Panduan atasi rasa cemas dan gugup


Share on Tumblr
Panduan atasi rasa cemas
Di sini disenaraikan beberapa panduan untuk mengatasi rasa cemas dan gugup.



Teknik pernafasan yang betul

Ambil nafas dalam-dalam ketika merasa cemas beberapa kali sampai anda merasa cukup tenang.

Mencari penenang

Seseorang yang disanjungi atau idola serta objek di sekitarnya yang signifikasi boleh dijadikan sebagai penenang ketika merasa cemas. Kita juga boleh berimiginasi, mengelamun atau berkhayal seketika perkara tenang seperti awan dan pokok bagi meredakan perasaan anda.

Mengulangi kata positif

Ulangi perkataan `saya baik-baik saja' atau `saya OK' beberapa kali untuk meyakinkan diri bahawa anda memang `sihat' dan tidak cemas menghadapi sesuatu situasi.

Tertawa

Cara ini adalah paling sederhana namun tidak mudah dilakukan ketika sedang cemas. Namun, cubalah untuk menjadikan situasi lebih santai dan bahan untuk ditertawakan.

Mengalihkan fikiran

Anda boleh mengalihkan perhatian atau fikiran terhadap hal yang menyenangkan dan menyeronokan bagi menjauhkan perasaan anda daripada rasa cemas berpanjangan.

Memikirkan perkara yang lucu

Saat merasa cemas, cuba fikirkan kembali hal lucu yang pernah anda lihat atau alami selama ini. Perhatian anda akan teralih dan rasa cemas berupaya hilang dalam sekelip mata.
Panduan atasi rasa cemas dan gugup

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.