Takut ,tak bersedia hadapi SPM


Share on Tumblr
Bagaimana cara terbaik bagi mengatasi masalah tidak bersedia dan bertangguh menjelang peperiksaan. Saya bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Masalahnya walaupun terbit rasa ragu, bimbang dan takut, saya berasa seolah-olah tidak ada apa-apa, padahal memang agak tertekan jika mengingatkan subjek yang perlu diulangkaji. Mohon tip agar saya lebih bermotivasi, yakin diri dan fokus menghadapi peperiksaan ini.

Shahir, Melaka

------------------------

Terima kasih atas kiriman e-mel dan pertanyaan daripada adik Shahir. Memang agak tertekan menjelang peperiksaan penting sebegini, apatah lagi ia turut membentuk hala tuju alam pengajian di peringkat seterusnya. Cara terbaik untuk mengatasi cabaran adalah Shahir sendiri harus berani melihat ke dalam diri. Selain membina fokus kepada peperiksaan ini adalah lebih bijaksana jika Shahir mampu menarik perhatian kepada potensi dan juga kekuatan diri dalam mengatasi cabaran.

Selain daripada terlalu memikirkan kebimbangan dan terus tenggelam dalam sikap suka bertangguh tanpa bertindak apa-apa, langkah pertama adalah bertindak dengan kelebihan diri yang ada.

Shahir harus punya rasa amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Membiarkan keadaan dan tekanan menguasai diri tidak akan membawa ke mana, hanya ibarat mensabotaj diri sendiri. Tiada siapa yang boleh membantu Shahir jika Shahir sendiri tidak membantu diri Shahir untuk lebih berjaya. Kuatkan azam, sematkan tekad dan zahirkan ia menerusi tindakan, juga gerak kerja seharian sebagai pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting.

Aturkan masa dan susun semula jadual harian mengikut perancangan dan keutamaan, yang mana kurang berfaedah mahupun tidak berfaedah seperti berada di meja laptop terlalu lama bermain Facebook, games, melayari Internet yang kurang menyumbang kepada pengkayaan ilmu dan pengetahuan peperiksaan sewajarnya dikurangkan.

Ia amat penting dalam membina fokus. Tanpa sedar unsur-unsur inilah yang akan melunturkan motivasi, fokus dan keyakinan untuk menempa kejayaan. Dalam meletakkan sasaran mahupun matlamat, lakukanlah dengan jujur hati agar ia mampu diraih dalam ruang lingkup kemampuan diri.

Beri sedikit cabaran agar secara tidak langsung Shahir punya motivasi diri untuk keluar dari kepompong selesa dan berusaha lebih bersungguh-sungguh. Hakikatnya kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha, pengorbanan dan sabar.

Sebagai Muslim bergantung harap dan berdoalah dengan penuh yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar. Hampir selalu kepada-Nya kerana Dialah pentadbir hebat dan pemilik segala kejayaan di dunia ini.

Bukan itu sahaja tetapi yang lebih penting di sini apabila kita dekat dan hampir selalu kepada Allah, hati akan menjadi tenang. Sesungguhnya di sebalik rahsia tenang inilah fokus mampu terbina dan usaha mampu diberikan lebih baik lagi, insya-Allah.

Harapan saya semoga dengan tip ini, Shahir akan lebih yakin, amanah dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Semoga Shahir akan lebih yakin, fokus, disiplin dan istiqamah selepas ini. Selamat Maju Jaya!

Source:Utusan Malaysia
Takut ,tak bersedia hadapi SPM

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bchvjhjeguyyicghrgdjheuyiu4kjvbhghghbvhrktjhkfhkvghkjbhfijhcbbvjhrbvjbjchvbjhbvuncfgvhjvhrychbn` vbghj jhbfjhbiuhtcbjfghgriuhvhtuihjfbvjhgjthyjkghjkhtvbvbjgbbvbbhjvhbjhbvjbfjvbgjbvjhghjlkekdojlkmkjhthiejwok;,szsmckjngjriojwkdpotgorkpdpvortgtopkd.nbnvklcjhtoijfpodkvuhjlkmvnbmcklrijguhtihtyoek;dm,vnbjkkjgvnkmcfbghiojkd;ls,x.ncvnjkrhboijpok,.,cnbi4lwdmvbmsalnmmixdjkrgehkjdkhtjfmcfkjhbrtjhgjkfnknchjbjbmmimira salrkjefihiu4jdkjmira salmizwdbhrfhbfjhbfhrkfbrfhjbcbvhfgbvhbfhjvbhjbghjvbfjhbvhbgvhjbjhfbvhjbfjhbvnbnkmjl,;kluytjijt

Tanpa Nama berkata...

apa awak tulis ni ??

Tanpa Nama berkata...

Ya tuhan, ada pun orang macam saya ni. Terima kasih utk kata kata semangat tersebut! May Allah bless :-) Terima kasih sangat!

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.