Perhubungan Sihat Dan Tidak Sihat


Share on Tumblr Apakah itu perhubungan?
Perhubungan ialah interaksi sosial di antara dua individu atau lebih.

Peringkat-peringkat perhubungan
Perhubungan bermula dengan minat dan mungkin bertukar menjadi nafsu berahi atau
perasaan saling sayang menyayangi.

Cinta mengikut nafsu melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan selalunya berakhir dengan kegagalan perhubungan.

Sayang menyayangi pula melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke arah
perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.

Apakah perhubungan sihat?

Perhubungan sihat adalah sesuatu yang positif. Di dalam perhubungan sihat, remaja lelaki dan perempuan:

• Yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan juga orang lain
• Saling bergembira
• Saling mempercayai dan jujur
• Saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain
• Tidak mengkritik atau mencaci sesama sendiri
• Menerima seseorang itu seadanya
• Dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan
• Tidak mengongkong orang lain
• Boleh menyatakan tidak kepada sesuatu ( termasuk seks )
• Saling berjumpa bila perlu
• Saling sokong menyokong


Apakah perhubungan tidak sihat?

Perhubungan yang tidak sihat berlaku apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat,
mengongkong atau terdapat unsur penderaan dalam perhubungan seperti:

• Tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain
• Tidak membenarkan anda meluangkan masa bersama keluarga
• Sentiasa ingin memeriksa dan mengambil tahu aktiviti anda
• Mengaibkan atau mengkritik anda
• Memaksa anda mengikut kehendak mereka
• Membuatkan anda berasa takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak
• Cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan
• Boleh bertindak kasar dan ganas terhadap anda
• Memeras ugut / mengancam anda Perhubungan Sihat Dan Tidak Sihat

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ak dalam keadaan mcm cintta chat tu.
perangai dia ni x blh nak ramal.skt hati tp masih syg

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.