Formula Kejayaan Irfan Khairi


Share on Tumblr
Tip Untuk Mencapai Matlamat dan Kejayaan

1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.



2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu" .Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal".Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi.Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

10: Bina gambaran
"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

11: Janji pada diri sendiri
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Oleh Irfan Khairi




Formula Kejayaan Irfan Khairi

3 Komen:

Ms.ze berkata...

thanx for the tips !

btw, lagu final fantasy ke nie??

Yazid berkata...

maklumat yg berguna...thanks a lot

Yazid berkata...

mohon share

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.