Tabiat Lelaki Yang Negatif


Share on Tumblr
Dalam kajian secara umum mengenai konflik yang sering berlaku dalam perhubungan lelaki dan wanita, tabiat buruk pasangan tersenarai sebagai antara punca utama krisis.

Ramai asyik bertengkar kerana tension dengan tabiat buruk pasangan malah pergeseran itu menjadi serius sehingga membawa kepada perpisahan.



Individu yang boleh dianggap memiliki perilaku baik sekalipun tidak dapat lari daripada merungut andai pasangan memiliki tabiat buruk. Apatah lagi jika tabiat pasangan itu dianggap sesuatu yang menjengkelkan serta sukar dibendung.

Seperti lazimnya, dalam soal tabiat buruk ini, golongan yang selalu dianggap mempunyai banyak perangai atau tabiat buruk serta sukar dibendung tabiat selalunya lelaki. Lelaki tidak berselindung dalam mempamer sikap atau tabiat sebenar mereka berbanding wanita.

Situasi ini turut dipengaruhi perbezaan psikologi antara lelaki dan juga wanita. Maka, kedua-dua gender ini melihat atau menilai sesuatu perkara dari sudut berbeza. Disebabkan itulah wanita muda berasa jengkel terhadap perbuatan atau sikap lelaki yang mengikut perspektif lelaki, ia adalah perkara biasa.

Tabiat buruk boleh disifatkan sebagai suatu kelemahan dalamdiri manusia. Kelemahan seperti ini, jika tidak dikawal, boleh menyebabkan seseorang kehilangan kredibiliti. Sikap buruk yang akhirnya menjadi tabiat adalah berpunca daripada kurangnya disiplin dalam kehidupan.

Wanita selalu tidak puas hati dengan sikap sambil lewa dan acuh tak acuh lelaki. Wanita secara lumrahnya, lebih terurus berbanding lelaki. Oleh itu, wanita sering membangkitkan soal tabiat buruk pasangan hingga berlarutan menjadi perbalahan.

Namun, huraian psikologi itu bukanlah alasan bagi lelaki untuk terus bergelumang dengan tabiat buruk mereka. Sebelum ia melarat dan mencetus lebih banyak lagi masalah dalam hubungan pasangan. Tabiat buruk wajar dikikis supaya apa saja konflik yang boleh berpunca daripadanya, mampu dielak.

Sehubungan itu, ketahui apakah tabiat buruk dan remeh lelaki yang tidak disukai wanita. Namun, realitinya ia tidak disedari lelaki dan ketahui bagaimana caranya hendak membuang tabiat buruk itu.

Tip atasi tabiat buruk

* Ketahui masalah anda

Jika anda sedari anda sering berdepan kesulitan dalam urusan seharian dan orang di sekeliling semakin menjauhkan diri, nampaknya anda perlu mengesan apakah puncanya. Barangkali semua itu disebabkan tabiat buruk anda itu? Tanyakan kepada pasangan atau rakan yang dipercayai, apakah sikap atau tabiat buruk anda yang mereka tidak berkenan dan cuba ubah sedikit demi sedikit.

* Berdisiplin

Tabiat buruk dapat di ubah sekiranya anda berdisiplin dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sekiranya anda tidak bersungguh-sungguh untuk membetulkan tabiat buruk anda itu, tidak mustahil ia akan kekal dengan diri anda selama-lamanya. Kawal keinginan dan dorongan untuk melakukan tabiat buruk itu.

* Jaga pergaulan

Elak daripada bergaul dengan individu yang mempunyai tabiat buruk yang sama dengan anda. Selain itu, elak daripada berkawan dengan individu yang boleh memberi pengaruh negatif kepada anda. Sebaliknya, berdampinglah dengan individu yang memberi pengaruh positif.

* Beri ganjaran

Tanamkan azam untuk mengubah tabiat buruk anda itu dan tetapkan apa-apa ganjaran apabila anda berjaya menyingkirkannya. Ganjaran ini secara tidak langsung dapat memotivasikan diri anda untuk lebih berdisiplin dalam `merawat' tabiat buruk anda itu. Selamat mencuba!


Lapan tabiat buruk lelaki

* Tinggalkan saja pinggan, mangkuk, gelas, cawan begitu saja selepas makan kerana menganggap ada orang (wanita) yang akan mengemas dan membasuh perkakasan itu untuk mereka.

* Tabiat buang sampah merata-rata sering dimiliki kebanyakan lelaki perokok. Puntung dan kotak rokok sering kali dilempar saja sesuka hati mereka walaupun banyak bekas habuk rokok dan tong sampah yang disediakan di sana-sini.

* Tidak membersihkan sisa cukuran misai dan janggut di atas sinki selepas selesai bercukur.

* Merokok atau membaca di dalam tandas.

* Gemar gunakan lebih daripada satu cawan atau gelas minuman dalam sehari, sedangkan malas untuk mencucinya.

* Tidak peduli untuk memastikan pakaian mereka berada dalam keadaan teratur di tempat penyimpanannya. Ramai yang memunggah-munggah pakaian ketika mencari pakaian yang hendak dipakai hingga bersepah di sana-sini. Ada juga yang suka meletakkan pakaian yang sudah dipakai merata-rata.

* Buang angin, sama ada sendawa ataupun kentut tanpa segan silu dan tanpa menghiraukan keselesaan orang lain.

* Tidak menumpukan perhatian apabila seseorang bercakap dengan mereka. Selalu tidak faham atau terawang-awang hingga memaksa seseorang untuk mengulang kata-kata berkali-kali.

Oleh Diyanah Anuar
Tabiat Lelaki Yang Negatif

4 Komen:

Tanpa Nama berkata...

boleh saya share maklumat2 dlm web ni x??sy nk msukkan dlm blog sy....(^^,)

Cik Fiqa berkata...

suka blog ni....
=)

Syazana Husin berkata...

pinjam isi ni boleh...maaf ye...

Tanpa Nama berkata...

kne lakkn lelaki y mcm ni.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.