Tips Menjamin Privasi di Ruang Siber


Share on Tumblr Tips Menjamin Privasi di Ruang Siber

Amalan yang boleh dipraktikkan untuk komunikasi online :

1) Sentiasa berhati-hati ketika memberikan butir-butir peribadi anda seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon. Sangat mudah untuk mencari informasi tentang seseorang di internet. Maka, melainkan anda mahu seluruh dunia tahu bagaimana untuk menghubungianda (termasuk ’spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’), lebih sedikit informasi anda yang beradadi internet, lebih baik dan selamat untuk anda!

2) Simpan data peribadi anda seperti emel, rekod ‘chatting’, gambar, dan video dengan selamat. Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor, dan anda mungkin juga mahu menguncikannya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption). Banyak ’software’ yang membolehkan anda melakukan ini, supaya password anda tidak dapat dileraikan denganbegitu mudah.

3) Fikirkan beberapa kali dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet. Gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda. Banyak cara lain untuk anda berkongsi gambar-gambar peribadi anda bersama keluarga dan rakan-rakan yang jauh.

4) Berseronoklah dengan teknologi. Belajar lebih banyak bagaimana laman-laman web yang anda lawati berfungsi, siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya anda tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan. Lebih banyak yang anda tahu tentang teknologi terkini, anda mampu mengurangkan risiko pendedahan anda di internet, dan yang lebih baik, lebih banyak manfaat dan keseronokan yang anda dapati ketika melakukan aktiviti online dan berhubung secara online dengan rakan-rakan anda!

Yang paling penting, anda perlu bijak mengawal privasi antara diri anda dengan keluarga, rakan-rakan, pasangan, dan juga majikan anda. Berbicaralah secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak anda untuk mengekalkan privasi anda. Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah cara terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online!

Sumber: 3R Tips Menjamin Privasi di Ruang Siber

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.