Tip Penggunaan MP3 : Muzik kuat boleh rosakkan pendengaran


Share on Tumblr
Kebanyakan penggemar MP3 mungkin mengetahui kesan bahawa mendengar muzik dengan bunyi kuat akan merosakkan pendengaran. Kajian menunjukkan kerosakan pendengaran disebabkan muzik yang kuat yang ditentukan oleh tempoh masa mendengar MP3. Ia membawa maksud sekiranya penggemar MP3 merendahkan bunyi muzik /MP3, mereka masih terdedah dengan kehilangan pendengaran sekiranya masih memasang fon telinga untuk tempoh masa yang panjang.

Tip Penggunaan MP3

Menurut kajian dari British, 39% remaja berumur 18 hingga 24 tahun mendengar muzik sekurang-kurangnya satu jam sehari sehingga 105 disibel. Remaja ini telah mendedahkan telinga mereka pada satu tahap bunyi bising dan kadaran sepatutnya adalah tidak melebihi 25 minit setiap minggu. Penggemar perlu mengetahui maklumat kadar paras bunyi disibel pada peralatan MP3 tersebut sebelum membeli dan kadar pendengaran normal adalah antara 0 hingga 20 desibel.

Pengguna dan penggemar MP3 perlu mempertimbangkan penggunaan dan mengenalpasti kesannya kepada telinga. Kemungkinan remaja boleh kehilangan pendengaran pada usia yang muda sekiranya tidak didedahkan tentang kesan menggunakan MP3 ini. Industri pengeluar MP3 diharapkan lebih bertanggungjawab dengan mengambil kira risiko dan kesan akibat pengeluaran MP3 yang tidak berkualiti tanpa meletakkan sebarang tanda amaran pada pembungkusan produk.

Di Malaysia, pengeluar boleh mengguna pakai standard MS 301 489-6:2009 Specific Conditions for Digital Enhance Cordless Telecommunications (DECT) Equipment sebagai panduan dalam produk digital seumpama ini.

Tip Penggunaan MP3

Langkah 1 : Rendahkan bunyi muzik MP3 Mulakan dengan merendahkan bunyi muzik pada tahap 10 ke tahap 9 atau 8. Sekiranya anda telah dapat menerima tahap bunyi ini, cuba rendahkan kepada tahap seterusnya. Mungkin pada awalnya agak sukar tetapi ia adalah tidak mustahil.

Langkah 2 : Kurangkan masa dedahan dan frekuensi Setelah anda rendahkan bunyi muzik, latih telinga anda untuk berehat setiap 10 hingga 15 minit. Nikmati bunyian di sekeliling anda, sama ada anda berada di dalam kesesakan atau sedang berjogging. Seterusnya, anda boleh mengurangkan masa menggunakan fon telinga seperti contoh sebelum ini anda menggunakannya 1 jam sehari dan mengurangkan kepada 30 minit sehari. Jika anda telah selesa pada tahap ini, cuba kurangkan kekerapan mendengar MP3 kepada beberapa hari.

Langkah 3: Membuat ujian pendengaran secara berkala Jadikan langkah ini sebagai satu kebiasaan dan lakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun sekali.

Anda harus mengambil tangungjawab untuk menjaga kesihatan telinga anda bagi menghalang kesankesan negatif yang boleh mempengaruhi kehilangan pendengaran. - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Tip Penggunaan MP3 : Muzik kuat boleh rosakkan pendengaran

1 Komen:

Unknown berkata...

saya nak copy. tq

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.