Kenali ciri lelaki hidung belang @ gatal @ kasanova


Share on Tumblr
Sebelum terperangkap dengan cinta lelaki hidung belang, jom kita kenali ciri-lelaki ini!

1. Peramah
Untuk pengetahuan kamu, salah satu ciri lelaki kasanova ini ialah mereka sentiasa menunjukkan bahawa diri mereka seorang yang peramah. Dengan sesiapa pun mereka akan bertegur sapa. Hatta bersama kamu pasti akan ada mana-mana perempuan yang akan ditegurnya di hadapan kamu. Bukannya apa, si dia ingin kamu tahu yang dirinya tidak akan berlaku curang di belakang kamu. Memang asalnya si dia seperti itu. Gambaran ini jelas menunjukkan bahawa si dia mahu kamu mempercayai dirinya. Walhal di belakang kamu sudah banyak stok yang dipasangnya.



2. Berjenama
Hurm, lelaki kasanova sangat mementingkan jenama terutamanya daripada aspek penampilan diri. Kalau boleh serba serbi mestilah mahal dan mampu menunjukkan ciri-ciri kekayaan. Nak memikat gadis bukanlah mudah, tambahan lagi di zaman moden ini. Kebanyakan daripada kamu sudah tentulah mempunyai kelulusan dan berpangkat. Oleh itu, mereka akan mencari ruang dan peluang untuk mendampingi kamu atau lebih tepat duit kamu. Secara tidak langsung kamu pasti akan terpikat malah menganggap mereka itu betul-betul menyayangi kamu. Jangan mudah tertipu!

3. Ambil Kesempatan
Huh! Agak melampau dan keterlaluan. Baru saja kenal dah berani nak sentuh-sentuh kamu terutamanya di bahagian sensitif. Taktik mereka ini memang sangat licik. Kalau boleh si dia mahu kamu hanyut dan pergi lebih jauh lagi dengan dirinya. Cara ini sebenarnya boleh menjerat kamu daripada meninggalkan si dia. Senanglah kehidupannya nanti bila kamu sudah berada di dalam genggamannya. Apa sahaja yang diminta pasti kamu akan menunaikannya. Maklumlah dah sayang, malah terlanjur pula jadi nak tak nak kamu terpaksa menurutinya. Awas!

4. Cipta Alasan
Habis madu sepah dibuang, itulah gambaran sebenar diri kamu tika ini. Awal perkenalan, boleh dikatakan si dia menatang kamu bagaikan minyak yang penuh. Namun saat lelaki jenis ini sudah dapat apa yang diingininya, semuanya bertukar sekelip mata. Ada sahaja perkara yang cuba dibangkitkannya. Saat kamu mula terhidu rancangan jahatnya itu, mulalah si dia mencipta pelbagai alasan agar rahsianya itu tidak terbongkar. Si dia akan meletakkan kesalahan dirinya itu di atas bahu orang lain. Betapa bijaknya si dia. Kamu perlu ingat, lelaki kasanova sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginannya itu tercapai.

5. Romantis
Pada mulanya si dia kelihatan sangat baik, sopan santun dan sempurna di mata kamu. Tak nampak langsung cacat celanya sehingga kamu mudah terpikat. Sedangkan si dia bukan seperti yang disangka. Si dia berjaya mengaburi mata kamu daripada melihat dirinya yang sebenar. Maklumlah nak memikatlah katakan. Namun perlu diingatkan di sini, semua itu tidak akan bertahan lama. Lamakelamaan si dia akan menunjukkan taringnya yang sebenar kepada kamu. Tika itu, hilanglah semua ucapan dan kata-kata manis buat kamu! Jadi berhati-hatilah.

6. Bergaya
Mengenali lelaki berperwatakan kasanova ini tidaklah terlalu sukar. Mereka kelihatan sangat kemas dan sentiasa menunjukkan ciri-ciri lelaki yang kaya dengan harta benda. Walhal poket mereka sebenarnya kosong. Kalau ada pun hanya sebagai pelaburan awal untuk memikat kamu. Mudahnya mereka ingin memerangkap kamu untuk dijadikan mangsa bukan? Jadi untuk apa kamu berlengah lagi, angkat kaki dan nyahkan diri kamu daripada mendampingi lelaki seperti ini. Sungguhpun pada mulanya kamu kelihatan terpegun melihat cara mereka melayani kamu, namun jangan mudah meletakkan harapan yang tinggi. Takut-takut kamu yang sengsara

7. Mungkir Janji
Awal-awal bolehlah si dia berjanji itu dan ini dengan kamu, bahkan lautan api pun sanggup direnangi. Maklumlah nak mengisi poket yang kosong, kenalah pandai memikat. Manakala kamu pula mudah sangat cair, pantang si dia bermadah sikit mulalah ke laut. Aduhai, jangan mudah percaya cik adik oi, menempah maut namanya! Semuanya palsu belaka, kamu akan lihat dengan sendirinya apabila perhubungan kamu mencecah hampir tiga bulan, pasti si dia akan memungkiri janji dan mula mencari jalan untuk mengelakkan dirinya daripada kamu.

8. Pinjaman
Itulah lelaki, memang lumrah hidup apabila kamu bertemu dengan individu yang salah. Pasti akan ada pelbagai masalah yang membebani kamu. Bayangkanlah, baru sebulan mengenalinya, si dia dah berani nak pinjam wang dengan kamu atas alasan duit gajinya masih belum masuk, kad bank rosak dan pelbagai lagi. Patutkah? Sedangkan kalian masih terlalu baru untuk mengenali antara satu sama lain. Sekiranya kamu boleh menimbang mana baik dan buruk, sudah tentu kamu sudah dapat mengagaknya kan?

9. Tampan
Tampan dan menarik itulah gambaran sebenar si kasanova. Maklumlah nak memikat si gadis pastilah rupa dijadikan sandaran Sekiranya kamu perhatikan, kebanyakan kasanova mempunyai rupa paras yang sangat menarik dan mampu meruntun hati setiap gadis. Mereka membeli jiwa si gadis dengan perwatakan fizikal yang dimiliki. Walaupun kamu bukan di dalam kategori cantik sekali pun janji poket penuh si dia tetap akan memikat dan berpura-pura menyayangi kamu. Apa yang penting, duit kamu akan menjadi miliknya dan secara langsung segala kos pembiayaan hidupnya akan ditanggung oleh kamu.

10. Identiti
Pernah tak kamu bertanya tentang ahli keluarganya, si dia seolah-olah mengelak dan menukar topik perbualan? Sekiranya ada, kamu sudah boleh menjauhkan diri daripada si dia. Bukan apa, takut-takut nanti kamu yang merana. Sebolehnya si dia tidak mahu kamu menyentuh dan bertanya tentang ahli keluarganya. Kalau terdesak sangat, si dia akan cuba memutar belitkan cerita agar kamu yakin bahawa si dia anak orang kaya. Kadang-kadang bila diajak bertemu ibu bapanya, pelbagai alasan yang diberikan. Takut kantoilah katakan, nanti habislah periuk nasinya.

~ Remaja
Kenali ciri lelaki hidung belang @ gatal @ kasanova

10 Komen:

BATIN berkata...

Sebab tu kpd gadis2 tk semua kasanova tu mantap ..ada jgk yang tk mantap. Cuba click kat BATIN tu

Zam berkata...

Dah klik pun kat nama ko BATIN ..Boleh tahan hebatnya.

suaminoty berkata...

Saya dah baca..dah pergi ..puashati. TQVM kerana bagitahu info ini.

semut_api berkata...

Syabas, bravo!!!!

Lina berkata...

dah klik kenapa untuk lelaki sahaja ? saya punya xde ke?

Tanpa Nama berkata...

mungkin semua laki same je

Tanpa Nama berkata...

laki , memang sume nya same ! susah nk dpt yg btol2 menyayangi kte dengan seiklas hati :(

Tanpa Nama berkata...

lelaki ok!! family dye mcm b***!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

xsOma laky cm 2,bg sya la. .

Top Niaga berkata...

Ada banyak lagi ciri2nya.

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.