Tip panduan fokus ketika belajar


Share on Tumblr
Cara fokus ketika belajar
Sebagai pelajar pasti pernah berdepan masalah untuk fokus di dalam kelas, sekali gus menyukarkan proses pembelajaran.

Senario itu juga memungkinkan pelajar menjadi semakin 'malas' atau kurang bersemangat untuk belajar kerana kesukaran menumpukan perhatian.


Rajin Belajar

Namun usah gusar kerana masih ada cara mengatasi masalah berkenaan, sekali gus melonjakkan kembali keinginan untuk berjaya dengan syarat dilaksanakan dengan penuh disiplin. Antara panduan boleh diikuti ialah:

* Mengaplikasi pancaindera

Kita perlu belajar untuk fokus terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan segala pancaindera yang ada kerana amat rumit untuk mengingati jika tidak memberi perhatian dari awal. Memori yang kuat terhasil daripada gabungan pelbagai deria seperti pendengaran, pergerakan, bau dan rasa.

* Membuat petunjuk

Bagi meningkatkan lagi memori, buat petunjuk melalui objek yang mudah diingati menerusi imaginasi.

* Menggunakan emosi

Mainkan emosi dengan mengaitkannya dengan perkara yang indah dan menggembirakan.

* Imaginasi

Gunakan imaginasi peribadi seperti anggota keluarga, rakan-rakan, rumah, pejabat, suatu peristiwa menarik dan hal-hal yang istimewa untuk membantu lebih fokus namun pelajar perlu bijak mengawalnya kerana dikhuatiri pula menjadi angan-angan.

* Melakukan pengulangan

Ulanglah perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan pelbagai cara berbeza lagi kreatif seperti membuat peta minda, bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu.

* Membuat kata kunci

Cuba ingat bahagian pertama dan terakhir sesuatu perkataan. Kemudian bina kata kunci yang mudah mengingati bahagian berkenaan.

Tip panduan fokus ketika belajar

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

boring kurang informasi dan tarikan

Lady Jara berkata...

biasa ja :(

Tanpa Nama berkata...

memang betul...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.