Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir


Share on Tumblr Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Contoh:
12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 +0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Elemen nombor tafsiran

1- Logam
2- Air
3- Api
4-Kayu
5- Tanah
6-Logam
7-Air
8-Api
9-Kayu.



Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks,Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan,Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat a nalitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill,Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosiol, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond,Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln,Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein,Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer,Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley. Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir

44 Komen:

chANtek berkata...

hahaha!!!rhsia personaliti neh cm btol larr..

a!diel(^_^) berkata...

thanks...

Tanpa Nama berkata...

btl3,,adakalanya agk btl,,haha

yukie berkata...

rahsia tarikh lahir nie mcm dr.azizan osman ajar~hehe

Tanpa Nama berkata...

i'm number 7- intelektual?ermm..

Tanpa Nama berkata...

aku no 2 la..huhu

Tanpa Nama berkata...

cANER NK KIRA NIH....

Tanpa Nama berkata...

hui..aq dawh kire,aku kire aq pnye nan pkwe aqpnye skali..same ar plakk..kteorg due2 no 3...heee..memng betowl larh..tapi kite ta dewh larh bole cye sngt..cume yg logik tuwh bab dowang nie dawh wat kajian..dan mmng ade yg betowl..

Tanpa Nama berkata...

btOl ler cmua!Ah,malunyA....

Tanpa Nama berkata...

x pham la cne nk kire..

Tanpa Nama berkata...

adossss...sebijik tpi xsama..heee
caya lahh!!

Tanpa Nama berkata...

memang betul. kebetulan pun ye.
allah lebih mengetahui

Tanpa Nama berkata...

amazing... huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

ang btulllllllll tu........... gk slh gieeeee

Tanpa Nama berkata...

botoi lorhhh

Tanpa Nama berkata...

17/12/1977

Tanpa Nama berkata...

17/12/1977

Tanpa Nama berkata...

Apa yg trtulis benar blaka wat ku n si dia..(aku=7; si dia=9)

Tanpa Nama berkata...

KORANG MCM MNE NAK KIRA ELEMEN NIE.. TOLONG LAG AQ DAH BUAT SMPAI PENING2 KPLE AQ NIE..

Tanpa Nama berkata...

ak no 1..hi2

Tanpa Nama berkata...

no ak 1..

Tanpa Nama berkata...

no 6....byk yg sm la...heheheeh

lyza nazry :) berkata...

mcm real !! but mmg real lahh !! LIKE !

Tanpa Nama berkata...

hmmm x fahm lansung pening kepal bila nk kira

Engku Fatin berkata...

i like....btol2 sme..huhu..

Tanpa Nama berkata...

sebijik mcm personalti aq...tapi x leh caya 100%..

Tanpa Nama berkata...

ye lha.....sma 100%...bole pky nie..

Tanpa Nama berkata...

kjian nie mmg bleyh d pcayai lh..thats rght..tnhkss

fiemma88 berkata...

tp klu dua-dua api mcne...
tp tfsiran ni ada kaitn ngn dri sy gk....
so 2 la hakikat nyer...

Tanpa Nama berkata...

no berapa kah pasangan yg sesuai dgn no 1

Tanpa Nama berkata...

jap2...
ni lagu ape yek???
bhahaha

burn yor pace berkata...

mmg apa y dkhabornye mmg btol ada pd aku.....ego...panasbaran,.....aq kenalah brubah......hish3

Tanpa Nama berkata...

cm ner nk kra erk??

Tanpa Nama berkata...

trbaek lh bl0g cicinta ny,, pu3 yg cdih2 ny p0n hepi,,cm nk l0mpt bintg jek ar..

Tanpa Nama berkata...

sye dah try bt..mmg btol lah sift sye da.hehe..the best,like it..TQ.

Tanpa Nama berkata...

Memang btl da kat sye,..terbeak cicinta.

Tanpa Nama berkata...

sama2..ehhe..(sy=3,dy=9)

Tanpa Nama berkata...

Bebetul ler

Tanpa Nama berkata...

saya rasa penulis perlu meneliti semula contents entry ini...fahami semula maksud sebenar personaliti menurut ilmu psikologi dan kaunseling.

apatah lagi melabel seseorang hanya berasaskan tarikh lahir...

sepanjang pengajian sy, teori sebenar psikologi berkenaan personaliti amat islamik....

maka, mohon pemilik blog meneliti entry ini agar manfaat sebenar sampai kepada masyarakat

Tanpa Nama berkata...

No 2 mmg yg tbaekkk hehe;-)

Tanpa Nama berkata...

Btol kew. . .teruja' 'nim

Tanpa Nama berkata...

SAMA mcm personaliti suami...romantik....kebetulan kot.....hahaha... <3 <3 <3

Tanpa Nama berkata...

30 september 1971

Tanpa Nama berkata...

tepat kena dengan identiti saya..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.