Luahan Hati : Tiada Jodoh Di Antara Kita


Share on Tumblr Luahan Hati : Tiada Jodoh Di Antara Kita

Di kedinginan malam yang hening ini, kucoretkan luahan rasa hati buat insan tersayang yang pernah bertakhta di hati. Semoga dengan coretan ini akan membuatkan dirimu lebih mengerti betapa sayangnya aku padamu hingga saat ini. Bukan niatku untuk meraih simpati tetapi sekadar melepaskan rasa di hati ini. Walaupun kini di antara kita sudah tiada apa-apa lagi.

Sayangku S,
Masihku ingat lagi pada pertemuan pertama kita yang tidak dirancang di pondok itu. Waktu itu kita sama-sama menanti hujan teduh. Aku menegurmu memulakan bicara. Pada hal aku bukanlah seorang yang suka menegur perempuan. Tapi mungkin ketika itu hanya kita berdua yang ada. Ternyata teguranku mendapat respon yang baik daripadamu. Akhirnya perbualan kita begitu mesra sekali hingga sesekali menyentuh soal hati dan perasaan. Entah mengapa di saat itu juga diri ini mula tertarik terhadapmu.

Sayangku S,
Pertemuan pertama itu sungguh bermakna bagiku kerana di situlah bermulanya bibit-bibit cinta, kasih sayang dan rindu di jiwaku. Walaupun aku tak pasti di jiwamu. Namun persoalanku terjawab apabila menerima panggilan telefon yang pertama daripadamu. Kau ingin bertemu denganku. Terasa ketika itu aku sungguh bertuah. Akhirnya pertemuan demi pertemuan kita lewati.

Sayangku S,
Pertemuan di Pantai P, adalah pertemuan pertama kita secara rasmi setelah diisytiharkan sebagai pasangan kekasih. Saat itu kita mula berbicara tentang cinta, bicara tentang rindu, tentang kasih dan sayang. Senda gurau, tawa mesra serta senyuman manismu benar-benar menambahkan lagi seri hidup ini. Janjimu untuk sehidup semati bersamaku menjadikan aku seorang yang bersemangat untuk melalui hari-hari mendatang. Dapat kurasakan ketika itu kau benar-benar ikhlas menyayangiku. Begitu juga dengan diriku. Akan kusiram dan akan kubajai cinta kita ini hingga ke akhir hayat. Itu janjiku. Oh, betapa indahnya dunia kurasakan kerana mencintaimu! Mencintaimu benar-benar membuatkan aku rasa bahagia.

Sayangku S,
Panas sampai ke petang yang kuharapkan, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Puas kau kuhubungi, namun kau tetap mendiamkan diri. Pertemuan terakhir kita menjawab segala teka-teki di hati. Akhirnya tsunami melanda diri. Kau minta hubungan ini diputuskan kerana mahu pergi mengikut insan lain yang telah berjaya memikat hatimu. Kucuba memujuk, ternyata pujukanku hanya sia-sia. Baru pun usia perhubungan kita memasuki enam bulan. Kau tinggalkan aku sendirian ketika cinta kita sedang mekar mengharum. Alangkah kecewanya aku. Kini tiada lagi gurau senda dan tawa mesramu yang bisa menghiburkan hatiku. Sepi… sesepi hatiku yang ditinggal pergi. Segala janjimu padaku suatu waktu dahulu, kini hanya tinggal kenangan yang terkunci di hati.

Sayangku S,
Walaupun kita sudah berpisah, namun memori indah bersamamu sering menghantui gedung fikiranku tanpa kupinta. Aku cuba menghapuskan dari ia terus menghantui, namun adakalanya aku tewas. Aduh! Ianya sungguh menyakitkan. Barulah aku sedar betapa sakitnya bila putus cinta. Lebih-lebih lagi cinta pertama.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari daerah ini. Aku tidak sanggup lagi mengingati memori bersamu setiap kali aku melewati daerah ini. Kedengarannya mungkin lucu, tapi hanya itulah sahaja yang mampu aku lakukan. Sampai bila aku akan begini, aku pun tak pasti. Yang pasti cintaku padamu masih tersemat di hati.

Sayangku S,
Tapi aku reda kita hanya dipertemukan seketika cuma. Sesungguhnya menyemai cinta bersamamu membuatkan aku menghargai erti sebuah cinta. Aku terima hakikat jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Begitulah dengan cinta kita. Takdir Tuhan telah menentukan tiada jodoh di antara kita. Mungkin ada hikmat di sebalik perpisahan itu.

Mungkin ada rahmatnya
Kita tidak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan
Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat dulu
Kerana cuma aku
Yang menarik bukan lagi tanganmu…

Sayangku S,
Kudoakan kau berbahagia bersama kekasih barumu. Sesungguhnya aku bahagia melihat orang yang kukasihi bahagia. Peliharalah dia sebaik mungkin. Jangan kau sakiti hatinya seperti mana kau sakiti hatiku. Sebelum mengundurkan diri, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan darimu andainya coretan ini bisa mengganggu dirimu.

Luahan Hati : 
Dhiya Shiha Luahan Hati : Tiada Jodoh Di Antara Kita

32 Komen:

Tanpa Nama berkata...

stay strong..your soulmate is outside there..:)

Tanpa Nama berkata...

i would like to cmment sumthin,,,well..if this is a true story..the writer should b grateful..coz GOD has safe him..(him OR her..??)
CINTA yang tersemai bukan kerana ALLAh hanya sia-sia...cinta yang dipengaruhi nafsu hanya mainan syaitan utk hanyutkan manusia...
let bygone be bygone...ALLAH adalah pengatur yang terbaik..HE knows what's best for his servant..
jadilah yang terbaik..kerna yg terbaik pasti menunggu kamu di luar sana...(^___^)!!
-miss nanas-

wany berkata...

at0oyai....
cdeyhnye st0ry neyh....:(

Tanpa Nama berkata...

Perpisahan suatu perkara yg amat menyedihkan. Tetapi percayalah kepada qada dan qadarNya. Mungkin kita tidak nampak pada masa itu, tetapi suatu hari kita akan memahami akan hikmah dariNya.

Apa yg penting, redha ats ketentuanNya dan perbaikilah diri untuk diri sendiri. Sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.

Jangan bersedih. Allah itu adil. Senyum ok. :)

edayah berkata...

mungkn ko akn brtemu dgn org yg lbih baik dr ex ko 2...jgn sdih kumbang bkan seekor bunga bkan sekutum,,,hidup mesti d terus kn...

Tanpa Nama berkata...

ape yg b`laku jd kan p`galaman moga
kita tdk akn lalai dlm m`cri cinta y s`jati.....

Tanpa Nama berkata...

BLESS U............PAPE PON,IDUP MESTI DI TERUSKAN....BUSU

Tanpa Nama berkata...

ya,,cinta mmg mnyakitkn hati bile jd mcm tu,,tp cekalkan hati,,mgkin ada hikmah disebalik ape yg trjadi skrg,,

Unknown berkata...

"...lepaskanlah orang yang kita sayang andai itu lebih membahagiakannya...jangan sekali simpan dendam tapi kirimkanlah doa buatnya..."

hari ini,cintamu kecundang..tak bermkna
selamanya juga kau tak temui cinta sejatimu..
yakinlah,Allah telah menetapkan hamba-
hambanya jodoh sendiri...

Tanpa Nama berkata...

sy rse gak pe yg awk rse..skt sgt pts cnt..punye la sy syg pakwe sy 2..smpai2 sy ingt 2 la cinte teraher sy...alih2 ktorg pts gk...sbbnye die da awek len..die bcinte ng pmpn 2 sbb nk lpekan sy la knnnye...ktenye die ptskan sy bkan sbb pmpn 2...sbb famili die.yela...jarak dijadikan alasan..sy xksh kalo fmly die xske...tp 2la...2 hanya alasan die je rsenye..pdhal hati die mmg dah berubah....

Tanpa Nama berkata...

sbr je.... ssguhnya sume ni dugaan dr dia..kt harus kuat... ape yg anda alami sma dgn sy... 3 thn myemai cinta..dia tgalkan sy mcm 2 je...tp, sy yakin 1 hr nti dia akn dpt blsannye..
smpai bile die blh bhgia tas pnderitaan org lain......... Allah 2 adil...sbr & tawakal je..

Tanpa Nama berkata...

so sad..sy x tau camne nak luahkan..die kawen bulan depan..tapi die x nak lepaskan sy..berat sgt nak bpisah ngan die..tp sy sedar,nanti bile die dah kawen,mungkin die akan lupakan janji2nye..die sgt baik..bg sy,die la 1 dlm sejuta..die kawen sbb keluarga desak..die penah membantah tp die tak nak derhaka kpd org tuanye..sy berjanji sy akan menyintai die seumur hidup sy walaupun x mampu memiliki dirinya..semoga kau bahagia sayang..

Tanpa Nama berkata...

andainya perpisahan i2 terbaik dlm khdpn kta,kta hrs relakan w/pun terlalu pahit utk d telan.kta blh melangkah pergi jauh darinya,tp blhkah ingatan kta pdny pergi seiring langkah kta i2?hanya dgn kekuatan mental saja kta mampu mlupakan segalanya...

Tanpa Nama berkata...

fuhh..sdihnyer...huhu

Ecah berkata...

aku pun putus cinta sethn lps...rindu tak prnh putus...dpt berita yg dia nk kawin ujung thn ni...ntahlah..mmg brt nk trima kenyataan...sbb ati masih 100% pd dia...wpun bnyk kali dia kecewakn n sakitkan ati aku...aku tetap x mrh...cmne pun kena trima keadaan ni...sbb aku ikhlas cinta n syg dia...tanpa syarat..lgpun ni sume ujian-Nya utk uji bhw cinta aku pd-Nya lebih besar atau cinta aku pd insan tu besar...Nauzubillah...perpisahan ni gak yg wat aku sdr aku patut lebih menjaga cintaku pd yg Agung...
cinta tu indah..prasaan halus dr Allah..sukar dimengertikan..apelg nk jelaskn ukuran cinta yg ada dlm ati kita..tp pandai2lah mengurusnya...
cinta tak semestinya memiliki...cukuplah utk menyayangi n kita tau insan yg kita sygi tu sihat, gembira n bahgia...alhamdulillah..

jay berkata...

I personally think tht this person shld let go of his past..its no use of waiting for nothing.At the end of the day,it'll hurt u more..bcause u'll someday realize how much thing u ady forgo.. B strong n move on wif ur life..sum1 is waiting for u outside there...

~~TintaQristal~~ berkata...

smoge awk sentiase tabah..
pasti akn ade yg mnanti khdrnmu..
don sad2 ye..

Orchid berkata...

ehmm memang nak lepas geram, terlalu geram, now I confused mana betul mana salah. Fade up pun fade up.

Dia kata dia sayang sangat kat I, dulu masa I tak berapa cinta kat dia, mcm mcm dia buat supaya I betul betul sayang kat dia, tapi bila dah sayang kat dia pulak buat perangai. I felt salah ke apa yang aku dah buat, susahnya mencintai orang ni.

I pernah cakap dengan Dia I kalau sayang orang, it is compulsory untuk I bercakap dengan dengan dia hari hari walaupun 5 minits sebab nak tahu keadan sihat ke, dah makan ke, kerja hari ni mcm mana, ada masalah ke itu antara pertanyaan yang akan saya tanya, sebab kita ambik berat. Saya pernah explain pada dia satu lagi sebab utama, saya trauma masa suami saya meninggal dulu, saya serik 2 3 hari dia tak telefon saya, saya berfikir mungkin dia sibuk saya tak nak kacau, tapi apa yang saya dapat I got a phone call informed me that my husband passed away. Terkejut, terkedu yang amat sangat, menyesal tak telefon dia, sejak dari incident hari, saya nekad siapa jadi boyfriend saya ke suami saya ke mesti telephone hari hari.

Bayangkan dia pergi outstation langsung tak cakap dengan I, the best is everytime I cakap dengan Dia, tak boleh cakap panjang, from the tone of voice pun mcm nak cepat then told me I cant talk at the moment busy, masa bekerja I could understand, the best masa cuti pun same thing occured. I dapat tahu dia pergi outstation, after 3 hari, I called dia, tak dapat, Masyaallah. walhal masa dia kat KL hari hari bercommunicate dengan I. Alasan terlalu sibuk. Bagi I simple when you loved someone, the another parties its just like half of your body, boleh ke, ini I dahlah langsung tak dapat kabar berita dia, apa jadi kat dia I langsung tak tahu. Ni dah 5 days I call langsung tak dapat, tak pick up bagi message pun no reply baru semlm 3.30 in the morning I bagi sms, , I telephone balik talk only "sorry I sibuk" that all, tak sempat ckp apa pun. Worst, some of hes frenz is my frenz too, he told me he is busy, but he able to call my frenz tu. Untuk I banyak sangat alasan. last

Last 2 weeks, I pernah SMS dengan Dia, I informed apa yang I tak puas hati sebab bila I nak bercakap secara direct, what he said is "TAK MAU CAKAP PASAL TU, DAH LEPAS, CERITA PASAL BENDA LAIN". Dia cuba menutup hal yang terpendam tanpa menyelesaikan masalah. Tak da langsung discussion. Dia cakap, I tak faham tempat dia "sibuk". Sibuk pun luangkan sikit masa untuk I, dia langsung tak pernah cuba ambil hati I,. Dia ckp bagi dia hubungan kami baik, I sahaja yang buat perangai banyak ragam, this is make me so confuse, sampai I cakap” apa sangat yang I minta dari U, I tak pernah minta duit dari U, I tak pernah minta barang dari U, so far so good apa yang I minta, minta kasih sayang, your concern about me, U tak pernah ambil berat pasal I, tak pernah Tanya I sihat ke tidak, makan ke tidak, kalau I tak call you, you langsung tak call I. masa nak pikat I dulu boleh pulak. SAYA NAK TANYA SAUDARA SAUDARI SALAH KE APA YANG SAYA MINTA. KE SEBENAR SAYA NI YANG TAK KENA, TAK BETUL.

Alasan yang di beri, I patut bersyukur sebab orang berpangkat tinggi mcm dia suka kat I. Dia ingat dengan pangkat dia tu, I pandang sangat ke. For me, I tak peduli pasal pangkat ni, bukan boleh bawa bahagia, orang lain pandang dia tinggi, BUT FOR ME, TO BE MY HUSBAND I TETAP PANDANG DIA SEBAGAI SEORANG INSAN MAHLUK ALLAH SWT, Dia tetap according to peraturan, manual of ciri ciri lelaki untuk dijadikan suami, I nak hidup sampai mati dengan dia bukan dengan pangkat dia.

Sekarang ni saya pening, tak tahu nak buat apa, dulu masa saya tak suka dia, dia beria. Tapi bila saya dah sayang mcm ni pulak.

Sara berkata...

hehehehe.

fatihah berkata...

sabo la kwn2 ku yg putus cinta...
yg pergi tidak semestinya tiada pengganti...
mgkin tuhan takdirkn jdoh kita lmbt...
sy pom putus cinta jugak...
kerana ssorng insan yg mngmbil berat keatas drinya,
disitulh terbit rasa cinta...tnpa dipinta olehnya...
ssghnya, ak tidak rela...ttpi, takdir telah menentukan segalanya..ak rela undur diri demi yg tersyg...
moga kau bhgia disamping yg tersyg...

ghathisareyou berkata...

masing2 ade pngalamn ttg cinte... cume indah or tak ajer...
mule2 mmg bhgie dh mkin lame xla seeindh yg disgke..

love iz cinta berkata...

sedey nyer thiz story...
hurmm..
sme jer ngn aku pun...
aku pun kena cam nieh gak....

juerina berkata...

sabar jelah cinta takkan kemanamana

Tanpa Nama berkata...

hahha kelakar bila dgr citer pasal putus cinta..i baru je putus cinta dgn xbf i yg i dh kenai 4 taun nih..susah senang kitaorg harungi bersama, bkn senang nk bina hubungan selama 4 taun tuh..tp dlm sekelip mata je semuanya hancur mcm tu jerk krn seorg perempuan yg dia baru kenai sebulan lebih..dia kata perempuan tuh bgi dia layanan yg baik xmacm saya kasar..hahah kelakar n xlogik..padahal slamanih dia pon xpernah berlembut ngan saya..tp xpe saya arap dedua akan dpt balasan lebey truk dr saya nih...

Na Stalish berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kerana insan ke3 sesebuah hubungan blh hncr dlm sekelip mata... walaupun insan 2 cuma jdi scandal.namun fikirlah ttg perasaan pasangan kte kerana sakit di khianati amat sukar untuk dipadam... betapa hancur dan luluhnya hati pasangan kita, kita tidak dapat nak selami....

Tanpa Nama berkata...

CINTA,mmg mnyktkn andai cnta yg ktk br xprnh dihrgai oleh ansan yg sngt ktk cntai...

ini ksah cnta ntra aq dan dea,mlanyer prtmuan ntra aq dan dea sgt bhgia tp stlh skian lm smue brbh hnya krna owg ke-3 dlm hbgn aq dan dea..

aq xprnh mnylhkn spe2 dlm mslh prcntaan aq n dea mgkn xde jdoh kot..

mgkn aq hrz psrh dgn tkdr andai ini adlh ktntuan aq dan dea... cnta ntra aq dan dea xder jln pghjng nyer lg krna sdh xder ksfhman lg...

Tanpa Nama berkata...

ORANG K 3 MMG SELALU MENJADI PENYEBAB YANG SANGAT MENGHARUKAN....

Tanpa Nama berkata...

cinta..knp perlu hadir n pergi..knp..aku rse sungguh ni x adil..npe kbhgiaan yg da ade..psti xkn kekel..knp..aku btl2 msh lg mncari di mne kkurangan n kslapan dri ni..

Tanpa Nama berkata...

aku msh syg kn dia wlau b'kali2 aku katakan pd nyer yg ant kami tiada apa2 ikatan lg...6 bln kblkngan ni dia slalu bt aku mnangis..bt aku kcewa..melukakn ht aku..sungguh aku x tahan d lyn bgini..

Tanpa Nama berkata...

ll

Tanpa Nama berkata...

ya Allah jika dia untuk ku, titipkanlah kemesraan kami berpanjangan.. agar aku sentiasa bahagia bersamanya,
jika dia bukan milik ku, hamparkanlah bayangannya ke dada langit, agar aku tidak terluka dan putus harapan dan gantikanlah dengan seseorang yang sama dengannya agar aku tidak keseorangan di dunia ini, kepada yang tersayang M.A.A.T

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.