Tak siapa pun menduga yang kita akan terperangkap semula dalam situasi ini setelah bertahun melawan perasaan. Segala-galanya berlaku tidak dirancang dan bukan atas kehendak kau dan aku.
Apakah Tuhan mahu menguji kita atau memang benar kata orang, cinta pertama adalah kasih yang sejati. Biarpun begitu aku sedar yang memisahkan kita hanyalah kerana tidak ada jodoh.
Aku sebenarnya tidak mahu mengimbas kembali sejarah cinta kita yang lama itu. Jika diikutkan hati mahu rasanya aku memusing perjalanan jam agar waktu yang berlalu itu dapat diputarkan semula.
Tetapi sebagai hamba Tuhan yang akurpada segala yang tersurat, aku menerima hakikat bahawa kita tidak boleh hidup bersama. Apa pun yang kita kesalkan masa yang telah berlalu itu tidak akan kembali lagi.
Tidak ada gunanya mencari kesilapan dan menuding jari mencari siapa yang bersalah. Kita sendiri faham kenapa perpisahan itu berlaku. Bagaimana dan kenapajangan dijadikan alasan untuk menyesali keputusan yang telah kita ambil.
Terimalah ia sebagai ujian dan ambil iktibar di atas segala kekusutan yang telah merenggangkan kasih sayang kita sampai detik ini.
Abang,
Akukah yang terlewat atau engkaukah yang terlambat tidak patut dijadikan soalan. Biarlah soalan itu tidak ada jawapannya asalkan kita tahu perasaan dan hati kita di saat itu, terutamanya aku yang membiarkan kau terlalu lama menderita.
Abang,
Apa pun aku mengaku salah dengan perbuatanku menelefonmu tempoh hari. Tidak dapat nak diceritakan kenapa. Tiba-tiba saja nostalgia cinta itu menerpa dalam minda.
Sesungguhnya tidak ada yang kbih membahagiakan hidup ini selain daripada mendengar suaramu. Itulah yang memikat hatiku sejak kita mula berkenalan bertahun lalu.
Tidak dinafikan kita berkenalan melalui suara. Panggilan demi panggilan daripadamu menjadikan aku lena dalam khayalan. Kita terus jatuh cinta. Saat-saat manis itu berlulu begitu cepat. Sayangnya kita tidak meluahkan hasrat masing-masing.
Yang pasti setiap kali berbual kita terasa semakin dekat dan apabila suaramu
hilang aku menjadi semakin rindu.
Aku tidak berani untuk meluahkan perasaan ketika itu kerana diriku telah menjadi milik orang. Ikatan yang terjalin hasil urusan orang tua itu menjadikan aku serba salah. Pada mulanya aku berhajat menunggu pengakuan dan lamaran daripadamu, sayangnya itu tidak berlaku.
Kita bertemu sekali. Pertemuan itu amat membahagiakan Aku cuba mendapatkan kepastian daripadamu. Namun kau tetap membisu. Akhirnya aku terpaksa melawan kata hati bahawa kau tidak sanggup memperjudikan kasihmu terhadapku dengan merampas hak orang lain.
Sejak itu kita menjadi renggang. Sekaligus kau dan aku menjadi orang asing walaupun setiap hari kita tetap bertemu. Namun jauh di sudut hati kita masih saling memerlukan. Kasih sayang kita tidak pernah padam.
Aku mungkin berdosa kerana mengganggu ketenteraman dan kebahagiaanmu tetapi apalah dayaku! Tidak pernah terlintas di hati ini untuk mengusik kenangan silam.
Abang,
Aku sedar siapa aku sekarang dan yang dipikul. Tapi salahkah jika kita terus menyimpan perasaan yang lama terbuku ini sebagai khazanah hidup kita?
Sampai bila harus kita berlakon dan bermain dengan perasaan sambil mendera perasaan dengan rasa sayang dan rindu yang tidak berpenghujung?
Apa pun kita harus kembali kepada kenyataan. Sebagai insan yang serba kelurangan aku mengaku tiduk dapat melupakanmu, terutama pada saat ini.
Berilah aku peluang menampang kasihmu buat seketika sementara menunggu masa aku sedar betapa murninya cinta kasihmu terhadapku selama ini.
Yang penting kita harus menerima hakikat yang kita tidak dapat hidup bersama kecuali dengan kehendak Tuhan. Selagi ada bulan dan bintang, selama itulah kasih kita tetap akan menyala.
Terima kasih kerana memberi ruang di sudut hatimu untukku menumpang kasih. Sampai sekarang aku masih kabur, berarkah 'Cinta Tak Kenal Siapa?'
~ Luahan Dari Seorang Wanita
Luahan: Rindu yang tidak berpenghujung

24 Komen:
Wow, , sweet nyer
Jiwang akuw hhax
kisah ini sama seprti apa yg ku alami saat ini.... cuma bezanya lelaki itu dah pun berkawin, dan aku dah pun mnjadi tunangan org,,, namun kisah cinta antara kami tak pernah padam, hampir 8 tahun berlalu dia kmbali kpda ku mbuatkan ku tak keruan... cinta yg dah retak akhirnya bercantum kmbali kerana masa 8 tahun telah mnjadi ubat yg paling mujarab buat kami... biarpun situasi nya berbeza dgn status msg2, namun cnta kmi tak pernah pudar...
sedey3 T_T
jangan sedih.....?
the best..
sma brlaku dgn keadaan aq skang..mmg btl law x jodoh ..kita x dpt na melawannya..Best lh..sejiwa dgn aq..
ini lbih krang sma dgn situasi ku pd msa ini...
yup...biarpun status memisahkan namun d hati aku tak pernah hilang namanya... namanya tetap terukir d sudut hatiku,,,,
seronok diluah
aku dah banyak kali terluka ..tapi aku tetap berusaha untuk mencari cinta sejati ku..walau pun perih aku tetap bersabar,... tentang cinta aku berpengetahuan luas dah... banyak dah pompuan yang lukakan hati aku..tapi aku tahan...itu kerana allah swt always behind me ...hehe
dlam diam, kmi tetap berkawan, rindu di dada tak tertahan bila mendengar suaranya....tapi apakan daya, jika itu takdirnya... walau sedalam mana cintaku pada dia, andai takdir Allah mnyatakan dia tetap bukan milik ku... apalah dayaku utk melawan takdir Allah....
sdey ah...ngis baca ni...klu d beri peluang xmo berpisah...hmmm...tkot tok menghadapi saat2 itu...
sedeyh L0r..!
oitt...
salah aku masih menyintainya biarpun dia telah mnjadi milik org lain? walau jasad ku milik org lain, namun d hatiku tetap dia yg bertakhta... apalah daya ku untuk menolak rasa hati ini....
klu bercakap psl cinta dan jodo,,mmg ssh,,,smp skrg aku terpikir mne cinta dan jodoh ku,,,penatnye menanti!! huarghhhhhhhhh.......
lau dpt undur an mse sekrg nie..nk sgt blek mse mula2 knl dlu..n nk sgt ckp at die yg "awk 1 dlm sejuta bg sy n dsbb an 2,tlg jgn tggl an sy"..tp die dh pergi dr dunia nie..sy btol2 wndu kn die..ble teringat die..msty sy tersenyum n air mata mmg x bleh bhenti..sy tllu rndu kn die..:(
Ya ALLAH..mcm nie ke saudara seIslam ku...lau dh jd istri or suami org,jgn la dk derhaka pd pasangan anda..kecian mereka...hanya kerana cinta duniawi,jgnla engkau dilaknat Pncipta kita..dh twu bkn jodoh kita,kita jauhkan la diri kita dr org 2..hurmm..npe nk ancurkn rumahtangga org len lakk
Aq xthu ape2 la
subhanalloh.....
sye nak sngat dye kmbli pda sye ..sye nak sngat jdoh dngan dye lw sye ada jdoh dngan die btpa hppy nyer sye nie??
Cinta prlukan kkuatan! Andainya kita bnar2 tulus myntai dan myyangi, INSYA-ALLAH dia akn menjadi milik kita tapi wlau bagaimanapun hrus kita mengthui satu hal iaitu CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI. Buat semua, slagi kauorang bleh prtahankan kbhagiaan, pertahankanlah! berjuang utk mendapatkan cntamu...ttapi jgan gunakan cara yg kotor utk mndaptkan cinta sbb ia sangat kejam! Cinta sejati sukar di cari, andai kau temui yang benar tulus...hrgailah! Happy selalu....semoga kamu semua bahgia dgn khdupan yang sedang kamu semua lalui. Impianku hanya ingin melihat kbhagiaan semua orang. Usah sedih andai terluka krn stiap luka itu ada pnawarnya, carilah pnawar itu utk mgubati klukaan...psti kau akn tmui cme cpat@lambat. Sekian, WASALAM -DR CINTA
Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai sebuah kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan.
hmmm..sedih sgt...aku msih lg keliru..msih mnunggu jwpn dari dia yg saat ini aq sdiri tidk pasti...