Tips Membaca Dengan Pantas


Share on Tumblr Tips bagaimana membaca dengan pantas dan sekaligus menjimatkan masa. Antara tips yang mungkin boleh membantu anda ialah :-
Petua Belajar

1. Lihat dahulu isi kandungan buku yang ingin dibaca
Gunakannya untuk mendapatkan idea tentang buku tersebut. Buat analisis ringkas sama ada buku itu mempunyai kaitan dgn minat anda atau tidak. Anda akan mengenalpasti semua itu dgn meneliti topik dan sub topik yg ada pada muka hadapan sesebuah buku itu.

2. Baca serumpun perkataan bukan satu perkataan

Sebenarnya dalam pernulisan tidak semua perataan itu penting.Kadangkala ada yg berfungsi sebagai penghias sahaja dalam apa yg ingin disampaikan. Oleh itu bacalah perkataan-perkataan yg utama dan baca sekali imbas sahaja perkataan-perkataan yg tidak penting dalam bentuk serumpun. Ini akan dapat membantu mempercepatkan bacaan anda.

3. Membelek semula bacaan anda
Setelah habis membaca sesuatu topik, anda disarankan membelek semula perlahan-lahan untuk membuat rumusan tentang apa yg anda telah baca dan fahami. Kenal pasti semula adakah anda telah menemui apa yg anda inginkan. Semasa proses ini, mungkin anda akan mendapat maklumat-maklumat baru atau isi-isi penting yg mungkin tertinggal semasa menbaca tadi.

4. Buang tabiat suka mengungkapkan perkataan semasa membaca
Ini biasa berlaku kepada kanak-kanak yg baru belajar membaca. Tetapi ramai orang dewasa yg melakukan perkara yg sama. Anda perlu tahu bahawa otak boleh bekerja lebih cepat daripada mulut anda. Maka jika anda ingin membaca dengan pantas, anda harus berhenti daripada melakukan tabiat ini. Amalkan membaca dalam hati dan dengan tenang.


5. Bayangkan apa yang anda akan baca
Dengan membayangkan apakah maklumat-maklumat yg bakal anda perolehi, anda akan membaca dengan pantas. Selain itu, anda lebih memahami susunan dan bentuk penulisan bahan bacaan tersebut. Oleh yang demikian, anda akan berasa 'selesa' dan lebih bersedia untuk membaca.

6. Timbulkan persoalan-persoalan awal sebelum membaca
Ajukan soalan pada diri sendiri contohnya apakah jenis buku ini? Apakah konsep yg ingin diperkenalkan? Siapa yang menulisnya? Bagaimana ia boleh membantu anda? Sejauh mana ia boleh membuat anda tertarik untuk membacanya? Bagaimana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian anda? Dan adakah anda benar-benar memerlukan buku ini? Persoalan ini akan menarik minat anda untuk mengetahui isi sebenar buku yg ingin dibaca di samping memudahkan anda membaca dengan lebih pantas.

7. Buat ujikaji keberkesanan bacaan anda
Lakukan bacaan pantas sekali dan bacaan biasa untuk kali kedua. Bandingkan maklumat yg telah anda perolehi. Adakah mempunyai banyak perbezaan? Adakah anda telah tertinggal banyak maklumat dan isi-isi penting? Dengan membuat perbandingan anda dapat mengetahui kelemahan dan kekurangan yg ada ketika dalam proses membaca.

Saya berharap tips yang dikongsikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda membaca dengan pantas di samping memperbaiki lagi mutu bacaan.

Selamat membaca dan sampai berjumpa lagi! Tips Membaca Dengan Pantas

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

thanx,,,sangat membantu saya...sekarang saya membaca dengan lebh cepat..terma ksaih..luv u

redfar berkata...

like this.. ada juga mengetahui golongan yg suke membaca dari kanan ke kiri lebih bijak..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.