Cinta Beralih Arah
Saat ini hatiku bergetaran menahan seribu macam perasaan marah, benci, rindu, kesal dan entah apa-apa lagi. Mungkin lahir dari hati yang penuh dengan rasa bersalah. Langkahku ini telah lama menyimpang daripada tujuanku yang asal dan aku sebenarnya tersilap langkah.
Ah! Bagaimana harus aku berterus terang dengan dirimu. Alangkah sukarnya untuk meluahkan kata-kata. la pahit. Rasa bersalah bersarang dalam hatiku ini dan aku tidak mampu berhadapan denganmu.
Perkenalan antara kau dan aku tidak dirancang dan aku tidak pernah pun bermimpi akan mengenalimu. Semuanya secara kebetulan di mana rakanku telah men genalkanmu kepadaku.
Kau hadir ketika aku dilukai. Aku cuba menidakkan kehadiranmu sebagai pengganti kerana bagiku cukuplah cinta pertama yang amat mengguris perasaanku. Namun semakin aku menjauhkan diri darimu semakin dekat pulau kau kepadaku.
Dan kita semakin akrab. Lantas, kini aku telah menerima kehadiranmu atas restu orang tuaku. Kau telah menyelamatkan aku dari terus ditimpa kesedihan yang berpanjangan.
Namun, maaf kupinta seandainya aku masih mengingati kekasih lamaku itu. Kesan satu dari kisah silam itu benar-benar menghantui dan sehingga kini aku masih dalam igauan yang mengerikan. Segala-galanya hampa. Dan kau yang kuharap juga tidak dapat memberikan satu keyakinan hanya kerana peristiwa itu yang kini menjadi pukulan yang maha hebat terhadap diriku. Aku sebenarnya telah tawar hati dengan cinta. Aku terlalu muak dengan ungkapan itu dan aku benci dengan kehadiran kaum sejenismu. Namun, aku tetap terima kehadiran mereka dalam hidupku tanpa sebarang penolakan lantaran jiwaku yang amat lembut.
Aku sengaja menjuahkan lagi perhubungan kita walaupun kita sebenarnya berjauhan. Kau di timur dan aku di barat. Bukan aku sengaja berbuat demikian. Aku semacam hilang satu keyakinan dan hatiku tidak seteguh bak batu karang di lautan seperti dulu.
Dan aku hilang arah tujuanku dan aku terus diburu seribu ketakutan.
Maafkan aku Ham, sekiranya hatimu terluka dengan sikapku yang tidak kau mengerti. Aku sangka mentari akan berpanjangan namun hujan di pertengahan. Aku tidak bisa menjaga diriku ini sendiri. Bukannya aku tidak pernah mimpikan kebahagiaan. Teringin sekali aku mengecap kebahagian yang kekal abadi bersama insan yang amat aku sayangi tetapi segala-galanya telah berakhir di sini.
Nilai cintaku telah lama hilang dan tidak berharga lagi dibawa arus yang ganas hilang entah ke mana aku tidak pasti. Rintihan ini tidak pernah aku luahkan padamu jua pada yang terdekat denganku. Aku hanya pendamkan segalanya dalam hatiku.
Izinkan aku berlalu dari hidupmu membawa hati yang penuh luka dan dosa ini ke satu arah yang abadi. Ingin rasanya aku beralih arah kepada Yang Maha Esa kerana di situlah letaknya cinta yang abadi dan suci. Lalu kukutip semula sisa-sisa itu dan mengabadikannya di dalam memori. Moga-moga kedamaian yang kucari bisa membahagiakan diriku...
Cetusan rasa:
Insan Sepi
Cinta Beralih Arah (Luahan Rasa)

23 Komen:
saye baru pts cinta agak lame menjalinkan hbngan slme 4taun..
nmg sukar tok menerima neh sume!...namun saye tekad sy xmudah untuk mencari pnggnti...dye adela sga2nye...cerita d atas lebih kurang seperti kisah sy...
setiap perkara yang terjadi akan ada hikmahnya..buatlah keputusan dengan sebaik mungkin dengan itu pada satu hari kita akan anggap apa yg berlaku sebelum ini bkn satu penyesalan sebaliknya satu terindah yang pernah singgah dalan kehidupan kita.
cinta adalah anuggrah yg tidak dapat di ingkari, ketika cinta itu dantang semua tersa mnjdi kebhagian, nmun ktika telah pergi menjdi kesedihan, tapi, yakinlah dibalik semua ada hikma yg Allah sembunyikan yang terbaik untuk kita.........
kesedihan hanya dapat meruntuhkan semangat kita, yg telah berlalu jdikan pelajaran itu lebih baik.
hidup butuh perjuangan
jgn givup
sy bru smalam ptus cnta..mmg sdeh gle la..xsngke org yg sy syg snggup tpu sy..xsngke dye kmbali blik pd kekeasih lme dye..
setiap helaian waktu dipenuhi nafsu jika kita lupa perwatakan kita sebnar sebagai khalifah di mukabumi ini. Bersandarkan waktu2 yang berlalu aku dapat rasakan hidup kita ini terbuang ke longkang, kadang2 hilang arah panduan..bertepatan dengan surah al-ikhlas..dan kita sentiasa di kalangan orang2 yg terbuang masanya, sayangnya ungkapan cinta juga terbinasa kerananya..weallahualam.
cinta itu permainan lelaki dn pompuan untok 1 je ... DUIT >!
kenapa lelaki mudah beralih arah? kenapa lelaki cepat berubah? saya betul2 sayangkan die.
aku jua mngalami nasib yg hmpir sama jalan crtanya, wlau ada insan lain yg sudi mnerima dan myayangi ku namun ku tak mampu utk menipu diri bahawa hati ini tetap padanya walau dia sudah mnjdi milik org lain.....
cte ni lebih kurang sama ngan cite aku,tp,bezanya aku bersam akhrnye,tp,rsa kesal kerana semua tu pura2 semata...mnyesal,,hmm,nthlah,mgkin..namun aku mseh butuh jaln mnyelesaiakn pada ikatan yang telah sah ini
hmm . .sdihnye . .untung ar spe yg kkal dri kcik smpai kwin . .mnx2 aq kkal kot ngan awan . .
sedihnye...
hanya ungkapan maaf yang bisa ku berikan kpmu
kerna aku xbleh terima dirimu lg
bkn kerna aku benci, bkn kerna aku ingin bls dendam
cuma aku tidak mahu hatiku disakiti lagi...
cerita aku hampir sme, tp ade yg bbeza..bezanya,aku tawar hati dgn si dia bkn kerana aku tluka dgn cinta dahulu..cinta dahulu telah lme aku lenyapkan dari hati aku..aku mgaku, aku sygkan kekasihku kini wlpn jarak memisahkan kami..telah byk yg aku korbankan utknya..aku slalu mbantu si dia yg dlm kesusahan, namun si dia sprti tdk mghargai ape yg tlh aku lakukan utknye.. alangkah sdihnye hati ini..dye wat aku spt xwujud dlm hdupnya..si dia dah byk berubah.. sudah agak lme dye x contact aku..rse sdih sgt..dye ckp bz.. sdikit mse pun dye xde utk aku wlu seminit.. tahukah kau wahai kekasihku, slme kau tdk mhiraukanku, ade llaki lain yg cbe wat aku tsenyum dan slalu mghubungiku saban hari..kau slalu wat aku camni..ckuplah hati ini kau lukai..jgn salahkanku andai hati ini bpaling arah.. :'(
hati aku kmbali trluka lg..pdih rsanya jd mcm dahulu..air mata x henti2 megalir bla trkenang si dia..hati aku sgt pedih hnya ALLAH sj yg thu..
cerita kita lebih kurang sama...buntu dalam memilih antara dua.sesungguhnya keduanya aku sayang..kekasih lama datang kembali aku mulai hilang arah,hilang pendirian,aku sia-sia segala pengorbanan sidia yang setia menanti aku/memerima aku apa adanya..hati aku milik kekasih lama.apa daya ku...maafkan aku..sungguh rasa sakit melihat dia derita berusaha melupakan aku..seseungguhnya aku pernah rasa perasaan seperti itu..Semoga ada seseorang yang akan mengubat hati pilunya..;(
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri... kita hilang atau orang yang kita sayang berlalu dalam hidup ini bermakna ALLAH ingin menunjukkan ada orang yang paling sesuai dan yang lebih baik ada lagi untuk kita... biarlah hati kita susah untuk di fahami, janganlah murah dengan perasaan yang hanya akan merosakkan minda...
itu lah indahnya cinta...namun bila terjadi nya suatu perpisahan..teramat lah sakitnya. Namun jika tiada jodoh untuk bersama biarlah ada jawapannya. Apa yang aku alami....tiada kata putus, tiada jawapan yang aku nntikan, diam....sunyi....tanpa penjelasan. Semua nya tiba2. betapa siksanya aku menanggung sengsara ini. tapi aku tau....setiap yang berlaku ada hikmahnya....namun siapa lah aku. tak berdaya untuk melawan takdir. sesungguhnya aku teramat lemah kala ini. Rabb....berikan aku kekuatan mengubah segala kedukaan ini kepada kegembiraan.....
sye baru bercinta dgn **** dlm tahun ni, baru msk 5 bln, tapi kwn lelaki sye luahkan prasaan die yg die dah lama suka kat sye, dulu sye pun pernah suke kat die, tapi sye tak berani nak ckp kat die smua tu, baru skrng kami luah kan prasaan msing2, kami selalu keluar bersama tanpa pengetahuan **** , makin lama kami bersama,sye makin syg kat die lbeh dr seorg kwn, cara kami bersms dah mcm orang bercinta, apa sye nak buat skrng nie??? blh tak cpe2 tlng bagi pendapat kat sye??? sye keliru dgn perasaan sye skrng nie,
Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan.
Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya.
Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….Amin.. Ya Rabbal A’lamin.