Begitulah sebaliknya, anak-anak menjadi kering hatinya tatkala menyembelih ibu bapa mereka. Kes-kes ‘tekanan mental’ yang luar biasa dan semakin berleluasa ini pada awalnya bertitik tolak dari stres ringan tetapi tidak diberikan perhatian sewajarnya.
Padahal, skil pengurusan stres boleh dipelajari dan langkah pertama hanyalah dengan membuka mulut untuk bercakap. Mungkin, rakyat Malaysia perlu dilatih secara lebih serius untuk meluahkan perasaan mereka dan bersikap terbuka mengenainya.
Tiada apa yang hendak dimalukan. Jangan sampai kita akhirnya terpaksa menerima nasib yang sama kerana tekanan mental yang bertitik tolak dari stres boleh terjadi kepada sesiapa jua.
Dalam kehidupan serba moden yang penuh mencabar ini, tekanan perasaan atau stres sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Pendek kata, stres adalah hidup dan hidup adalah stres.
Mungkin, kebanyakan daripada kita melihat stres dari perspektif negatifnya sahaja seperti gejala sosial, kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam menyelesaikan masalah serta meningkatkan risiko penyakit mental.
Sesetengah stres juga adalah baik sebenarnya apatah lagi dalam tuntutan seharian kita dalam mengejar masa dan tarikh akhir. Stres memberikan kita tenaga dan motivasi untuk mengendalikan proses itu.
Tanpa stres, seseorang pekerja atau pelajar itu mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan atau projeknya pada masa yang telah ditetapkan.
Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh untuk mempertahankan diri daripada sebarang perubahan atau pengubahsuaian persekitaran mahupun, tekanan fizikal dan emosi yang dalam situasi ekstremnya boleh mendatangkan bahaya.
Ia meletakkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan oleh itu, membolehkan kita bertindak balas terhadap sebarang situasi meruncing yang bakal tercetus terutamanya dalam kes-kes kecemasan.
Misalnya, ketika anda berada di dalam kenderaan yang sedang memecut laju tanpa haluan, tubuh badan anda bersedia untuk terjun keluar daripada kereta berkenaan.
Sekiranya ia normal, kenapa saya sedih?
Walaupun stres itu baik, namun, jika keterlaluan ia boleh mendatangkan kesan sebaliknya. Ia boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut meragam, tekanan darah tinggi, malah penyakit jantung dan strok.
Stres kronik yang berlanjutan tanpa diberikan perhatian dan rawatan sewajarnya membuatkan kita berasa seperti terperangkap dan tidak mampu untuk mengendalikannya.
Apabila ini berlaku, ia seumpama tubuh badan anda telah bersiap sedia untuk terjun keluar daripada kenderaan yang bergerak laju tadi tetapi masih terpacak kaku.
Badan anda berkerja lebih masa dan tiada ruang untuk menempatkan kesemua tenaga berlebihan yang ada. Ini seterusnya membuatkan diri anda berasa takut, bimbang, resah gelisah dan berdebar-debar.
Apakah perubahan-perubahan yang boleh menekan saya?
Situasi yang mencetuskan stres – keadaan di mana kita mengalami permintaan yang melebihi keupayaan untuk mengendalikannya – adalah unik bagi setiap orang.
Apa yang menekan A mungkin tidak menjadi hal kepada B. Gen, personaliti dan pengalaman hidup semuanya mempengaruhi tindak balas stres tubuh anda.
Misalnya, seseorang itu mungkin mengalami stres setelah ditegur oleh ketua jabatannya manakala bagi individu yang lain pula tidak berasa apa-apa. Apa jua perubahan boleh mencetuskan tekanan, sekalipun perubahan yang baik-baik sifatnya.
Kehilangan akibat kematian, perceraian dan berpisah dengan anak-anak yang meninggalkan rumah setelah mendirikan rumah tangga boleh menjadi sumber stres, begitu juga dengan penyakit yang lama dan hilang upaya.
Bagaimanapun, hal-hal seperti perkahwinan, berpindah rumah, kerja baru, naik pangkat dan percutian turut memberikan kadar stres yang tinggi.
Adakah punca stres saya satu ancaman? Atau ia tidak perlu dirisaukan?
Stres merupakan sesuatu yang normal dan sebahagian dari proses hidup. Pun begitu, tidak bermakna kita perlu mencampuradukkan segala masalah yang ada, putus harap dan mempunyai pemikiran-pemikiran negatif seperti ‘tiada orang lain yang mengalami tekanan seperti aku’.
Ingat, kita bukan insan yang lemah kerana mengalami tekanan tetapi, kita tertekan kerana kita hanyalah seorang manusia biasa. Justeru, menyalahkan diri sendiri atau melakukan perkara yang bukan-bukan baik mencederakan diri sendiri atau menjejaskan orang lain, hanyalah satu tindakan sia- sia.
Sekalipun tidak berupaya mengawal benda-benda yang menekan anda sepanjang masa, anda masih boleh mengawal bagaimanakah caranya untuk bertindak balas terhadapnya.
Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu terhasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang anda rasakan.
Saya telah cuba mengendalikannya tetapi saya seperti sudah berputus asa
Ini satu petanda bahaya. Ada kalanya, stres menjadi terlalu besar untuk kita tangani. Ia boleh mencetuskan perasaan-perasaan buruk yang mungkin anda fikirkan seperti mencederakan, malah membunuh diri sendiri.
Apabila anda berasa seperti sudah putus harap, nampaknya, keadaan tidak akan menjadi bertambah baik. Terus bercakap dengan seseorang apabila anda mengalami perasaan ini.
Bercakap dan meluahkan perasaan merupakan langkah pertama untuk anda belajar menguruskan tekanan yang dialami dan mula berasa sedikit lega dan bertambah baik.
Adalah penting bagi anda untuk mengetahui bahawa – mengawal stres adalah sesuatu yang boleh anda pelajari kerana stres itu sendiri datangnya dari cara mana anda memberikan respons terhadap situasi yang menekan itu.
Sehinggalah sains menemui jawapan yang solid mengenai stres, bukanlah suatu tragedi bagi anda untuk belajar cara-cara menguruskan stres. Dalam kata lain, cuba jangan menjadi terlalu stres kerana tertekan.
Di manakah saya boleh mendapatkan pertolongan?
* Hospital
* Klinik kesihatan
* Persatuan Kesihatan Mental Setempat
* Sekolah, institusi pengajian tinggi atau pusat perkhidmatan kaunseling. Stres: Luahkan perasaan anda
12 Komen:
Saya BENCI dia!!!!!!BENCI sangat2....I hate HER!!!
emmm..btl 2....
aku stress dgn bakal suamiku yang egois!!!!!!!!!!!!!
STRESS bila sume aq nak xdpat..
bila sume yg aq cri xjupe..
bila sume kwan aq xde time aq plukan dowg..
aq stres sbb aq bru jea ptoz nan bf aq..pe yg aq mra geng aq tros mc8 kt mmbe bek aq..n then dieowg kte nan mmbe aq bek aq 2..die owg nk rbot kn pkwe aq 2..
spe cpt die yg dpt....2 bkn mmbe nmenye
laki mcm dea mang taguna arrrrrrrrrrrrrr !!!!!!!!!!
aku benci dea !!!!! benci333x !!!!!!
insan terkilan...
sy kcwa dgn sikap bf sy yg balik dgn ex dia...
argghhh..npe dia wat mcmtu...
STRESS bila sume aq nak xdpat..
bila sume yg aq cri xjupe..
bila sume kwan aq xde time aq plukan dowg..
apa saje yg blaku dlm idup kite anggap jer ada hikmah di sebaliknyer k... sesungguhnyer hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanyer...
sy nk cari kawan
sy cinta..and sy yg putuskan tunang ..sbb dier ader gurl lian..sy cuba lupkan dier..tapi sy berjumpa smula dier..now keadaan sy adalah seperti hari yg sy putus ngan die..i hate this feeling..after i try to recover myself from this painful feeling..disebabkan terjumpa semula it happens again..hrmmm.. he said that he still mis me..and syg..but dia tak tunjuk gaya yg dia nak kan sy semula..which sekrang ni..sy yg btbenda2 pelik untuk cuba dpatkna dier semula..stupidd m..very stupid..and now dier seperti takder ape1 perasaan pun untuk say..stupidd me..