Filem Mohabbatein memaparkan bagaimana kekuatan cinta berjaya menundukkan ego seorang ayah dan sekali gus seorang pengetua yang membenci cinta.
Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.
William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.
Ya, hampir semua manusia pernah hidup di bawah langit cinta. Ia mempesona dan mewarnai pelbagai wajah. Ia menghiaskan kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta itulah madunya.
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya," demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, cinta saku merosak saku menguras wang. Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.
Lihatlah dan renungilah kata-kata Bung Karim tentang cinta: "Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa."
Atau renungi pula kata-kata Hamka: "Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan."
Sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia. Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa.
Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia.
Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji." Yang Bernama Cinta
18 Komen:
Ya..cinta itu indah..n menyakitkan..
Perasaan y xpnh kite rase...
n kite akn blaja
mmg cinta 2 sgt indah bile dr kite y d cintai
tp cinta itu akn jd benci bile dr d permainkan
dr kite hnye diingati apabila perlu n dilupai apabila ad insan len d sisinya....
me hard feeling..now..
='(
Love means to commit oneself without guarantee, to give oneself completely in the hope that our love will produce love in the loved person. Love is an act of faith, and whoever is of little faith is also of little love.
love is commitments?
kadang-kadang mencintai seseorang adlh prasaan yg amat indah...
namun luka pasti dtg m`ghampiri tnpa d`jmput...
cinta...cinta...susah untk ditafsirkan.depends pda individu..sometimes beautiful,sometime painful,most of the time its both...huuhh
cinta mu... airmata ku..,
yang indah itu pertemuaan..
yang manis itu kemesraan..
yang pahit itu perpisahan..
yang tinggal hanyalah kenangan...
so lau nak bercinta bairlah smpai ke atas pelamin...yang penting sampai ke anak cucu dan cicit...huhuhuhhu....
cinta itu indah....tp bisa menjadi sangat menyakitkan......
awie
amat indah kiranya orang yag kita cintai fham perasaan diri ini betapa besarnya erti cinta ini
akan temenung sejenak kiranya diri ini diragui dan dibenci namun hati kecil takan benci walau apapun
love is difficult to be discribed... however i agreed wth the writer.
cinta itu mendengar,
cinta itu melihat,
cinta itu merasa...
apabila kita menyayangi seseorang itu,kita takut kehilangan dia dan tak nak kehilangan dia..
there are lots of sweet...
but just 1 sweet is very sweet...
it's LOVE...
coz love like a sweet,
but not at all...
it's up to you how sweet u r to your LOVE..
be kind to love...
kerana cinta itu terlalu indah...
kita berpisah hanya sementara
keran pertwmuan bukan milik kita
jasad dan suara berjauhan senntiasa
namun cinta ku sentiase kekal dan abadi
cinta adalah terindah...
yakin dan percayalah dengan cinta...
gadoh dalam percintaan adalah asam garam untuk mengindahkan lg erti CINTA itu....
cintaku tidak pernah disedari...
hanya kebaikan yang dirasai..