Tip dan teknik belajar cemerlang


Share on Tumblr
Petua Belajar Dengan Cemerlang

Pengurusan Masa

Pengurusan masa adalah satu elemen penting dalam kehidupan. Kegagalan seseorang individu menguruskan masa akan membuatkan diri kecewa dan terjebak dalam kancah kegagalan.

Pengurusan masa yang baik memberikan kesan positif dalam kehidupan individu. Diri merasa sentiasa melakukan sesuatu yang bermakna. Secara langsung, ia memberikan kehidupan lebih bermakna untuk setiap tempoh yang dilalui.

Bagi remaja, masa yang diperoleh adalah sangat kritikal untuk dipersia-siakan begitu saja. Masa banyak diperlukan untuk mengulang kaji pelajaran, bacaan, riadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Oleh itu, sebagai pelajar cemerlang, mereka hendaklah sentiasa `terurus dalam urusan hariannya'. Pelajar mesti sentiasa kemas menguruskan tugasan.

Pengurusan berkesan menjadikan kehidupan lebih teratur segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanahnya dapat diselesaikan dengan sempurna.

Ini disediakan 10 tip pengurusan masa berkesan yang dapat dikongsikan bersama pembaca. Dipetik daripada buku bertajuk `Jati Diri Penggerak Perubahan', Barbara Bartocci yang diterjemahkan oleh Sarah Md Yusuf (1997). Berikut beberapa tip yang boleh digunakan pelajar:

1. Buat perancangan/ perencanaan

- Anda perlu merancang kerja yang akan dilakukan setiap hari. Jika anda tidak berbuat demikian, anda akan sentiasa memperuntukkan masa kepada kerja yang datang secara tiba-tiba atau tanpa dirancang.

Uruskan masa anda sewajarnya dengan cara membuat jadual umum kepada perkara yang hendak dilakukan dengan memberi penekanan khusus kepada dua tiga perkara yang anda ingin selesaikan.

Melengahkan masa untuk membuat perancangan kerja akan memberikan kesan kepada masa yang dapat diperuntukkan untuk kerja terbabit.

2. Memberi fokus kepada perkara yang penting dan utama

- Mereka yang menghadapi masalah kritikal dalam pengurusan masa biasanya ingin melakukan banyak perkara dalam satu masa sama. Jumlah masa yang diperuntukkan untuk sesuatu perkara bukanlah sesuatu isu utama, tetapi bagaimana kita memberi keutamaan kepada sesuatu kerja yang penting adalah lebih baik.

Namun demikian, memberi tumpuan terhadap kerja amat membantu untuk menyelesaikan sesuatu tugasan mengikut masa yang diperuntukkan dan membuka ruang lebihan masa bagi melakukan tugasan lain.

Tip Cemerlang

3. Menetapkan waktu rehat

- Sebagai pelajar cemerlang, melakukan tugasan ataupun menelaah pelajaran dalam waktu yang lama tanpa rehat tidak menunjukkan ciri penggunaan masa yang baik.

Dalam tempoh yang lama membuatkan tenaga semakin menurun, ketegangan mental dan fizikal serta kebosanan semakin mempengaruhi motivasi diri. Masa rehat terancang perlu bagi memastikan diri sentiasa bertenaga dan bermotivasi untuk terus menjalankan urusan kerja.

Ambil masa rehat untuk setiap tugasan yang disiapkan atau setiap 40 minit waktu yang diperuntukkan. Rehat seketika adalah perlu untuk mengembalikan tenaga yang sudah digunakan.

4. Elakkan diri berada dalam suasana berkecamuk

- Suasana berkecamuk merujuk kepada keadaan sekeliling yang tidak terurus ataupun tidak kemas. Sebagai contoh, keadaan meja belajar atau kerja yang tidak terurus dan berselerak.

Keadaan ini mengganggu tumpuan diri untuk melakukan tugasan serta ia meningkatkan ketegangan fikiran. Bina ruangan meja yang lebih kemas dan tersusun supaya tumpuan dan fokus kerja tidak terganggu.

5. Tidak memaksa diri untuk menjadi terlalu sempurna

- Ada banyak perbezaan yang besar antara melakukan tugasan bersungguh-sungguh dengan bermati-matian untuk melakukan dengan sempurna. Bagi mereka yang melakukan tugas bersungguh-sungguh, mereka akan dapat kepuasan dengan hasil tugasan.

Namun bagi mereka mementingkan kesempurnaan sering kali mengalami kekecewaan dan mudah hilang semangat melakukan tugasan. Lakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya lebih menggembirakan.

6. Jangan takut mengatakan tidak

- Sering kali dalam proses untuk menjalankan tugasan akan berlaku beberapa gangguan luar jangka terutama daripada rakan dan juga permintaan adik-beradik yang kurang relevan.

Keadaan ini boleh mengganggu pencapaian sasaran diri dalam melakukan tugasan. Oleh itu, belajarlah menolak dengan bijaksana dengan memberi penjelasan yang sewajarnya untuk memastikan urusan kerja anda tidak tergendala dan berlangsung dengan berkesan.

7. Tidak bertangguh

- Sikap bertangguh punca kepada penurunan prestasi kerja atau pelajaran.

Ia seperti barah yang menular dalam diri kita. Jika tidak dihentikan, ia akan membuatkan diri menjadi kecewa dan tidak bersemangat dalam melakukan tugasan.

Kita mampu berubah sekiranya dapat menggunakan sistem yang tepat seperti memutuskan untuk berubah segera. Paling baik, selepas membaca artikel ini, teruskan usaha untuk melakukan perubahan sementara diri bermotivasi daripadanya.

Mengambil langkah pertama dengan kadar segera adalah penting. Jangan cuba untuk melakukan terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri untuk melakukan tugasan yang telah tertunda dalam kadar segera atau sekarang juga.

8. Buat semakan dan bedah siasat

- Membuang masa dengan sesuatu perkara yang membosankan adalah amat merugikan. Ia juga ibarat barah yang mengganggu penggunaan masa secara berkesan.

Cara rawatan berkesan adalah dengan melakukan bedah siasat secara radikal. Kenal pasti kegiatan atau aktiviti diri yang membosankan dalam rutin harian anda dan hentikannya.

Alihkan aktiviti itu kepada yang lebih memberi keuntungan pada diri. Pastikan kegiatan yang membosankan itu tidak berulang buat selamanya.

9. Membahagikan tugasan atau pekerjaan

- Anda tidak perlu menjadi pemimpin atau ketua sesebuah organisasi untuk menunjukkan keupayaan anda untuk membahagikan tugasan dan pekerjaan.

Belajar membahagikan tugasan atau topik pelajaran yang mencabar dan beri imbuhan kepada setiap keputusan yang dibuat terhadap tugasan terbabit.

Tugasan yang diselesaikan diberi imbuhan bagi meningkatkan motivasi diri untuk berani melakukan tugasan yang lebih mencabar.

10. Tidak ketagih kerja

- Hampir semua manusia mempunyai waktu pekerjaan yang panjang. Walaupun kebanyakan waktu dihabiskan dengan kerja, mereka tetap mengutamakan pergaulan bersama teman dan keluarga.

Mereka juga tidak membiarkan pekerjaan mengganggu pergaulan dan masa rehat yang ditetapkan. Keadaan ini dapat mengawal individu menjadi seorang yang ketagihan kerja (workaholic).

Diharapkan tip ini dapat membantu anda dalam pengurusan masa yang lebih baik. `Ia memerlukan suatu keputusan untuk memulakan sesuatu dan berdisiplin untuk menyelesaikannya'.

Jadi, sebagai pelajar cemerlang, belajarlah menggunakan masa dan laksanakan dengan disiplin yang baik. Mulakan usaha anda dengan senyuman. Selamat Berjaya.

Oleh Mohamad Fazli Mohd Isamudin
~ Berita Harian
Tip dan teknik belajar cemerlang

14 Komen:

Tanpa Nama berkata...

i like this that

Tanpa Nama berkata...

saya suka tip ini

Tanpa Nama berkata...

saya suka sgt tips nie...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

saya suka sgt tips nie...terima kasih

Unknown berkata...

i like this tip

Tanpa Nama berkata...

macam tak berkesan jee -.-

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah tips ni sangat bagus

Tanpa Nama berkata...

insyaallah..bleh ikot tips ny.. :)

Nur Aqilah Z berkata...

lik it

Tanpa Nama berkata...

Comment sendiri

Tanpa Nama berkata...

saya jenis yg x ska mmbaca,tolong bgi tips cmne cara belajar bgi pelajar mcm saya?

Tanpa Nama berkata...

bestnye tips ni kan??

Tanpa Nama berkata...

sya sokong kmu smua,insyaallah klau kita smua mengikuti cra yg dbrikan kita smua psti akan" BERJAYA"..........
Nurisnatie Binti Jahari.frend sya dfb....slamat maju jaya

Rafidah berkata...

saya suka tip nie...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.