Pesona Cinta


Share on Tumblr
Istilah cinta bersifat universal. Cinta terbahagi kepada dua jenis iaitu cinta asli atau hakiki dan cinta palsu. Cinta asli berjalan dengan baik, tidak ada celaan atau kecaman daripada pelakunya. Bentuk cinta dianugerahkan Allah manakala cinta palsu diperhitung Allah, jika tidak diarahkan kepada reda-Nya.

Cinta yang berputar kepada objek cinta seperti cinta kepada wanita, anak, harta yang banyak dan terlalu menghambakan diri dengan cinta terlampau kepada duniawi serta berasa senang dan terlena hingga melupakan Allah sesungguhnya, mereka itu tidak diletakkan dalam istilah cinta asli.

Cinta AllahMalah, ia juga tidak akan mendapat bahagian yang terbaik daripada Allah walaupun sedikit.Ramai manusia berpura-pura menyatakan cinta dan ia sesuatu yang tidak pasti. Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah paling agung dan luhur serta tiada kesan buruk. Mencintai Allah adalah ibadat wajib.

Cinta kepada Rasulullah, ia boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati anugerah Allah kepada manusia, mempelajari sifat yang baik, membaca al-Quran, hadis dan sejarah kehidupan-Nya, meninjau sifat murah, kasih sayang kepada umat selain memahami beribadat kepada Allah tidak tidak sempurna, kecuali dengan mencintai Rasulullah.


Penyatuan cinta tidak dapat dicapai menerusi semangat nasionalisme, darah, keturunan dan bahasa, sebaliknya ia hanya dapat disatukan menerusi keyakinan dan akidah.

Syurga tempat bagi orang yang saling mencintai, khususnya mengagungkan dan menghormati Allah dan Rasulullah, memperbanyakkan selawat kepada-Nya. Sudah pasti, dalam memastikan kesempurnaan kepada pesona cinta dalam segenap segi itu, umat Islam perlu mengetahui perkara yang dilarang dan sifat dibenci Allah. Antaranya sifat dengki, sombong, fanatik serta mewajibkan perkara yang tidak wajib.

Pesona Cinta

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

cinta yang suci dan kekal selamanya hanyalah untuk Tuhan yang Maha Esa.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.