Kenali tanda orang berbohong / menipu


Share on Tumblr
Berbohong, cakap bohong atau menipu wujud dalam hampir setiap perhubungan. Apa yang membezakan hanya sebesar mana bohong tersebut atau hanya sekadar apa yang disebut berbohong sunat.

Selalunya, susah bagi mengenal pasti seseorang itu bercakap bohong. Tetapi terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengetahui sama ada si dia bercakap benar atau bohong

1. Tekaknya jadi kering

Menyembunyikan sesuatu agar tidak diketahui orang lain boleh membuatkan seseorang berasa gugup dan tubuhnya dalam keadaan tidak senang duduk.

Presiden Institut Bahasa Tubuh Amerika Syarikat (AS) dan penulis buku, You Say More Than You Think, Janine Driver, berkata, penyelidikan mendapati bahawa apabila rahsia yang disembunyikan itu terlalu besar sehingga membuatkan individu tersebut risau akan kehilangan sesuatu yang penting jika didedahkan, membuatkan otot esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) akan mula mengecut menyebabkan tekak kering.

"Jadi jika dia mula kerap menelan air liur ketika bercakap, dia sebenarnya cuba untuk melonggarkan otot tekak.

"Beri perhatian pada tajuk perbualan dan anda mungkin akan dapat sedikit bayang apa rahsia yang si dia cuba sembunyikan."

2. Secara tiba-tiba mahu lebih kerap melakukan seks
Hah! Ini tanda untuk orang yang dah berkahwin saja. Bagi remaja suci, main jauh-jauh!

Memang mungkin suami berada dalam mood untuk hubungan intim tetapi keinginan seks yang mendadak juga boleh jadi petanda sesuatu yang tidak kena.

Ahli psikologi di Florida Amerika Syarikat, Krista Bloom berkata, seorang lelaki yang menyembunyikan sesuatu tidak mahu atau akan mengelak untuk terbabit dalam perbincangan yang beremosi kerana dia takut kalau-kalau terlepas cakap dan rahsia terbongkar.

"Sebaliknya, disebabkan dia menyayangi anda, dia akan mencari jalan untuk mengisi 'kekosongan' dengan anda itu secara fizikal," katanya.

Namun memandangkan terdapat pelbagai perkara yang boleh mencetuskan dorongan seks, jangan tuduh si dia tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.

Orang Berbohong Suka Menipu

3. Beri banyak maklumat

Jangan terpedaya oleh si dia yang memberi terlalu banyak maklumat remeh-temeh mengenai di mana dia berada atau apa yang dia lakukan.

Pada mulanya ia mungkin kelihatan disebabkan dia banyak memberi penjelasan maka dia boleh dipercayai. Tetapi sebenarnya dia mungkin cuba untuk menutup 'tembelangnya'.

Jika dia bercerita dan anda dapati dia membebel perkara-perkara yang tidak berkaitan atau kurang penting, itu adalah tanda amaran.

Sangkaan ini kemungkinan besar betul jika anda dapat kesan apabila percakapan si dia banyak terhenti-henti (pause) kerana ini bermakna dia cuba untuk mereka lebih banyak fakta.

Cuba fikir secara logik apabila kita bercakap jujur, kita sebenarnya tidak bercakap hingga terlalu terperinci - seperti nama pelayan yang melayan atau warna dinding kedai mamak tersebut - kerana ia bukan kebiasaan dalam kehidupan harian.

4. Tangannya masuk poket

Cuba perhatikan betul-betul apa yang dilakukan dengan tangannya jika anda dapat rasakan si dia cuba menyembunyikan sesuatu.

Apabila seseorang tiba-tiba menyembunyikan tangannya atau menyentuh dari satu anggota badan ke satu anggota badan lain seperti memegang lehernya, ia mungkin cara si dia cuba untuk menenangkan diri.

Tetapi berhati-hati kerana sesetengah lelaki memang gemar memasukkan tangannya dalam poket ketika berdiri.


Kenali tanda orang berbohong / menipu

30 Komen:

Tanpa Nama berkata...

klau jarang berjumpa pula bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

saya seorg y bercinta jarak jauh...dan jarang berjumpa...sering ditipu...tp kini tidak...perempuan nie bnyak keistmwan dy....mcm2 dy boley buat tok jng bg lelki menipu...lagi satu..klau laki tu btol2 sygkan kita dy xkan tpu kita...so...pk2kan la da selamat beramal..^-^









6

nur natasha berkata...

sy pula tidk prnh brcinta..sy xprnh rase ape itu cinta.... sbb byk kesah pahit yg sy prnh lalui... kalau hendk kenal sy cri la dlm facebook natasha.arysha1@gmail.com

Nabila berkata...

.i dah ada tman lelaki,tp dia keje jauh dr i..i plak keje swasta je,i ade majikan,dia baik sngt2..dia kata dia sygkn i dan ajak i berkahwin hjung thun nie..kbtln juga,tman lelaki i pun ajak i kahwin hjung thun nie..x tahu nak pilih sape..?????

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya aku tidak pernah bersyukur dngn kurniaanMu Ya Allah...ketika senang Kau mengujiku tapi ku selalu tewas...maafkan saya ye awak.

Tanpa Nama berkata...

kenapa sampai sekarang maseh belum ada insan yang hadir dalam haty saya....sedeynya manati kehadiran seorang kekasih....

Tanpa Nama berkata...

die tidak pernah mgaku mcmne? dan selalu mahu menang dan btol?

Tanpa Nama berkata...

nabila .. u buat pilihan antara teman lelaki u ataupun majikan u .. jangan sesuka hati pilih sbb nanty susah na percaya :)

Tanpa Nama berkata...

hahah ..cm tu lak ..

Tanpa Nama berkata...

yang semua di atas tu semaunya benar-benar berlaku dalam hdup saya ini bila orang yang saya sayang menipu saya dan mcm2 ragam yg dia buat utk mengelakkan dri berlaku kebocoran penipuan yg dah dia buat

Tanpa Nama berkata...

ak slalu kena tipu,,becinta gn ak,tp kt fb..siap maen love2 lg laki laen..ak tnye,dye kte kwn..da lme brcinta tp dye kte ssh nk plih ak..adoi..

ungu berkata...

..hope tips niy berguna tok saye ~ ((;

Tanpa Nama berkata...

i very2 hate my fiance but at the same time i love him too..

Tanpa Nama berkata...

urmmm...npew ea blew ktew mle pcyakan dyew bt dyew akhirnyew kcwakan ktew... cyew daa srik ptos cnta n then smpy skaa sty ag bdendangn lky n skunk syew jd plygrlz.... bt xpna cntoi so cyew troz un..... cyew bt smua niey dsbbkn dyew...cyew cntakn dyew.... tp skunk dyew daa kwin dsbbkn kne tgkp bsh.... btpew kcewanyew cyew... saat niey.... :-(

Tanpa Nama berkata...

saya pula tak tau nak pilih yg mana 1......hurmmm....

Tanpa Nama berkata...

ada cpa2 yg boleh tolong ker?/bg nasihat...

Tanpa Nama berkata...

aku pun dh kne tipu abis duit aku

Tanpa Nama berkata...

mula2 laki tu kata sayang..konon aku lah segalanya dalam dunia nie..entah cane aku jadik bodoh ..dia kata nak pinjam jap jer duit aku sementara dia kuarkan duit kswp dia...tup2 sampai sudah tak bayar..bila aku tanya status dia . die cakap dia duda upanya bini dah 2 nak tambah 3 dah pun ...kecawa gile terguling 2 aku...wahai wanita di luar sana..hati-hatilah....salah buat pilihan..jadila macam saya....aku pasrah...4o ribu beb duit aku dia kebas... biar ALLah je bals kat die..aku nak report polis pun bukti takde janji mulut je

Tanpa Nama berkata...

sekarang saya sedang berjarak dengan dia ,, saya bahkan ga tau dia disana dngan siapa ?? bahkan saya dan dia tidak lgi berkomunikasi .. hnya lwat fb saja qta berkomunikasi .. saya takut dia menipu saya ?? sebenarnya dia selalu bekata dia akan kembali dan selalu menyakini saya kalo dia setia disana tp knpa prsaan ni slli ga prcya sma dia . ??

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

semua kenyataan di atas tu adalah benar.....sangat benar

Tanpa Nama berkata...

useful info..semuanya benar belaka, saya dah melaluinya

Tanpa Nama berkata...

mula2nya sya kena ajak bercerita pasal sex . tapi sayangnya saya tnggalkan daya sendiri. memang dya playboy mahu je gasak perempun punya badan.

Tanpa Nama berkata...

sume itu lumrah hdup.

Tanpa Nama berkata...

berdoa kepada tuhan memohon maaf kepadaNya atas kesilapan kita, agar apa yang terjadi kepada kita kebelakangan ini tidak terhulang lagi..

Tanpa Nama berkata...

saya diduakan tolonglah :(..wht should i do...im so fucking sad right now ..i need someone new..

queja berkata...

x tahu smpai bila dya nak mcm ni !! sadddd !!!

Tanpa Nama berkata...

sehingga kini masih lagi tidak boleh mengesan ketidakjujurannya. Setiap kali jawapan berubah, bagaimana untuk kita ( wanita) untuk terus mempercayainya ( lelaki)

Tanpa Nama berkata...

perhubungan jarak jauh memang memerlukan sedikit pengorbanan. Namun, disini, hanya (kita) wanita ajer yang asyik berkorban, sedangkan sidia buat tak peduli, Bila kita( wanita ) merasa curiga, sidia( lelaki) sering memberi ulasan supaya tidak berfikiran negatif, namun sikap sidia memang mencurigakan. Susah nak dihubungi dan berbual, atas alasan sibuk dan tidak kena pada waktunya..Pelik tapi benar...Bagaimana harus mempercayainya lagi..

Tanpa Nama berkata...

Baru2 ni sy dpt tahu suami ada pompuan lain masa sy tgh sarat ngndung.. sedey sgt2.. tp hnya Allah tau apa yg terbaik utk kt hmbanya.. kesabaran sy ada tahapnya.. oneday kalau masih mcm ni lg syg mcm mn pon sy kena tinggalkn suami sbgai pngajaran kpd spy lain kali hargailah apa yg ada dlm hidup ini...jgn yg dkejar xdpt yg dkendung keciciran

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.