Tip Panduan Janji Temu Pertama


Share on Tumblr
Panduan janji temu pertama


* Jangan datang lambat.

Kamu mesti mahu menggembirakan hati si dia, bukan? Jadi, jangan datang lambat! Pastikan kamu tepati waktu.

* Penampilan menarik.

Jangan biarkan muka seperti orang baru bangun tidur! Buang pemikiran, `Buat apa nak hipokrit? Dia kena terima kita seadanya'. Kebersihan diri melambangkan diri kita yang sebenar.

* Saya bla... bla... bla...

Elakkan terlalu banyak bercerita mengenai diri anda. Pastikan ada komunikasi dua hala. Biar dia bertanya mengenai diri anda dan begitu juga sebaliknya. Biarkan dia tertanya-tanya mengenai diri anda. Misteri itu manis!

* Mudah dan ringkas

Oh! Saya ada temujanji! Saya perlu beli baju baru, kasut baru. Jangan! Ini bukan temu duga kerja. Biarkan penampilan kamu ringkas. Bagi perempuan, jangan bersolek macam hendak naik pelamin. Biar solekan tipis, yang penting anda nampak segar. Begitu juga lelaki, pakaian ringkas, jangan seperti hendak pergi temu duga.

* Pilihan makanan

Elakkan makanan yang memerlukan tumpuan yang tinggi. Pilih sajian mudah.

* My super ex

Jangan bercerita mengenai bekas kekasih. Tumpukan perhatian hanya kepada teman janji temu.

* Jangan buat perkara `bodoh'

Jangan buat perkara tak senonoh. Jangan lihat wanita atau jejaka lain selain si dia. Jangan buat muka miang! Elakkan perkara yang akan membuatkan temu janji pertama anda menjadi temu janji terakhir.

Tip Panduan Janji Temu Pertama

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

hai.. dalam beberapa hari ni, sy akan keluar date untuk kali pertama dengan si dia. namun saya kurang yakin akan topik perbualan yang wajar diperbualkan ketika bersama si dia.

Tanpa Nama berkata...

hari sabtu ni..first date saya...dan sy mmg gelabah habis..tak tau nk hadap mcm na huhuhu

Ain berkata...

Hari rabu ni first date sy dgn si dia.. hmmm memang gelabah la nk pkai bju ape.. gementar tu x yh ckp

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.