Hati berdebar-debar malah mungkin tidak lena melelap mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata.
Namun, sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber.
Ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna Internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walaupun anak sudah berderet.
Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba `menjerat' cinta sekadar untuk memenuhi masa lapang atau suka-suka.
Segelintirnya melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang Internetnya itu.
Namun, ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan, jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula.
Dari sudut positif pula (biarpun tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan.
Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di Internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta.
Apapun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga sejak awal. Beringat sebelum kena, bukan menyesal sesudah terkena.
Untuk mengelak daripada terkena, renungkan panduan berikut yang boleh dijadikan peringatan:
* Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.
* Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi. Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda tidak benar-benar mengenali rakan siber baru anda itu.
* Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cari.
* Tanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar-benar mengenali personaliti seseorang itu.
* Sentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.
* Kebiasaannya, ada dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti, lazimnya mereka punya niat tertentu.
Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura-pura.
* Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar-benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura-pura di Internet.
* Jangan menganggap sembang di Internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk benar-benar mengenali pasangan anda.
* Anda boleh memberi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.
* Berhati-hati jika individu itu mendesak untuk mendapat kan maklumat peribadi anda.
Tip untuk berjumpa kali pertama
* Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.
* Bertemu di tempat awam dan bawa rakan-rakan anda sekali. Jangan sekali-kali pergi seorang diri.
* Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersamanya selamat. Jangan sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.
* Apabila bertemu, orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh bertanyakan soalan biasa ketika berbual di Internet.
* Jika anda rasa sesuatu tidak kene, elakkan perjumpaan itu segera
Tip untuk pertemuan seterusnya
* Teruskan perasaan was-was terhadap orang yang anda temui. Teruskan langkah berjaga-jaga seperti perjumpaan pertama.
* Dapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja. Ini penting untuk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.
* Anda perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.
Awas Penipuan Cinta Internet

10 Komen:
bahaya sangat ni. memang byk kes yg kita dah dengar. bermcm2 utk lebih rasa selamat lbh beak elakkan diri daripada menjalinkn cinta di alam maya ni mgkin ada juga baek buruknya.
setakat ni i berkawan dgn sorg shj.xpernh jmp.tp setelah ade rasa percaya, bg no hp sj.yg penting masing2 jujur.
Bijak adalah penting disini, bijak mengkaji latar belakang, nak jumpa?? ajaklah ramai kawan anda untuk berjumpa dengan si dia.. agar keselematan terjamin.
tak dinafikan...ade btolnye jugek...
sy pn dA kene. couple hmpr sthun. last2 bru tahu org lain... mcm mn sy tahu? dari segi maklumat ap yg dy prnh bri pd sy then sy rujuk kt satu fb ni yg punya mklumat yang sme. So, be careful and follow the tips
saya berkenalan dgn seseorang melalui internet,cuma melihat dari webcam, sering menghantar hadiah utk anak2 dari luar negara. warga mesir dan sangat mengambil berat. kami bakal bernikah tidak lama lagi selepas beliau menelefon ayah saya meminta kebenaran.kami bersama hampir 2 tahun dan terus berhubung melalui telefon.
tol2 agi2 zaman sekarang nie banyak tipu helah..tp..x sume g2 kadang2 mereka berakhir dengan perkahwinan dan bahagia untuk selamanya...berwaspadalah bagi orang diluar sana x salah mahu berkawan..berhati - hati dan pandai menjaga diri agr tidak mudah di tipu
Memang nmpk tipu sgt2. Blum apa2 lg, dah nk pinjam duit. Alasannya x cukup duit nk byr cukai harta pusaka.. Betul ke hartanya byk? Blum jumpa, dengar suara dr tel sj. Itu pun xreti ckp melayu. Mak dia org melayu katanya. Pernah ckp dgn mak dia. Tp betul ke itu mak dia? Xdpt fikir lg, nk kena tipu? Bodoh.
salam...sy ada b'kenalan dengan seorg lelaki y asal dr sabah...macam mana sy kenal lelaki ne bermula dari chattingroom pas tu beralih ke laman facebook..muka dan wajah ia,,sy langsung sy x tk pernah tengok...bila sy suruh unplod gmbr dlm fbnya ia bg alasan sabar,,,adalah tu nnti...entahlah tapi kami memang lum pernah jumpa lg...yalah sy harus b'waspada n b'hati2 cinta siber...sy juga x juga yakin y konon dh jatuh ati kt saya...sy minta pendapat anda,,,apakah y harus sy lakukan?adakah teruskan hubungan ne @ sebaliknya??
br nie sy der knl sorg lelaki..kami contact melalui call dan msj je...pas beberapa ari kami knl, die mengaku yg dia dh mula sygkn sy..dan lps kami b'tkr gmbr, die mengaku plak yg die dh mula cintakan sy...apa yg memuskilkan sy skang, die ada ckp nk jmp sy..tp dia nk jmp sy di rumah dihadapan ibu sy..pada pndpt ada, ada lg ke lelaki jujur seperti ini pd ms skang??ptt ke sy percaya dia??untuk pengetahuan, sy belum memberi alamat rumah kpd nya lg...