Pernahkah kita ucapkan salam pada diri sendiri? Alangkah beruntungnya diri kita, andai setiap kali bangun tidur, setelah melafazkan doa kesyukuran kerana dikembalikan roh ke jasad atau diberi lagi nyawa, kita melihat cermin, mengucap salam pada diri sendiri dengan lafaz, assalamualaikum diriku, dengan menyebut nama sendiri, Allah jadikan kau cantik dan hebat, aku sangat mengasihimu, menghormatimu dan menghargaimu.
Sel-sel badan akan bertindak balas mendengar suara itu, tidak kira sama ada suara itu kita lafazkan atau hanya suara bisikan dalam hati. Kerana di mana pun lahirnya suara itu, itulah suara kita sendiri untuk diri kita sendiri. Suara pertama yang kita dengar pada hari baru kita yang Allah beri.
Bayangkan, kalau umur kita 20 tahun, berapa hari baru yang kita terima dari Allah? Satu tahun 366 hari, sepuluh tahun, 3,660. Dua puluh tahun, 7,320 hari, kalau 50 tahun? Selalukah kita ucapkan terima kasih kepada Allah berikan kita berpuluh ribu hari baru itu?
Kita dapat hari, kita dapat umur baru dari Allah. Bukan setahun sekali. Kita dapat tiap-tiap hari. Kalau kita pinjam mata lalat untuk memandang, setiap kali melihat orang, secantik manapun orang itu, sebaik manapun orang itu, atau melihat apa sahaja, sebaik dan sebagus manapun keadaannya, kita tetap mahu mencari apa kekurangan, apa keburukan, apa kehodohan dan apa sahaja yang negatif yang ada pada orang itu atau pada perkara itu. Mencari dan mengheboh-hebohkan sesuka hati.
Bila kita sentiasa mencari keburukan, kita akan dapat keburukan. Bila dapat keburukan, kita gunakan keburukan. Dan lebih dahsyat, kita berikan pula keburukan itu pada orang lain. Manusia jenis apakah kita ini?
Kitalah manusia toksid. Manusia beracun. Manusia yang sentiasa mahu membunuh kebaikan. Hati penuh dengan perasaan dengki, iri hati, sakit hati dan pelbagai lagi sakit hati. Bayangkanlah kalau kita menjadi anak yang toksid, apa akan jadi pada ibu dan ayah kita?
Kalau kita menjadi adik-beradik yang toksid, sahabat yang toksik, pekerja yang toksik, ibu bapa yang toksid, suami atau isteri yang toksid, majikan yang toksik dan pemimpin yang toksik?
Bila selalu mencari kebaikan, kita tetap akan bertemu kebaikan. Bila bertemu kebaikan maknanya kita dapat kebaikan. Kita pun menggunakan kebaikan itu dan memberi pula kepada orang lain.
Kitalah manusia ubat. Manusia penawar. Manusia penyejuk. Ubat, penawar dan penyejuk yang memberi orang sihat. Menjadi anak, kitalah pengubat hati ibu bapa, menjadi ibu bapa, kitalah penawar hati anak. Menjadi adik-beradik dan sahabat kitalah pententeram kalbu, pembantu setia, pelindung dan adik beradik dan sahabat.
Kita akan selalu berfikir untuk menjadi hebat dan menjadikan orang lain juga hebat. Kita akan selalu berusaha untuk mencari ilmu untuk jadikan orang lain berilmu.
Kita akan selalu berusaha untuk mencari reda Allah. Hargai diri sendiri, kita akan menyayangi dan disayangi. Hormati diri sendiri, kita akan menghormati dan dihormati. Selalu berusaha untuk memberi kita akan sering mendapat.
Petikan: Istikharah Sang Perindu: Bukan Syarat Berkasih
Terima Kasih Allah : Motivasi Untuk Diri

6 Komen:
terima kasih allah swt ,,, i love u ,,,
termia kasih ya Allah..boleh share tak..
TERIMA KASIH ALLAH...UNTUK SEGALANYA..AMIN
Alhamdulillah..kerana sekarang saya tercari2 dan mencari2 artikel yang boleh saya buat muhasabah diri ...terlalu jauh tersimpang diri ini dari mendalami Kasih untuk Ilahi...trimakasih ya..
temukan lah aku dengan si dia yg bisa mngimankan solatku,amin...........
izin share ye, syukran :)