Menghargai Ibu Bapa


Share on Tumblr Banyak sumbangan daripada seseorang bernama ibu.

Antara adab sopan yang melambangkan penghargaan kepada ibu bapa ialah:

Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Sebagai anak kita tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada ibu bapa.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa paling kurang berdoa sebanyak lima kali sehari selepas solat fardu.

Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa sepatutnya memberi belanja bulanan ikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin. Bagi ibu bapa yang mampu, pemberian itu satu penghargaan.

Anak-anak jangan menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormat mereka dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini mengelak diri daripada menyakiti hati ibu bapa.

Hanya satu perkara boleh ditentang, jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang berlaku.

Jangan sesekali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun menegur kemungkaran.

Jangan sampai retak perhubungan mesra dan kasih sayang dengan ibu bapa. Jika bersama pasangan balik kampung atau bersama dengan ibu bapa jangan bermesra sangat depan mereka, lebihkan ibu bapa.

Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kebajikan dan kesihatannya. Jangan menghantar ke rumah orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan.

Jaga dan layan ibu bapa yang tua dan uzur dengan sabar serta tabah. Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagiaan dijaga dengan baik anak sendiri.

Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud:

“Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)

Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka.

Jika ibu bapa meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya:

# Berdoa dan beristighfar – memohon Allah kurniakan keampunan supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.

# Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.

# Memuliakan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka.

# Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cinta ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”. Menghargai Ibu Bapa

7 Komen:

Mrs Nurul berkata...

FIRST!!!

anggun berkata...

betui tu betui....kite kne mghormati ibubapa......

Tanpa Nama berkata...

kita wajib menghormati ibubapa..terutama pada ibu..sebab syurga di bawah tapak kaki ibu..tapi bagi yg tiada ibubapa.. dia boleh mendoakan kebahagiann mereka..

Tanpa Nama berkata...

btul 2........ibu bapa adlah harta y pling bernilai dalam dunia ni

Tanpa Nama berkata...

hargailah ibu bapa kite selangi mereka masih ada


Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung

Tanpa Nama berkata...

kesian ibu ayah die gi keje cari duit penat2 tapi anak die tau kikis je x hargai jase ibu ngan ayah langsong.Mesti mak ngn ayah berusaha untuk dapatkan duit yg banyak utk ank kesayangannya(aceceh):0,:)

Tanpa Nama berkata...

baik, hope semua anak-anak di bumi ini dapat menjalankan.....menghargai ibu bapa

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.