Semuanya nampak baik pada pertemuan pertama. Dia nampak bahagia, tersenyum malah anda berbual banyak perkara bersamanya. Malahan dalam pertemuan pertama itu, anda berasa mahu mendekatinya dengan lebih lanjut.
Namun bila anda cuba mengatur pertemuan kali kedua, pelbagai alasan diberikannya. Antaranya keletihan, banyak kerja dan gayanya seperti mahu menolak ajakan tersebut tanpa anda mengetahui sebabnya. Mengapa ini terjadi?
Sebagai lelaki ada beberapa perkara yang harus anda selidiki iaitu bertanya kepada kawan-kawan, apakah cara terbaik menawan hati wanita, bertanya terus kepada pasangan mengapa dia menolak ajakan anda dan selagi anda tidak mendapat jawapannya, anda harus terus mencari.
Kata orang, pertemuan pertama adalah titik kepada mencari keserasian. Ada pasangan yang suka keluar namun bila dia merasakan bahawa tiada ciri-ciri diingini daripada pasangan tersebut, maka dengan mudah dia menolak ajakan kedua. Sebagai lelaki anda harus tahu mengapa ia berlaku agar perkara ini tidak berulang.
Cari Punca Moodnya Berubah
Tentu saja anda tercari-cari jawapan di sebalik dia berubah. Langkah pertama, hubungilah kawan-kawannya yang anda kenali. Melalui kawan, anda akan mendapat sedikit jawapan tentang dirinya, apa yang disukai atau tidak.
Apa yang boleh membuatkan mood si dia berubah dan sebagainya. Jika anda sudah mendapat jawapannya, agak mudah untuk anda mengatur pertemuan kali kedua dan cara-caranya untuk mengajaknya keluar.
Hentikan Spekulasi
Jawapan tidak akan dapat dicari selagi timbulnya spekulasi. Berbagai-bagai cerita dan versi boleh anda dengar tetapi akhirnya anda harus mencari berita yang betul agar kebenaran tercapai. Jika si dia tidak mahu keluar dan anda mendapat pelbagai cerita, jangan terlalu mudah percaya.
Mungkin dia benar-benar sibuk dan kepenatan dan mungkin di masa depan, baru dia mahu keluar bersama anda lagi. Anda tidak harus berhenti berusaha melainkan dia sudah memberi kata putus bahawa dia sudah tidak mahu keluar lagi dengan anda.
Jangan sesekali mendesaknya kerana mood seseorang sentiasa berubah-ubah. Desakan adalah satu paksaan dan ramai orang tidak menyukainya. Biarlah masa yang menentukan hubungan anda dan dia. Jika ada jodoh, adalahlah.
Keluar Dari Zon
Sebagai lelaki tentu saja anda berasa tercabar jika perempuan menolak ajakan anda. Namun anda juga harus kreatif dan berusaha bagaimana mahu keluar dari zon kebiasaan. Maksudnya di sini, jika dia tidak menjawab panggilan anda, anda boleh menunggunya di pejabat dengan sejambak bunga.
Anda juga boleh menantinya di rumah atau berpakatlah dengan kawan-kawan yang selalu keluar dengannya untuk turut serta dalam perjumpaan dengannya. Apa yang penting, anda harus berusaha untuk memikat hatinya jika anda benar-benar menyukainya. Jangan berputus asa kerana anda akan kelihatan lemah di matanya jika anda tidak berusaha.
Hati Wanita Umpama Kerak Nasi.
Nampak keras tetapi sebenarnya sangat lembut di dalam. Kalau kena dengan pujuk rayunya, tidak mustahil dia akan keluar lagi bersama anda. Malah tidak mustahil juga suatu hari nanti, anda akan bersanding berdua dengannya di atas pelamin.
Penuh Kejutan
Wanita biasanya kalah dengan lelaki yang romantis yang selalu memberikannya hadiah. Jadi kalau anda mahu menawan hati wanita, anda juga harus melakukan pelbagai kejutan buatnya. Hadiah tidak semestinya bersifat mahal, tetapi cukup dengan anda menghantar kad ucapan penuh romantis kepadanya.
Curahkan isi hati anda kepadanya. Nyatakan sebab-sebab anda mahu mendekatinya sekali gus memiliki hatinya. Jika kali pertama tidak berjaya, jangan sesekali anda berputus asa sebaliknya berusaha dan terus berusaha kerana wanita memang kalah dengan pujuk rayu lelaki.
Teruskan Tindakan
Jika anda sudah berjaya memiliki hatinya, tunjukkan bahawa anda serius dengan dirinya. Tunjukkan kasih sayang dan kesetiaan anda. Sekiranya anda berasa sangat serasi maka teruskan dengan tindakan masuk meminang dan melangsungkan perkahwinan dengan seberapa segera. Wanita biasanya berasa sangat terharu jika lelaki menunjukkan kesungguhan dan sanggup menjaga mereka sehingga ke akhir hayat. Bagi wanita, perkahwinan adalah satu jaminan kehidupan dan anda tidak harus mengkhianatinya.
Selamat mencuba!
Cinta Ditolak Selepas First Date?

10 Komen:
masih byk yg xpasti,harap dapat mncari yang lebih detail.
jika hati wanita umpama kerak nasi.. hati seorang yang bergelar lelaki umpama apa?hati ini kian merinduinya,mengasihinya,mencintainya tapi hatinya begitu keras..salahku cuma satu namun dia langsung tidak menoleh..begitu keras hatinya hingga melupakan ungkapan cinta bertahun lamanya..
sabor..sabor...doakan yg terbaik
hm ......
aku tidak ditolak dan aku juga tidak menolak ..tapi aku sendiri tidak pasti..Ya-Allah tunjukkanlah kebenaranMu amin amin amin
ape sbnar cinta...smpai skrg aku x pasti ape sbnr cinta...kdng2 ia hadir dlm bayangan saja tanpa sbrng petunjuk...ia hanya sekadar prsinggahan yg x pasti...
kisah ni mmg kena ngn aku...1st jmpa ok, mmg ok...seminggu pas tu dia cm mmdiamkan diri seribu bahasa...msj xreply, call xangkt, fb aku dia block..xtau psl hapa...
bnda ni la yg sye takotkan....
aq benci cinta knp cinta itu ada
Saya dengan boy saya ni selalu bergaduh, masa awal pertemuan tu kita orang selalu kehulu ke hilir sperti belangkas, waktu hari lahir dia, dia dan saya tentang bersama, tapi sekrang kami tak bersama lagi, rmai yang ingat kita orang gaduh. kadang2 klau nak terlanggar semua terngangap.. sya dan dia tadi nak terlangar. macam mana nak percayakan lelaki yang sukakan kita? tapi dia ramai member perempuan, kadang2 sya cemburu jug