Waspada Janji Manis Suami Orang


Share on Tumblr Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.

Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

"Saya akan menceraikan isteri"

Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. "Sabar ya... sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi," begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.

Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.

Janji Lelaki

"Saya berjanji akan mengahwini anda"

Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. "Tenang ya... sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda." Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

"Saya akan bawa anda ke rumah"

Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. "Saya memerlukan masa yang sesuai" atau "saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini," adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.

"Saya pasti datang ke rumah anda"

Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.

"Cuma kamu yang ada di hatiku"

Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. "Hanya kamu yang ada di hatiku?" Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

"Aku akan membahagiakanmu"

Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

"Selalu berada di sisi saat memerlukan"

Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.

~ Kosmo! Waspada Janji Manis Suami Orang

28 Komen:

Tanpa Nama berkata...

betul2x.. so jgn la percye pada jnji2 mnis laki nih.. lagi2 kalo die suami org.. kite pun sbg org pompuan kalo leh elakkn diri dri berkawan "rpat" ngn laki@suami orng ni.. nnti merana diri, makn ati ulam jantung krang..
rmai ag laki yg bujang@duda kt luar sana tu.. jgn sesekali terlibat dalam cinta suami org.. parah wehhh

Tanpa Nama berkata...

nice entry...aku de kwn dgn laki org skung ni. tp aku slalu ingtkn diri aku kalo kuar dgn dia his not mine k ! coz skrg pun aku tgh usha sum1 lg best dr laki org nih..single n hensem guy. i'm fall in luv with him..how can i?

lg satu kalo wat hub. teman tp mesra dgn laki org ni kite kena ingt mayb 1 day dia pun akn wat cam2 kt kite bile dia dh dptkn kite. so beware k..ni pun advise dr aku n tuk sume. walupun aku kuar dgn laki org tp hati aku ttp pd dia. ( i'm naughty girl...sowie baby). so ape yg entry ni tulis jdkn panduan..k roger n out..@>>>

Tanpa Nama berkata...

bekawan ngan sesape pon boleh.. spe kiter nk judge2 org... berbalik kpd dri kita jgk.. klu btol2 syg, ikhlas, masing2 thu pranan.. shld b no problem.. xperlu meninggalkan mhupon dtinggalkan.. sharing is caring.. think wisely.. nk 1000 daya, xnk 1000 dalih...

Tanpa Nama berkata...

kawan memang nak ... tapi tengok dulu jangan aci bantai je ... ade kawan tapi nak makan kawan tuh .. entah dunia ni ...
kawan yang betul nak tolong kita tengok segi perengai nye

Tanpa Nama berkata...

perangai ok ... ok orang tuh
jangan jadi bangsat pulak .. saya pernah kene tipu tapi kawan tuh wat do no ...
geram betul saya di buat ni

Tanpa Nama berkata...

coment ok......mtpi masih bgg....coz karakter di\y beda bgt

One Spot Collection's berkata...

aku nk kuar skit dr topik ni....aper pndpat or nasihat u all kalau u all berada dlm dilema bercinta dgn duda dlm masa yg sama ader bujang dtg nk try gak....saper yg korang akan pilih....tlglah aku....

Tanpa Nama berkata...

bgos tol info nie.
ak pon penah knl ngn laki cmni..
tp ak xpasti dia btl laki org ke x..
tp yg pasti ape yg ak bc kat ats nie..
mmg bebbtl pnh jd kat ak..
sudah ye..
ak nekad nk break ngn dia..
tanpa dia taw pon sbb ape ak tgglkn dia
so tok korang sentiasa r beringt..
xsemua laki kte leh caye..

Tanpa Nama berkata...

aku dlm dilema sbb aku kapel dgn laki org..yg pasti aku syg sgt kt dia...aku dpt rase dia gak syg aku cuma xtau cmner nk explain sbb aku slalu tnya sal wife dia..kdg2 aku ase nk jer break ngn dia agr aku xgngu umhtgga owg tp bla pk blk..aku jdk xsggup..aku pnh mtk tp dia mnangis dpn aku..aku xtau la nk wt cmner lg...tlg...keliru sesangat......

Tanpa Nama berkata...

none can be trust.. dun get in trap. No experience but as logical i think

Tanpa Nama berkata...

nire ..klu i pilih duda if u are janda..klu u anak dara go ahead with bdk bujang..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni aku couple ngn suami org.1st aku memang xtau yg dia da kawin.wife dia call aku br aku tau yg dia da kawin.u all byangkn mcm mn perasaan aku time tu..hanya tuhan jak yg tau betapa hancurnya hati ku pabila aku tau dia da kawin.time aku da tau dia da kawin aku kecewa sgt2 ngn dia.dia explain ngn aku sumanya and dia x mau kehilangn aku tu la psl dia x mau aku tau yg dia da kawin.skrng ni kami masih lg bhubung and dia bgtau aku dia xmau klu wife dia tau kami masih bhubung.dia jgk bgtau aku klu kami kawin nnt pn dia tak mau wife dia tau..aku bingung...aku x sanggup khilangan dia aku btl2 sygkn dia.aku da bjanji aku xkn kawin ngn llaki lain selain dr dia.aku x sejahat spt yg korang sangka kn aku x pena pn suru dia ceraikn wife dia malah aku sanggup brmadu skalipn.aku xmnta apa2 pn dr dia aku cuma brharap apa yg kami rancang tuk bkawin akan termakbul.Amin.

Tanpa Nama berkata...

RUMIT!!!!RUMIT!!!RUMIT!!!! BERCINTA NGAN SUAMI ORG..........ERMM...KDG KALA MANUSIA TERLEPAS PANDANG,,BX KEHENDAK.SETIAP PEREMPUAN TUK BERCINTA NGAN SUAMI ORG TP..MAY B ALLAH NK UJI N SETIAP APER YG BERLAKU ADALAH PENYEBAB ALLAH NK JD KN SESUATU...YG D KEHENDAKI NYA..

qistina berkata...

aku pn couple dgn suami org..... dh byk kali elak dari dia... tp dia tetap cri aku... sedangkan aku dah thu awl2 yg dia tu hubby org...aku pn sangup jadi wife no 2 dia... insyallah jka dia mmg jodohku.....

Tanpa Nama berkata...

aku pn ad pngalamn jatuh cinta ngn hubby org nie..tp bg aku,klu sme2 saling beringat ttg status memasing,no problem..juz kwn mcm biase je..tp passan 2 of coz la ttp ade tp mcm aku ckp td kna saling beringat koz walau ape pn jd aku ttp akn kawin ngn guy pilihn aku n die ttp jd hak milik wife die..

Tanpa Nama berkata...

memang manis bila jatuh cinta....tapi dgn suami org ni....lain sikit rasanya,almaklumlah they all kan dah ada experience......lembut n caring.itu yg buat i tak lena tidur tu....apa2 pun jodonb ditangan tuhan.....oh ya terkedu jugak buat pertama kali, bila disuatu pagi,wife dia call....tak sangka dah kawin rupanya...tapi nak buat macamana....

miss myaira berkata...

yup... i dah rasai penipuan itu

Tanpa Nama berkata...

aku pn kapel ngn hubby org gak skrang n ktorg siap kuar ngn ank2 dier lgik (umo 5 & 2 thn. b4 dis aku tak anggap dia lebih dri srg kawan baik tp lame2 jadi tlebih baik la pulak..n dia mmg syg sgt ngn aku n aku pn syg dia spikn everyday mesti jumpa.dia mmg nk kawen ngn aku siap da gtau ngn mak dia n wife dia pn tak kisah sbb dia kate wife dia tu tau kekurangan diri dia(wife) sbb 2 dia izinkn cuma probnye skrg ni mslah kewangan n dia tgh usaha nk tambh pendptn...huhu

Tanpa Nama berkata...

emm.. kite pun tengah konflik kawan dgn hsbnd org..dan pnh rncang nak kawin lari but bile fikirkan fmily, terbantut nak truskan rncangan tu..but kami ttp akan ikhtiar untuk bersatu.. mungkin mslah akan timbul dari pihak fmly kite dan wife dia.. tp wife dia pernah suh dia kawin len sbb blum blh bagi dia zuriat.. tp kdg buntu fikir, betul atau x niat dia pade kite.. sebab die blum bersedia nak btau pasal kami pada wife dia wlupun mak dia dah tahu yg dia nak jadikan kite isterinya...

Thirteen berkata...

sy pn tgh b'kwn dgn suami org yg sdg de msalah dgn wife die...
tp die bekas kekasih sy..
kami pernah bercinta sblm die kawin...
huk3x...
tp akhirnye die kembali gak pd sy..
kdg2 rase sakit gak..
tp biarkan jek sbb dh syg...

qistina berkata...

sy pn bksih dgn hubby org... dh 2 kli sya break dgn dia..last2 dia jgk yg cri sy..sy akui mmg sy syg kt dia.krn syglah sy undur diri krn x nk melukai kaum sndiri... sy pernah ckp dgn wife dia..tp dia x gaku yg dia de fair dgn sy..tp sy faham situasi & memahami dia....sbb 2 sy undur diri.. takut diri ini d permainkan... tp dia selalu ajak sy kuar bila jumpa dgn kwn2 dia... dan mengaku yg sy ni second wife dia...sy pn x tahu pe kesudahannya perhubungan ini...

Tanpa Nama berkata...

aku pun tgh bercinta ngan hubby org...aku xtau nk buat keputusan camne..dah terlanjur sayang..ibarat di telan mati mak di luah mati bapak...tlg lah aku...aku sebenarnye x sanggup nk jadi isteri kedua..aku tahu betapa sakitnye jadi second wife ni...nak suruh dia pilih antara wife dia atau aku,aku plk x snggup nk lukakan kaum aku sendiri..mybe last2 aku gak yg akan undur diri..tp yg pasti wife dia tu psycho abis...si hubby tu seolah2 mcm ikut jer ape yg wife dia ckp,mcm taku bini pon ada tp dalam masa yg sama still nk teruskan hubungan ngan aku...pening2...

Tanpa Nama berkata...

Cinta tu anugerah Allah s.w.t
Saya sendiri jatuh cinta dengan suami org.
pada mulanya saya ingat dia hanya nk mengisi masa lapang & hnya untuk suka2.
Kami b'kongsi apa jua cerita suka & duka bersama.
Dia tau sy ramai kawan lelaki. dia xpernah halang.
Ditakdirkan sy kenal dgn 'P' & saya nmpak kesungguhan P untuk b'kawan dgn saya.
Saya fikir untuk menamatkan zaman bujang dengan P.
Saya maklumN kpd 'kekasih gelap' saya tadi.
sy xsangka dia sedih sgt smp kerja pejabat pun dia xpeduli. blog dia pun penuh dgn kata-kata sedih. sy tahu dia sedih, pedih & terluka. saya juga alami perkara yg sama. sy sgt syg dia. sgt cinta dia.
tapi sy sedar dia suami org & dia xpernah menjanjikan untuk m'peristerikan saya.
jadi saya m'bulatkan tekad untuk teruskan hubungan dengan P. saya bawa P jumpa family saya.. family sy terima klu sya nk berkahwin dgn P.
setiap hari2 yg saya lalui bersama P akan saya kongsi cerita bersama 'kekasih gelap' saya.
dia pendengar yang baik. abang yang baik pada saya. saya CINTA dia. demi Allah~ Dia juga akan menasihati saya agar menjaga diri & buat yang terbaik untuk masa depan saya.
Nak dijadikan cerita ketika menjenguk ke blog P saya temui gambar terkini dia dengan perempuan lain. berpeluk & mesra + hari raya pertama.
Hancur luluh hati saya. 'kekasih gelap' saya tempat saya mengadu. akhirnya, saya buat keputusan tinggalkan P. Hubungan saya dengan 'kekasih gelap' semakin akrab. sbb kini saya sedar dia bukan perlukan saya sekadar mengisi masa lapang. dia sayangkan saya lebih dari apa yang saya tahu. setiap hari dia akan hubungi saya. mengambil berat ttg saya. wpun kini dia mula halang saya berkawan dengan lelaki lain sya tau untuk kebaikan saya. saya dpt lihat betapa dia sedih & terluka bila hati saya disakiti insan seperti P.
Lebih baik begini andai ini kebahagian untuk saya. Buat masa ini pintu hati saya tidak terbuka untuk mana-mana lelaki. Cinta saya hanya untuk 'kekasih gelap' saya.
Biarpun kami tidak dapat bersama saya rasa bahagia, dihargai & selamat disampingnya.

AA berkata...

Cinta tu anugerah Allah s.w.t
Saya sendiri jatuh cinta dengan suami org.
pada mulanya saya ingat dia hanya nk mengisi masa lapang & hnya untuk suka2.
Kami b'kongsi apa jua cerita suka & duka bersama.
Dia tau sy ramai kawan lelaki. dia xpernah halang.
Ditakdirkan sy kenal dgn 'P' & saya nmpak kesungguhan P untuk b'kawan dgn saya.
Saya fikir untuk menamatkan zaman bujang dengan P.
Saya maklumN kpd 'kekasih gelap' saya tadi.
sy xsangka dia sedih sgt smp kerja pejabat pun dia xpeduli. blog dia pun penuh dgn kata-kata sedih. sy tahu dia sedih, pedih & terluka. saya juga alami perkara yg sama. sy sgt syg dia. sgt cinta dia.
tapi sy sedar dia suami org & dia xpernah menjanjikan untuk m'peristerikan saya.
jadi saya m'bulatkan tekad untuk teruskan hubungan dengan P. saya bawa P jumpa family saya.. family sy terima klu sya nk berkahwin dgn P.
setiap hari2 yg saya lalui bersama P akan saya kongsi cerita bersama 'kekasih gelap' saya.
dia pendengar yang baik. abang yang baik pada saya. saya CINTA dia. demi Allah~ Dia juga akan menasihati saya agar menjaga diri & buat yang terbaik untuk masa depan saya.
Nak dijadikan cerita ketika menjenguk ke blog P saya temui gambar terkini dia dengan perempuan lain. berpeluk & mesra + hari raya pertama.
Hancur luluh hati saya. 'kekasih gelap' saya tempat saya mengadu. akhirnya, saya buat keputusan tinggalkan P. Hubungan saya dengan 'kekasih gelap' semakin akrab. sbb kini saya sedar dia bukan perlukan saya sekadar mengisi masa lapang. dia sayangkan saya lebih dari apa yang saya tahu. setiap hari dia akan hubungi saya. mengambil berat ttg saya. wpun kini dia mula halang saya berkawan dengan lelaki lain sya tau untuk kebaikan saya. saya dpt lihat betapa dia sedih & terluka bila hati saya disakiti insan seperti P.
Lebih baik begini andai ini kebahagian untuk saya. Buat masa ini pintu hati saya tidak terbuka untuk mana-mana lelaki. Cinta saya hanya untuk 'kekasih gelap' saya.
Biarpun kami tidak dapat bersama saya rasa bahagia, dihargai & selamat disampingnya.

Tanpa Nama berkata...

ermmm ramai jugak ek yg bercinta ngan suami org...bgusnya one day kita buat persatuan...so,blh konsi pendapat masing2..sebenarnya,tak semua anak dara yg bercinta ngan suami org ni jahat2...ada gak yg baik..

Tanpa Nama berkata...

suami bukan hak milik seorang isteri semata-mata, dia adelah pinjaman dari Allah S.W.T untuk sang isteri. Jadi bila sang isteri tidak dapat memenuhi kehendak dan tak jalankn tanggungjwb dia sepenuhnya, maka selayaknya si suami untuk mencari cinta yang lain. dan sang istri kenalah terima kenyataan itu. piki kanlah...

Tanpa Nama berkata...

aku pun couple dgn husband org..
cm skrg byk berbalah sbb dia agak sensitif orgnya...
aku kn byk sabar sbb aku syg dia..aku sanggup jd no 2 dan aku x penah mntk dia cerai wife dia..sbb aku tahu dia syg anak2..x th sampai bl aku dpt bertahan dgn kekasih gelapku..
mudah2an jodoh aku kuat dgn dia...

Tanpa Nama berkata...

aaaaaah kata siapa g semua lelaki begitu ko,,,,,,,,,,

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.