Berdoa jika lambat temu jodoh


Share on Tumblr Berdoa jika lambat temu jodoh

Saya ada tujuh adik beradik, enam daripadanya adalah perempuan. Kakak pertama dan kedua sudah berkahwin pada usia tiga puluhan. Begitu juga dengan sepupu perempuan saya yang berkahwin lewat usia. Bagi saya, jodoh akan datang jua bila sampai waktunya.

Namun, di dalam persekitaran kerja, saya seorang saja yang belum berkahwin di dalam jabatan saya. Kawan-kawan sering mengusik dan ada yang menyindir tidak laku. Sebelum ini, saya sentiasa positif dan ibu bapa tidak pernah memaksa. Mereka sentiasa berfikiran terbuka dan tidak mendesak anak-anak untuk berkahwin cepat.

Disebabkan persekitaran yang begini, saya menjadi terdesak dan secara kebetulan saya diperkenalkan oleh seorang jiran untuk mandi bunga bagi menaikkan seri wajah dan mempercepatkan jodoh. namun, saya ragu kaedah itu tidak mengikut syariat agama Islam. Pada pendapat Datuk, mengikut kelaziman mandi bunga, adakah ia disertakan bacaan al-Quran atau mantera? Soalan kedua, bolehkah Datuk memberi surah atau doa yang dikhususkan untuk mendapatkan jodoh yang baik?

NOURI
Kulim

------------------

Jodoh pertemuan antara rezeki yang diberikan Allah pada makhluknya. Pun begitu seseorang dinasihatkan berusaha bagi mendapatkan jodoh kerana manusia hidup di dunia yang ada undang-undang sebab musababnya. Wanita yang ingin bertemu jodoh perlu banyak berdoa kepada Allah memohon dipertemukan dengan yang soleh.

Dia juga perlu mempersiapkan dirinya dengan kemahiran diri serta berusaha dengan bergaul di majlis-majlis. Di zaman Rasulullah SAW peranan kawan juga penting sebagai orang tengah untuk merapatkan jodoh. Begitu juga dengan ibu bapa digalakkan mencari jodoh pada anak-anak dengan mempelawa atau memperkenalkan pada saudara dan sahabat handai.

Amalan mandi bunga memang tidak pernah ada dalam sunnah. Besar kemungkinan yang melakukannya adalah mengambil sempena seri bunga-bunga yang ada saja dan tidak lebih daripada itu. Berdoalah pada Allah dengan membanyakkan solat tahajud dan solat hajat.

Semua ayat al-Quran adalah menjadi penawar dan ubat, bacalah mana-mana dari ayatnya. Besar kemungkinan juga jodoh seorang wanita itu lambat kerana terkena sihir dan rasa sakit hati seseorang jadi elok juga membaca doa untuk mengelakkannya.

Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Berdoa jika lambat temu jodoh

27 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan lah wanita yang mempunyai rupa paras yang menarik dan ada sedikit kekurangan.. Saya selalu berdoa, jika ada jodoh untuk saya.. semoga allah mempermudahkanya.. hanya Allah mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya.. Walaupun hati ini sering bertanya, bilakah masa itu akan sampai.. selalu kena muhasabah diri sendiri.. azura.. pahang

Da Leo berkata...

sy berusia 28 thn dan amat tertekan kerana masih belum bertemu jodoh..sy makin tertekan bila rakan2 sy smuanya telah menamatkan zaman bujang smua org sekeliling sy mengatakan sy terlalu memilih sedang kan smua tahu yg jodoh pertemuan ditangan Tuhan..apa yg patut sy lakukan..

embun_pagi berkata...

sesungguhnya sukar menangani kata2 org..semoga kita sentiasa sabar dan terus sabar..mungkin soal jodoh adalah ujian terbesar Allah buat kita..renungkan balik apa yg Allah dah bg kita sebelum ini..semuanya kita dh dapatkan walaupun lmbat atau cepat n caranya berbeza..begitu juga ngan jdoh..Allah sedang merangka sesuatu yg terbaik buat kita..semoga kita jd wanita yg kuat..sabar..cekal..dan tabah..insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

"ya allah...berikanlah hidayah Mu kepada ku....ringan kan lah jodoh pertemuan ku...sesungguhnyer engkau yg maha mengetahui segala resah ku ini...susah bagiku untuk menjawab segala persinggah petanyaan kenapa tak nikah2 lagi....ya allah permudahkan segala urusan perjalanan hidup kami(rakan2 senasin ku)

Tanpa Nama berkata...

erm syer ni bwu umor 17 taon,,,syer pnh c0uple,,,bler perpisahn brlku sngtlh sakit sbb syer sngt2 syg pda org uw,,,syer selalu berdoa agr syer akn mndpt jodoh yg terbek dr tuhn,,,amin i. allh

Tanpa Nama berkata...

jodoh ketentuan ilahi..tetapi ada juga yg macam xtahu jer..asyik persoalkan knpa lmbat jodoh..jd dorang selalu mengangap org yg tidak kawen nie memilih lhhh,xcantilah dan sebagainya..berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul.. hanya yang merasai sahaja,yng mgetahuinye..

Tanpa Nama berkata...

saya dah nk masuk 30thn hjung tahun ni..tp masih belum bertemu jodoh..sedih jugak bila kawan2 semuanya dah berkahwin..saya ada berkawan dengan seseorang tp kemudiannya senyap macam tu saja...mungkin ada hikmahnya yang saya tak tahu..semoga Allah cepatkan jodoh saya dan dipertemukan dengan orang yang boleh membimbing saya.. hanya Allah yang mengetahui segala2nya..amin.

Tanpa Nama berkata...

saya pun da bnyk kali bercinta... tp semuanya ptus di tgh jalan...bile tgk kwn2 sy bhgia dgn pasangan masing2 sy jadi iri hati ...pada mulanya hati sy terlalu pedih mengenangkan nasib diri.. namun lama kelamaan hati sy mula redha dgn ketentuan Ilahi... semuanya ade hikmah....Saya lebih bnyk mendekatkan dri dgn Allah S.w.t...itu adalah sebaik2 ketenangan yg xdpt ditandingi....apa yg mampu kite buat adalah menjadi insan yang lebih baik tuk mendapat psngan yg baik...itu kan janji Allah... dan jgn putus asa dan terus berdoa semoga dikurniakan pasangan yg boleh membawa kita ke jalan yg diredhai....

erin nadim berkata...

sya pon banyak kali juga pernah bercinta tp semuanya x kekal lama.hinggalh sekarang sya tlh bertemu dgn pilihan hati sya.;dia akan bertemu dgn family sya arie minggu nie.sya harap family sya dpt trima sidia dan merestui hubungan kami insyaallah

Tanpa Nama berkata...

sya skrg dh 25thn...sampi sekarg saya blo pernah ad temn lelaki..saya sgt risau tetng jodoh ni apatah lagi saya blom pernah ad teman istimewa..kdg2 sy terpikir adakah sy sudh terkena sihir..saya selalu berdoa agar cepat dipertemukan jodah dgn orang yg beriman dn btol2 syg saye..aminnn

Tanpa Nama berkata...

sya skrg dah nak msk 27thn tp msh blum bkawen.. Ada pasangan tp msh tkeliru dgn pasangan.. Nak kata jodoh dah dkat tak juga.. Pasangan sya tu seumo dgn sya dan dier msh blum mahu komitmen dan blum bsedia hendak brumah tangga.. Sya smkin tkut bila memikirkn ttg pasangn sya tu adakah dier betol2 ingin bsm sya @ hanya skadar suka pdhal kmi dah bcinta 2thn lebìh

Tanpa Nama berkata...

Sy harap dapat bertemu jodoh sy secepat mungkin

Tanpa Nama berkata...

saya harap dapat jodoh yg baik2 :)

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah kurniakan kepada ku dan adik ku jodoh yang Mencintai Mu Mencintai Kami dan Di Cintai Mu Ya Rabb..

Tanpa Nama berkata...

tahn ni msk 27 thn. sedih sgt bile tgk kwn2 lain semua dah kawin. mungkn sy jrg jumpa org2, x pndai sosial, pegi jln2 pon dgn adik-beradik aje, that's why org x perasan kot? anyway, sye selalu doa pd Allah, dan sedekhkn Fatihah pd jodoh supya dia dtg pd kite. InsyaAllah kalau ade rezeki, jdh tu akn dtg sndiri. kekdg, kite bkn memilih, cume jdh tu urusan Allah, belum smpai mase nk wat camne.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, pertemuankanlah aku dengan jodohku.-Nurul-

Tanpa Nama berkata...

Ada tiga cara untuk kita berikhtiar mendapat jodoh... pertama, isikan diri kita dengan ilmu agama... perbaiki diri kita dengan memuhasabah diri dengan minda yg positif, sifat yang baik... InsyaAllah, Allah akan kurniakan kita pasangan yang baik... Kedua, tanamkan ikhlas dalam hati kita dengan cara perbanyakkan beristighfar, berselawat dan berzikir... Di samping itu, kita juga boleh perbanyakkan solat-solat sunat seperti solat sunat taubah, solat tahajjud, sulat dhuha, sulat hajat dan sebagainya... ketiga, elakkan maksiat... elaklah berdua-duan, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan... jagalah pergaulan antara lelaki dan perempuan...

Tanpa Nama berkata...

tahun ne dh masuk 27 tpi jodoh msih blom smpai....kwn2 sdah bnyak mnamatkan zaman bujang....kdg2 tpkir mgkin jodoh untuk sy xde kt

Tanpa Nama berkata...

Tahun 2013 ni, genap 34 tahun usia aku. Masih belum bertemu jodoh. Entahlah, kadang2 terasa down jugak. Tapi ini semua dah tertulis. berdoa dan terus berharap. One of the reason maybe aku kurang pandai nak mulakan perkenalan dengan wanita.

Tanpa Nama berkata...

sy pun xde lg teman istimewa/calon sesuai..sy xpandai sesosial, disebbakn sy ni xde confident dgn diri sy (sy ni kulit hitam manis, pendek)..skrg rmai pompuan cantik2, pandai n kaya..sy jg pemalu, bila ckp ngn lelaki mesti tunduk..nak jd cete, sy ni pemalu, ade sorng laki ni minat kt sy, dia ni lect sy..tp sy jual mahal sb dia dah kawin n da ank, sy risau kalu sy trima dia, takot2 t dia menyesal sb sy xpandai n sikap kitorng berbeza sgt..dia kasar, rider..tp sy lemah lembut, xminat bab2 sport..wife dia cam dia..tp sy heran nape dia leh jatuh cinta ngn org cm sy..adakah sy ni just pengisi kekosongan hati dia..sy risau ssgt sy xleh lupa dia..kkdag ms wat kerja xfocus,smpai xketahuan..adkh ni kerja syaitan,mohon allah melindungi sy..

Tanpa Nama berkata...

diusia 40an tahun masih adakah jodoh yg datang

Tanpa Nama berkata...

1st, kahwin dgn suami org kena tahan hati. So fikirkan la sebaik2nya.. 2nd, Xda masalah if umo 40 taon.. Jodoh itu rahsia Tuhan..

Tanpa Nama berkata...

saya lagi teruk nak masuk usia 54thn belum ada jodoh lagi...nak buat mcmne jodoh tu Allah yg tentukan..berkawan asyik putus je..

Tanpa Nama berkata...

sya pon dah 35 thn..blm ada jodoh..ntahlah...Allah jer yg maha mengetahui..

rabiatuladawiyah berkata...

sy umur 28 thun. sy hrpkan sbuah perkahwinan sb nak sgt buat pahala. tp sy redha ketentuan jdoh sy..sedangkan rabiatul adawiyah pn xkwin..bila ht kita kuat cinta pd Allah n Rasul..insyaAllah xkan rsa bimbang..percaya lah...

Tanpa Nama berkata...

Sya berusia 22 tahun dn blm mmpunyai Teman lelaki,Kali terakhir sy bercinta swaktu sye form5 dulu.Sya ingt sy akn bertemu dgn mna2 lelaki lain swktu Sya memasuki alam Universiti, Ternyata tidak sya tidak berkenalan dgn mna2 llki pon swaktu sya bljar d U.Kdg2 Sy rasa tnsion dn Cemburu mlihat rakan2 lain mmpunyai tmn llaki, Sdngkn sya jga dikategorikan mmpunyai rupa paras yg agk cntik jga sdangkn rakan2 yg biasa2 sja sdah ada teman llki.Ttpi mulai skrg sya sdah brrfikiran Positif Sy pasti allah akn mnemukan Jodoh sya suatu hari nnti Inshaallah.Dont be Sad Okey

Unknown berkata...

sy berusia 29 thn..sy pnh bercinta selama 10 thn tetapi si dia tidak ada komitmen n memutuskn ikatan cinta yg sy sgt hrpkn..kini sy tiada teman baru..selalu fkr nk mati..tp bila sy dktkn diri pd Allah segalanya indah..mgkn jodoh xada di dunia.. Insya Allah di akhirat nti..semoga kita semua kuat..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.