Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan.
Namun, apabila lima perkataan itu - cinta - semakin pudar dek banyak halangan dan onak, anda terpaksa melupakannya. Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu ditempuhi.
Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya, harus diingat itu semua bukan kehendak anda.
Mula-mula memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh dihadapi.
Tidak dinafikan hidup ini sunyi tanpa cinta tetapi kena ingat, semuanya datang daripada-Nya.
Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta, seterusnya yang lebih teguh sehingga bahagia selamanya.
* Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang namun bagi yang menanggungnya, ia perlu dilakukan secara berterusan. Mengaku saja anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang sering melukakan.
Untuk itu, anda harus mengatakan pada diri 'berhenti' mengingati kenangan melukakan itu terutama ia memberi kesan emosi yang mendalam dalam kehidupan kini.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu sehingga membiarkan minda menjadi kosong. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan.
Anda tidak akan dapat melupakan semua memori pahit sekali gus tetapi lakukan perlahan-lahan dengan mengalihkan perhatian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa tetapi tidak mustahil dengan disiplin diri yang kuat, segalanya akan berubah.
# Buang sikap risau
Ada dua kesan daripada sikap risau. Pertama, ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta.
Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan sama ada dari segi fizikal atau mental. Risau membuatkan diri selalu sedih dan kecewa, kadang-kadang takut. Untuk membuang sikap itu, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal keadaan.
# Belajar bersyukur
Ucap syukur atas semua yang ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada lima deria yang lengkap, boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Syukur kerana ada kawan rapat yang memahami dan mempunyai telefon bimbit kesayangan.
Ucap syukur sebanyak mungkin dan seikhlas hati hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.
# Belajar jadi pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam atau busuk hati). Seterusnya, neutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda.
Anda sebenarnya selalu sedih dan kecewa kerana tidak memaafkan kesalahan diri anda pada masa lalu ataupun tidak memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri anda suatu ketika dulu.
Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain yang membuatkan sering dibuai kesedihan, kekecewaan dan lara berpanjangan. Belajarlah menjadi pemaaf dan menghapuskan semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.
# Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan dan menjadikan anda girang. Tonton video lucu, baca cerita lucu, dekatkan diri dengan rakan yang lucu serta cari sudut melucukan dalam setiap situasi agar anda boleh ketawa secara automatik.
Ketawa dapat menghilangkan sedih. Mengapa melayan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
# Ubah fikiran
Kita tidak boleh mengubah situasi yang boleh membuat diri kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh mengubah fikiran dan apa yang anda fikirkan mengenai situasi itu walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun ia tidak berpihak kepada anda, cari cara untuk menemui nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja kerana ia memberi keuntungan jangka panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda mahukan.
Mengapa fikir perkara buruk sedangkan anda boleh menarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan hukum 'sebab dan akibat'.
# Hati mesti 'keras'
Bukan keras sebarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah menurunkan musibah dan permasalahan bukan sekadar dugaan tetapi balasan pada perbuatan anda pada masa lalu.
Sebelum tidur, tetapkan minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik serta sebaik yang mungkin daripada hari sebelumnya. Tip Cinta - Hidup Tanpa Cinta
37 Komen:
tip ini bermakna buat diriku yg kecewa............hahahahahaha
dari kekecewaan
ku belajar sebuah erti kehidupan
yg kadang kala tak seperti yg diharapkan...
sesungguhnya, takdir itu indah.
bagaiman harus ku lupakn dia... dia yg slalu memberi semngt kpd ku saat ini...mengapa aku harus bertemu dgnnya. andai dia bukn utk aku.aku syg dia tanpa ada sbb yg mampu ku berikn seandainya dia bertanya kenapa aku syg dia. ya cinta x perlukn sbb..mungkin aku yg terlwt hadir dlm hidupnya..mungkin..aku harus kuat tuk tempuhi perjlnn ini.
aku yg pernah bergelar CinTa....
aku syg dier spnuh hatiku..lbh dr diriku sendri..
dier beri aku CinTa tp pd mase yg sme dier bri aku kesakitan yg aku x mmpu tanggung..
akhirnye..aku trime hakikat yg aku bkn d ciptakn untuk dier..
wlupun pedih yg aku rase tp aku hepi klu dier hepi..
dn aku akn teruskn perjlnan idup aku tnpa dier d sisi..
aku pernah bercinta...indahnya cinta..namun panas xselalu...mendung pasti akan berarak...akhirnyaku sedar dia bkn utkku..
biarpn hati ini masih mengingatinya namun ku kuatkan utk melupakannya..
syukur kerana aku masih mempunyai cinta pd NYA...aku kini lebih bahagia dgn cinta NYA YANG SATU
kpd siapa yang pernah bercinta,sedang bercinta atau yg aingin bercinta..ingatlah tiada cinta yang kekal abadi selain cinta kpd NYA...
jgn terlalu mengharap pd cinta sesama manusia...kkelak kamu akan disakiti...tp klu kamu serahkan cinta kepada NYA..pasti hatimu terubat...
sedehnye....hopefully tips ni membantu untuk kembali bersemangat mengharungi perjalanan hidup yg akan datang...kembali kan kekuatan yg dibawa pergi oleh mu...aku hanya bersabar dan bermohon pada yang satu semoga ingatan ku pada mu lenyap dan aku kembali mengejar impian ku...aku akan terus tegak berdiri mengharungi semua tanpa kau disisiku...insyallah
tips ini sangat membuat ku terharu dan terpesona
br kini ak sdr
dlm cinta jgn terlalu jujur n setia
wanita selalu setia ttp lelaki bermain kayu 3
pndai cover line
tp lau dh nm nyer bangkai, d ttp dgn simen konkrit pn akn berbau jg....so nasihatnyer...rmai2 kn spare park spya xmenyesal mcm ak y begitu jujur n setia n akhirnya terluka y amat sgt...huhu
Kecewa krn cinta br kali ini aq rasakan
D khianati bgaikan d tusuk dr belakang
Jgn berikan cinta qta 100% pd lelaki
hny berikan 20% ajah.. dn 80% cinta kpdaNya..
Biar saat kekecewaan itu dtang, CintaNya yg akan menolong qta, mendapatkan lelaki yg terbaik yg d ciptakanNya untuk Kita..
ciNta..
mungkinkah ini jln penghujungnya???
kau ku nanti setiap detik..
bahkan sluruh jiwa ku ini ku penuhi dgn rasa cinta buatmu.. namun.. sedikit pun kau tak hargai..
ke mana arah hendakku tuju??
bila hati ki rindu pd mu...
cinta itu buta??mnusia tu yg buta krn cinta..stlhku berikan slruh cnta,,die pmainkan cnteku..shingga kini aku xmampu utk mlupekan die..
ya ALLAH..beriknku kkuatan utk mlupekn die..ptmuakn ssorg yg tulus iklas mncntai diri ini..hmmm..
cinta itu buta??mnusia tu yg buta krn cinta..stlhku berikan slruh cnta,,die pmainkan cnteku..shingga kini aku xmampu utk mlupekan die..
ya ALLAH..beriknku kkuatan utk mlupekn die..ptmuakn ssorg yg tulus iklas mncntai diri ini..hmmm..
mlz lah nk komen
saya x mampu hidup tanpa cinta...
sbb, kerana cinta jugalah saya gembira dengan hidup saya..
bukan bermaksud saya tidak pernah kecundang dalam bab perasaan seumpama begini..
tapi setiap yg hadir dan pergi itu pasti akan meninggalkan kesan sama ada positif atau negatif, jadi ambil yang jernih buang yang keruh..ambillah kesan yang positif..tuhan hadirkan seseorang itu dalam hidup kita adalah bersebab..
jadi mesti ada sebabnya dia hadir dalam hidup kita walaupun kehadirannya menyakiti hati kita.. <3
Allah swt lagi merancang...jadi buat insan-insan di luar sana, jangan give-up dalam mencari cinta dalam hidup anda, cinta sejati pasti akan hadir...InsyaAllah..
gelap..knie khdupan ku mnjd gelap tnpa cahaya drpd nya..aku tidak dpt mlupakn knangan itu..yg msih tsmpan teguh d relung hati ku.....
usah bersedih kerana dia bukan jadi miliku sepenuhnya
walaupn berat untuk aku lalui semua ni...aku harus yakin dan kuat kn diri yg aku boleh untuk menerima ini semua...syg nya hanya sementara namun syg tuhan pd kita kekal selama2nya..
emmmm...tah lar..orang laky sometimes dye buat kitew rase sangat bahagia n buat kitew sangat tak dihargai..nak idop tanpe cinte aku tak sedia lagy..sunyi sepi,,tak ade sape yang menemani..tapi bile kita mula menyanyangi n nak lepas kan sangat susa...even maki hamun n cacian..macam bodoh kan,,tapi aku tak taw lar,,aku nak sangat hidop aku tak ade laki yang menemani,,but i can't...sometimes aku rase benci kat dye n sometimes i'm loves him soo much,,aku bingung
aku juga insan yg pernah terluka..cinta aku dikhianati..tapi aku bernekad untk relekan nya pergi..aku x mahu berdendam...aku maafkan nya,,sekarang hidup akun lebih tenang...rupanya ada hikmah di sebalik kejadian ini..Allah telah membrikn seorg lelaki yg jauh lbh baik dari yg dulu..terima kasih ya ALLAH..
aq pn prnah brcnta.........aq pn prnh kecewa dn brsedih...aq trpaksa prgi sbb aq x nk dia derita d'sbbkn aq....aq snguup brpsah ngn dia klau 2 smua mmbwtkn dia bahagia...brpisah lbh baik drpd mmbiaqkn hati kta d'kecewakn dn d'hncyrkn...aq jnjim suatu hari nt kita akn brjmpa kembali...amin....
aku rase free biler dye lpaskan aku...tapi aku rase sunyi sebab dye da jauh dari aku...aku sayang sangat kat dye...aku rindu dye...p xmungkin kami dapat bersama lagi...p bagi aku dye la dunie aku...pmaybe ni jalan yg allah dah tentukan..aku redha..ya allah...kau kuatkan la hati aku ya allah...
AK MSIH MNGHARAF DIE KEMBLI...WLAUPUN STHN SDH BLLU.....BG AK DIE TLALU ISTMEWA...X PNAH AK KCEWE SMPAI THP NIE.....HDUP AK KSNG TNPA DIEW...ANDAI MS ITU BOLEH DIPUTAR.....AK SAYANG DIE...:(
SILAP AK KEW??...BUNTU!!!!SMPAI BLE HT AK NK TTP MCM NIE....BEKU N X PNAH TUK CB TRIMA ORG LAIN...SEAKAN2 HT AK MT TUK MNCINTAI....YA ALLAH.....BKAKN LAH AK TUK MCR SIRNA BR..AGR AK TRUT MRASA BHGIA SPRTI ORG LAIN...
terima kasih atas tips ini...
mudah-mudahan kita semua ceria selalu..
hargailah orang kita sayang sebelum kita kehilangannya..
sayanglah selagi kita sayang..
saya suka kat seseorang dan dia tahu tapi dia x pernah layan cinta saya...kalau 2 cam maner
kekadang hidop tnpa cinta mmbosankan...tapi bila b'cnta mmg rasa t'hibur...tapi kekadang ia MENYAKITKAN HATI!!!dan aq tak tahu mahu hidop tnpa cinta atau sebaliknya....
saye penah bercinte tapi cinte saye dpermainkan :'(
Jojodoh tue rahsia Allah, sekuat mane kte mmprtahankan, klaw x tertulis jdoh kite, kene
terima...
Salam, Dear Haniey!
Sudah lama rasanya aku ngak kembali ke blog kamu ini. Namun situasi hari ni berbeza kerna aku skali lg ngunjungi blog kamu ini. Setelah prihatin bacaan permasalahan kalian ini, daku ingin menghulurkan sedikit tips (sempena tahun 2012 ini) - kpd sesiapa yg mahu mempercantikkan diri, mengisi masa luka dgn aktiviti agar kelukaan tiada membawa penampilan yg lebih padah, lewatilah blog daku yg dikhaskan buat kecantikan dirimu ini:
Luka di hati, Cantik di Luaran; tiada siapa tahu frustrasi-mu itu - Klik Sini
Semoga perkhabaran harian kalian indah2 saja. Trimas ya!
di saat hari berlalu,waktu terasa hampa,,..
cakrawala yang berbentuk cincin,....
semak2 terasa sunyi,pohon yang kekar kini lapuk,hampa cinta terasa dusta dan duka,..
kuberlari dan tak henti2,,,..
berteriak-teriak yang menghanyutkan air mata,,
tangisa_tangisan kecil yg mengusik nurani qw harap kau kembali seperti dlu lagi. by.
https://www.facebook.com/messages/?action=read&tid=id.446993011985697#!/zeze88arie
manusia akan hilang warasnya sebab cinta..
hdup sendiri xbrmakna xsronok....kte bleh buat apa yg kte ske tnpa ada yg mnhalang..
lbih baik hdup sndiri...drpda berdua,kerna hdup sndiri lbih brmakna..
apakah yg ad pada cinta hingga mbuat manusia hilang akal....
cinta pada manusia hanya mbuat kita gila...
lebih baik cinta pada yang satu... sesungguhnya itulah cinta yang hakiki...
* cinta manusia ta salah tapi biarlah berpada *
n jgn lah terlalu terpengaruh dgn cinta yunk bernama lelaki.
setiap bergelar manusia akan inggin bercinta baik bercinta dengan manusia dadah haiwan buku atau apa jua pasangan nya ia tetap cinta nama nya ,.,.,.,.,.
adakah anda bahagia dengan cinta yang anda miliki sekarang dan pasangan anda,.,.,.,.,.,.?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????