allah s.w.t....akan bahagia perhubungan kita hingga akhir hayat...insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

Apa pun pulangkan diri kite kepada Allah s.w.t...
I sudah bersuami..tapi I umpama pemuas nafsu yang 1 ..dia ignorance...dah 13 tahun..datang sorang lelaki...dulu suka..tapi x berani nak ckp..skrg dah berkdudukan..lepas 15 tahun cari saya balik..dah kahwin..katanya kesunyian..I bahagia dgn dia..dia mmg pakar menggoda..nasib baik I mampu bertahan..I jadikan kisah I n dia satu tesis kehidupan...until..I dpt kesimpulan..
lelaki mmg x pernah puas dgn 1 perempuan..tapi perempuan..kita tetap akan kalah..lelaki ada 4
kekosongan...kita pompuan pastikan ..mantapkan diri dengan kerja..kuatkan iman..JANGAN bergantung pada lelaki..kita tak tau..kalu sok lusa kita kena kongsi kasih...tpi ingat..kalu itu trjadi kita ade kerjaya n...most importantly cintailah 200% anak-anak kita..sebab
LELAKI mmg LELAKI.....

Tanpa Nama berkata...

ish rilek2..dugaan tu..tp jgn lupe,kite agama yg mane..hidup hanye sekejap..kalo hidup berasaskn agama-Nya yg 1,insyaAllah..bahagia dunia akhirat..dalami ilmu agama kita..dulu aku pn dok tensen pasal isu ni..tp bile aku pndg balik,sume tu small matter je..Dia saje uji aku..aku dalami ilmu dunia n akhirat, aku berjaya tackle die balik..ilmu dunia xkurang pentingnye, tu yg aku nk stresskn bia xdla aku knon2 nk ckp sal hal agama je..sbb aku pn dulu kurang gemar nk trime nasihat2 mcm ni..tp pcyala ckp aku..aku bahagia skrg..betol,wanita yg baek hanye utk lelaki yg baek..aku nk jd wanita yg baek..kalo die xstat nk berubah utk aku, biala aku stat dulu..& hasilnye manis sgt..yg baek dtg dari NYa dan yg buruk dtg dari diri kite sndr..wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Lelaki memang sukar utk difahami.. semakin dikenali, semakin sukar utk mengenali sikapnya....

Tanpa Nama berkata...

kenape lelaki manja ang kita

Tanpa Nama berkata...

duhs..aku xpaham, ramai org nk dekati aku, nk cinta aku.. tp aku mtk mmaf, x dpt bls cinta mereka, kerana hati n cintaku pd 1..cuma aku x phm knp la cintaku begitu terduga.. hanya tuhan je yg tahu

Tanpa Nama berkata...

mmg susah nk faham lelaki..mereka terlalu ego..kadang2 menegakkan benang yang basah..tanpa alasan dan bukti yang kukuh..kadang2 pernah juga terfikir, macam mana mereka apabila berada di tempat kaum hawa ( pasangan ) mereka untuk satu hari sahaja..biar mereka merasa apa yg mereka buat..bagi saya, kita hidup di dunia ini sementara, so buatlan amalan yg baik, juz hepi jak..

fizah berkata...

sy berkahwin di usia 21 tahun. awalnya, perkahwinan kami seperti dilanda badai akibat campurtgn drpd keluarga mertua hingga ke saat sy tidak mampu melawan keadaan. tp dgn kasih syg dan rasa cinta yg mendalam terhadap suami, tuhan memakbulkan impian sy. akhirnya, suami sedar segala kesilapan keluarganya dan kini sy bahagia... sebagai wanita, percayalah dgn diri sdiri. yakinlah dgn tuhan. selagimana kita berniat baik thadap kehidupan kita.. tuhan pasti akan membantu dan kebenaran akan selalu terbukti.

Anonymous berkata...

mmg susah nk faham lelaki..mereka terlalu ego..kadang2 menegakkan benang yang basah..tanpa alasan dan bukti yang kukuh..kadang2 pernah juga terfikir, macam mana mereka apabila berada di tempat kaum hawa ( pasangan ) mereka untuk satu hari sahaja..biar mereka merasa apa yg mereka buat..bagi saya, kita hidup di dunia ini sementara, so buatlan amalan yg baik, juz hepi jak..

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang memang susah nak fahami lelaki....ego pun kuat..tapi kalau kita sayangkan hugungan kita dengan dya..maka belajarlah bersabar menghadapi lelaki seperti ini....lama-kalamaan dya juga akan berubah...jagn cepat melenting dengan mereka...

Tanpa Nama berkata...

skar tol nak fahami laki nie..ego kuat,dia nak kte jer ikut ckap dye,,tapi dye susah tol nak ikut ckap kte plak...kdang2 menyampah!!sbab syang an dye..hbungan pown da lme bersama..so...terus an jer laa..insyaallah law ada jodoh..^o^

Tanpa Nama berkata...

aku akhirnya putus wlpn skjp 3 thn je.sdih ngan kecurangan dia ngan rakan sekja.org mcm ni x perlu pkir .tp asl gurl tu sombong !!! tima ksih krn kamu bt aq benci

Tanpa Nama berkata...

sy br lps pts cinta.pts trpksa krn mak dia tk suka sy.ada sorng pompuan yg dia tk suka dulu,dia bole jd suka lak. pompuan tu penah ckp kalo dia tk dpat lelaki ni org lain jg tk dpt.dn dia baik dgn mak lelaki ni.mgkin jg mk dia mmg tk suka sy

Tanpa Nama berkata...

cintailahhhhhhh lelaki seadaanyaaaaaaaa...

Tanpa Nama berkata...

Kepada wanita2.Carilah lelaki yang menjaga sembahyangnya,Sebab dia akan menjaga semuanya.. kata2 saidina Omar Al-khatab..

Tanpa Nama berkata...

bukannya terbalik? dimana-mana telah dijelaskan bahwa pria yang justru memiliki lebih nafsu sedangkan wanita yang memiliki lebih akal daripada nafsu

Tanpa Nama berkata...

cinta kpd pasngn biarlh berpada2 dan percaya pun jgn 100%,dlm apa jua keadaan cinta pd Allah biarlh melebihi segalanya.Aku prnh dikecewakn oleh suami sndiri bbrapa kli dr awl prkhwinn 1996 hinggalh thn 2007,tp aku msih mmpu bersbr & memaafknnya krn ksihankn ank2 yg sedng mmbesr.tp jika slps ini aku dikecewakn lg,
mungkin aku tidk akn mmbuka lg ruang di hatiku utk dia.

Tanpa Nama berkata...

lelaki menyebalkan kita dah ikut apa kata mau dia tapi tetep ajah kita gak di hargai sampai kapan gw sabarnya

Tanpa Nama berkata...

mohon copy =)

LiYaNa NoY75 berkata...

setiap kejadian ada hikmahnya...masing2 ada kelemahan masing2 baik tuk lelaki atau perempuan...sebagai insan kita di galakkan menjadi org yang terbaik dan tidak berlandaskan dgn nafsu semata2. Allah menyuruh kita solat fardhu..tuk mengelakkan kita mengikut nafsu dan menjauhkan syaitan yg menghasut.apa yg terjadi ada baik dan buruk nya tuk sesama jantina.klo kita baik belum tentu org baik dgn kita, nak kenal org pun belum tentu kita kenal sebaik-baiknya..dan lelaki diluar sana, cubalah tuk setia dn menghargai apa yg Allah berikan.kalau kita menghargai, sudah tentu tidak ada kekurangan yang kita nampak pada pasangan kita.buat wanita di luar sana, klo kita gunakan kuasa memikat wanita dgn jalan yg baik,dah tentu baik juga yang kita dapat.Semoga kita akan dapat kebaikan dan dapat pengajaran daripada pengalaman hidup.

Tanpa Nama berkata...

Bila seseorg kekasih mengabaikan kita..kita terima dgn hati yg amat sakit...
Teramat sakit ...sampsi xdpt menangis..mennggu xpaeti

Tanpa Nama berkata...

Hurt make me change

Unknown berkata...

Klw lelaki ego, cara apa yg ptut dibuat spya egonya kurang dan tgok setulus mna cinta seseorang prempuan/isteri

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.