Panduan wanita memperbaiki diri dalam perhubungan


Share on Tumblr
Di sini ada panduan untuk wanita memperbaiki diri serta menjadi individu lebih baik. Sila ikuti panduan di bawah.

* Jangan sentiasa harapkan diri kita selalu diberikan perhatian oleh pasangan kerana sikap ini adalah agen pemusnah dalam perhubungan . Sebaik-baik nasihat kepada diri - jika hendak diberi perhatian dan kasih sayang penuh mesra serta ikhlas oleh pasangan, kita perlu memberikannya terlebih dulu kepada pasangan.

Memberi dan menerima kasih sayang itu antara pengikat dan pengukuh emosi yang stabil dalam perhubungan.

* Jangan sentiasa meminta sesuatu yang tidak menjadi keupayaan pasangan sedangkan kita sendiri tahu dia tidak mampu merealisasikan permintaan itu.

Kita perlu mengasihani dan mengasihi pasangan dengan jujur serta ikhlas kerana ia akan menjadikan emosi kita kuat dan tidak dimamah emosi merajuk yang melampau.

* Jangan mudah ambil hati jika pasangan kita menegur kesilapan dan kesalahan. Ikuti nasihat yang baik dengan hati terbuka, mana yang sukar diterima, diamkan saja.

Wanita Muslimah

* Jangan ego dengan kelebihan diri yang ada seperti cantik, menarik, pandai, anak orang kaya, berpangkat tinggi, ada nama dan pengaruh sehingga semua kehendak kita perlu dipenuhi pasangan. Ini antara punca wanita suka merajuk melampau kerana berasa diri mereka lebih besar dan berkuasa daripada pasangan.

Fikir dengan waras menggunakan akal yang diberikan Allah supaya dapat sentiasa bersabar dan bersyukur atas kurniaannya.


Panduan wanita memperbaiki diri dalam perhubungan

10 Komen:

Nurul Hidayah berkata...

setuju sangat!!

Tanpa Nama berkata...

best sangat2 ske3 hehehehe

Tanpa Nama berkata...

ske sbgt2

Tanpa Nama berkata...

best laa. aku dah share kat fb!

Tanpa Nama berkata...

i like it ....

Tanpa Nama berkata...

hhehehe . so trueee !

Tanpa Nama berkata...

0o....paham2 laki ni selalu mcm ni kan ............:P

Tanpa Nama berkata...

org laki mmg eiii,bjek diri2 prfct..

Tanpa Nama berkata...

br kecewa..kne berubah lps nih..tolg doakn sy yer??huhu :(((

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt2...terbaek...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.