Tip Cinta: Jangan Terlalu Dibuai Perasaan


Share on Tumblr
Remaja tidak terlepas daripada dunia percintaan. Dalam pencarian untuk mendapatkan perhatian, penghargaan dan pengiktirafan, cinta seolah-olah dapat memberikan jawapan.

Bagaimanapun dalam bercinta remaja perlu berhati-hati. Ia perlu dikawal mengikut akal fikiran tanpa berpandukan kepada nafsu semata-mata serta bimbingan ibu bapa. Jika tidak, bertimpa-timpa masalah akan melanda bermula daripada membuang masa, sering berkhayal, berbelanja sehinggalah kepada seks bebas!

Sehubungan itu, tidaklah salah jika remaja ingin bercinta asalkan ia berpandukan kepada perkara positif seperti tidak mengabaikan pelajaran.

Sebenarnya sesiapa saja dalam dunia ini mengharapkan cinta yang dibina itu kekal untuk selamanya. Tidak ada orang yang mahu bercinta kemudian berpisah sepanjang hayatnya.

Ramai berpendapat cinta pada zaman remaja ialah cinta monyet iaitu cinta yang tidak kekal. Bagaimanapun, ada remaja yang sememangnya sudah menemui cinta sejati tatkala di bangku sekolah. Buktinya ramai pasangan berkahwin mengaku mereka sudah bercinta sejak bersekolah.


Bagaimanapun untuk bertemu dengan pasangan yang benar-benar sesuai dengan anda bukanlah mudah. Ada pasangan yang sudah menjalin hubungan bertahun-tahun tetapi putus juga di tengah jalan.

Jika anda sedang bercinta, panduan di bawah mungkin sesuai untuk mengetahui sama ada si dia itu pasangan tepat bagi anda. Cuma sebagai remaja, anda juga perlu memikirkan masa depan bersama dan jangan hanyut dengan cinta.

* Rasa serasi

Walaupun baru mengenalinya, anda terasa seperti sudah mengenalinya sepanjang hayat. Anda boleh berbual apa saja topik dengannya dan anda juga yakin bahawa dialah pasangan yang anda cari selama ini.

* Ketawa bersama

Setiap kali bertemu, anda berdua pasti ketawa dan gembira. Apa saja perkara lucu yang dibualkan, anda pasti ketawa bersama. Itu menunjukkan anda berdua mempunyai banyak persamaan dalam pelbagai perkara.

* Tidak pernah meragui

Biarpun si dia jauh dari mata tetapi anda yakin dia sentiasa mengingati anda. Anda juga tidak pernah ragu-ragu untuk membantunya jika dia dalam kesusahan kerana anda pasti dia juga akan bersama di saat anda memerlukannya.

* Tiada masalah

Hubungan anda dengannya berjalan tanpa banyak masalah dan cabaran yang besar. Jika ada perselisihan faham sekalipun, ia sentiasa dapat diselesaikan dengan cepat kerana sentiasa ada pihak mengalah. Malah, apa saja yang dirancang berjalan lancar dan menjadikan anda berdua lebih bahagia.

* Membuat keputusan bersama

Anda berdua sering membuat keputusan demi kebaikan bersama dan bukannya untuk diri sendiri. Sering mengadakan perbincangan terutama mengenai masa depan membuatkan anda lebih memahami isi hati masing-masing.
Tip Cinta: Jangan Terlalu Dibuai Perasaan

12 Komen:

Tanpa Nama berkata...

erm..memang bagus untuk pelajar seperti saya,,,aduhai..~

Natasha berkata...

tp saya rasa sy dah hampir nak hanyut..

Tanpa Nama berkata...

tak terlambat balik ke pangkal jalan kepada yang hanyut =)

Tanpa Nama berkata...

tapi sukar untuk menghadapinya kalau mencintai dgn org yg dicintai....

Tanpa Nama berkata...

tips2 in seperti yg dilalui saya
saya sudah ketemu jodoh saya!
<3 makasih ya.

Tanpa Nama berkata...

nana:
sya bcinta sjak dri sklah . .
hurm . . rsa nya ok la stakat nie . .
alhamdulillah . . hrp2 kekal ke
aher hayat . .
amin . . :)

Tanpa Nama berkata...

nasihat saya kepada orang yang masih bersekolah janganlah bercinta dahulu jodoh takkan ke mana.ingatlah ibu bapa dengan raut wajah yang berkedut itu menanti kamu dengan penuh harapan agar dapat menyinari kehidupan mereka di masa hadapan...

Tanpa Nama berkata...

bercintalah kamu kepada yang layak dicintai dan perlu dicintai

Tanpa Nama berkata...

lepas kcewa dari cinta pertama smpy skrg terasa mahu mnyendiri terasa nk bcinta tapi prsaan xhdir spenuhnye...hurmmmm :(

eydhahc berkata...

bkannya tak spahaman tpi kmahuan dya....skit sngat lha rasa kalo kna kngsi cinta ngan kwan sndiri...rasa nya skar sngat diungkap kan...lbih baik brpisah dari tnggung trlalu lama....

Tanpa Nama berkata...

tiada cinta tanpa masalah, jika sedia untuk bercinta, sediakan juga diri untuk bersedih kerana tiada cinta terlepas dari ketawa dan air mata, cuma berdoa semoga dia adalah jodoh yang telah ditetapkanNYA

saysomething berkata...

besttttt..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.