Saya mempunyai seorang sahabat perempuan yang sebaya, kami berkawan sejak kecil. Saya kini berusia 20 tahun. Kira-kira setahun lalu, saya berterus terang tentang rasa hati saya terhadapnya. Jawapan yang saya terima, 'anggap kawan'.
Memang saya kecewa. Apa tidaknya, saya sanggup merisikokan persahabatan yang terjalin selama hampir dua dekad untuk meluahkan isi hati saya terhadapnya. Walaupun cinta saya ditolak, sukar untuk saya melupakannya. Malah, perasaan saya terhadapnya kian bersemi.
Baru-baru ini, saya mendapat tahu, dia kini sudah berpunya. Apa yang meresahkan saya, teman lelakinya itu pernah menjadi kawan baik saya semasa di sekolah dahulu. Saya sungguh kecewa. Kalau dengan orang lain mungkin saya tidaklah menjadi keruan sebegini tetapi kawan baik sendiri, aduh!
Saya sakit hati apabila setiap kali terpandangkannya dan berkata, 'Saya yang sepatutnya bersama si dia'. Saya juga sudah tidak tahan lagi rasanya untuk membayangkan bahawa saya dan dia akhirnya akan bersatu jua suatu hari kelak. Seolah-olah, jodohnya telah ditakdirkan dengan saya.
Apakah yang boleh saya lakukan? Kalau boleh, saya mahu berjumpanya dengan lebih kerap lagi selepas ini seperti dulu. Bukan sebagai kawan biasa tetapi yang saya inginkan, lebih dari itu. Agar dia menjadi teman wanita saya. Saya memang tergila-gila akan dia.
Sudah sekian lama saya menyintainya di dalam diam. Walau pernah ditolak dan dia kini menjadi hak orang lain, perasaan saya terhadapnya tetap utuh di sini (di hati).
- CINTA SEJATI
---------
Sesetengah pembaca mungkin akan berkata: 'Wow, romantisnya... Itu cinta pertamanya yang sukar untuk dilupakan dan dia masih menyintai si gadis walaupun setelah bertahun-tahun lamanya'. Sebahagian lagi mungkin begini pula fikir mereka: 'Dia tak sedarkah, bila seorang gadis mengatakan dia hanya menganggapnya tidak lebih dari teman biasa itu bermakna, dia hanya menyukai lelaki sebagai seorang manusia tanpa apa-apa perasaan terhadapnya'.
Memandangkan dia telah mempunyai kekasih manakala adik pula tidak rugi apa-apa, memperkemaskan lagi penampilan adik seperti potongan rambut baru, gaya berpakaian baru dan sebagainya sebelum berjumpa si dia pada masa-masa yang akan datang, mungkin membolehkannya melihat adik dengan satu pandangan baru. Tetapi, memandangkan juga sahabat baik adik itu sedang hangat bercinta dengan seseorang, kemungkinan itu agak jauh tersasar.
Apapun, tiada yang dapat mengalahkan kegagalan selain mencuba. Mungkin kali ini, untuk yang terakhir kali dan mendapatkan kepastian darinya agar adik lebih berpuas hati. Jika adik berjumpanya seperti selalu, luahkan kepadanya seperti mana yang adik luahkan kepada ruangan ini. Dia mungkin terkejut, merasa terganggu atau mungkin juga dia berbesar hati dengan sikap adik yang berterus terang itu dan tidak mengalah. Adik tidak akan tahu reaksinya kecuali adik memberitahunya, bukan?
Setelah berterus-terang kepadanya tentang apa yang adik rasakan, barulah adik akan mendapat jawapan yang benar-benar pasti sama ada adik sememangnya sudah tidak mempunyai harapan untuk bersamanya atau tidak. Dari situ juga, adik sudah boleh menutup pintu, melepaskannya dengan rela hati dan bergerak ke hadapan mencari gadis lain untuk dicintai serta yang boleh menyintai adik semula.
Ataupun, kemungkinan juga si dia mahukan adik kali ini. Siapa tahu? Dan apapun situasinya, sekurang-kurangnya adik jelas akan pendiriannya dan menghormati sebarang keputusan yang diambilnya. Dengan cara ini juga, adik boleh berhenti bermimpi untuk menggapai bulan dan bintang di masa depan bersama dengan seseorang yang telah menyatakan tidak dan tidak buat ke sekian kalinya.
Sakit hati bila terpandang si dia

28 Komen:
cintakan seseorg dalam diam mmg sakit..
skit2 woh!!
Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati
Mencintai seseorang tapi kita gak prnh dicintai emang bkin kita sakit hati..tp prcylah tnpa dia kita psti bisa nmuin jdoh kita yg sbnernyaa
mmang low da cnta gx kenal teman atw cpa pon dya,,
yg psti dya da mmbuat prsa'an yg bysa mnjadi tida biasa,,
cnta mmang gilaa,,,,,,,,,,,
:-(
walau x diterima berila cyintamu kpd owang yg mncyntaimu
cinta bermula dari huruf c..cemburu buta..itulah cinta..namun terpisah jua dgn owng tersayang..tetap dye di aty ku bt selamanya..akhirnya aq ingin bersamanya kalau ada jodoh aq ngan dye..
WOW menghayatkan haty....ney la yg dinamakan cinta sejati....sronok dpt lelaki yg cmtu...
situasi saudara sama dgn situasi sy..tp pa yg bezanya..saya masih menunggu jejaka pujaan haty sy walaupn dia dh bertung..ttpi sy mencintai dia dlm diam shj..cm sy ambil berat terhadap dia lbh sedikit dr kwn2 lain..tetp jdoh dia dgn tng dia xpnjg..bru2 ny dia pts tng..sy rs dia jdoh utk saya..tetapi sy masih takut utk meluahkan isi haty saya..takut persahabatan selma ny sia-sia disbbkn pengakuan sy...
percintaan.. ada madu ada racun.. manis cuma seketika ...
ada madu ada racun
buang jauh2 perasaan itu. ubat pada sakit ini adalah mencari pengganti
percayalah ..
pada suatu hari nanti pasti kamu akan dapat yang lebih daripada itu ..
jika memang jodohb tak akan kemana ..
bersabarlah ..
memang ark... cinta sejati 2 romentik sangat tpi nak uat macam mana dah si dia uat saya nie macam tak ujud jea saya nak sangat2 jodoh dengan si dia 2 tapi...si dia dah tak nak kat saya apa salah saya kat si dia saya sayang2 kat si dia??
reda..jgn terlalu dambakan kasih pada yg x sudi..gunakan cinta yg suci tu untuk yg kekal Abadi..
memang sakit jika seorang wanita yg di puja sekian lama tapi saat kita berterus terang dan dia hanya menjawab "kita hanya teman,,," tidakkah ia mengharagi kita?? tidakkah ia merasakan apa yg kita rasakan?? perhatian kepadanya,, apapun untuknyaa,,
sungguh disesali memang,, tapi cinta memang tak bisa dipaksa,,
bersabarlah,, yakin akan ada yang bisa lebih baik darinya.
aq menyesal sdh menyia 2 kan dia kini aq mencari dia aq ingin sekali meminta maaf tpi aq tidak tau engkau dimna
tlah aq brusaha mlupakan mu..tpi aq x brdaya
berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yg jauh lebihh indahhh
kwan baik sy dah kwen da ad anak still sy xleh cri pggnti . xpe lah, yg ptg ALLAH lbih thu apa yg tbaik utk kita . relakan sja apa pnh tjdi antara kita dan dia ...doakn dia bhgia, itu yg terbaik sbnrnya jk kita btul2 cntakn dia .
betol saye sokong awak
kadang-kadang saya merasakan cinta yg dipendam ada baiknya jugak. sekurang-kurangya kita boleh bersama didalam mimpi.
huh, "just friend" ~ ya, prkataan tuww larr yg ak dh dgr drinya ~
SAYA INGIN HIDUP SEMATI DENGAN CINTA SEJATI SAYA.INSYAALLAH,HEHEHE.HEBAT X KATA2 SAYA.I LOVE MY DARLING
AKU SEBENARNYA ADA SUKA SESEORANG TAPI MALU NAK CAKAP AKU RASA DIA X SUKA AKU KOT. ADA KOT TUUUUUUU ORANG NYA FUNNY,DAN MESTILAH HENSEM HEHEHEHE.AKU SUKA DIA SANGAT SANGAT I LOVE .......
Aku benci pada tam korang x mungkin tahu.budak telok Ira je tau siapa tam tu .diorang pasti tau I HATE TAM VERY MUCH
saya suka pada seorg abg senior nie.....
saya add dia at fb...
setiap kali dia post,syelah org pertme yg akan like and komen...
smpi satu ketika ada seorg kawan dia add sye..
hinggalah skrg kiteorg smkn rapat n sye dah anggap dia macam abg angkat.....
abg angkat sye sllu ajak jumpa....
sye pun buat satu event....sme jemput abg senior yg sye suke tu n kwn2 sye yg lain....
skrg sye dah konfius.......sye nak bergambo dgn abg yg sye suke tu....
tapi nnt apa pulak pandangan abg angkat sye....
sye x tau abg angkat sye mesti x suka sye....
tapi sye pula yg rse serba salah sebab menyukai kawan baik dia......
saya sayang abg mcm abg saya,dan sye tau abg dah ada makwe...
sye harap abg setia ngan makwe abg....
buat abg senior sye....
smpi skrg sye msh simpan perasaan nie..
sye takut klu sye luah nnt...
abg dah x nak layan sye lagi......
dah nak sama macam cerita aku
menghadapinya kini
sungguh sadisnya...
zaimi-klang