Jauhi Perselisihan Faham dan Pertelingkahan
Tak semua percintaan indah-indah belaka. Berikut disenaraikan perkara negatif terjadi dalam hubungan dan bagaimana mahu atasinya. Terutama bagaimana mahu mengelak dari terjadinya pertelingkahan di antara pasangan.
1. Isu si dia bangkitkan kamu tidak endahkan dia. Katanya kamu terlalu pentingkan diri sendiri. Tonjolkan rasa kasih kepada pasangan. Perlu hargai si dia sentiasa dengan mengucapkan terima kasih, ucapan tolong jikalau meminta bantuan dan sebagainya. Biarkan dirinya berasa dihargai selalu.
2. Lama-kelamaan hubungan jadi hambar dan membosankan. Oleh itu rancang percutian segera. Paling tidak ke luar daerah, buat kejutan ke lokasi percutian paling dekat. Misalnya menginap semalam di Sekeping Tenggiri, Bangsar.
3. Bertikam lidah selalu tidak bagus. Dia belum habis marah kamu sudah sedia memotong kata-katanya. Kalau masing-masing tak nak kalah habislah. Kawal diri dengan membuarkan pasanganmu menghabiskan kata-katanya. Lebih baik jangan ajak dia berbincang kala amarah sedang membara. Biarkan dahulu dan apabila hari semakin reda barulah kalian berdua duduk berbincang.
4. Kompromi perlu. Kamu tak puas hati si dia ada-ada sahaja acara setiap kali kamu mahu mengajaknya menonton wayang. Kamu sering mengalah. Tiba masanya kamu berhenti mendesak. Apabila si dia melihat perubahan kamu, dia dengan sendirinya akan bimbang dan mula memberi tumpuan kepadamu.
5. Kamu tidak berkenan dengan beberapa kebiasaan si dia. Tetapi kamu sekadar memendam rasa. Belajar untuk berterus-terang. Komunikasi penting. Bawa berbincang apa yang kamu pendamkan selama ini. Pasti perjalanan cinta kalian lebih bererti.
6. Si dia mungkin selalu tunjuk pandai tetapi sering salah memberi fakta. Apabila kamu menegur dia tarik muka. Mungkin kamu memalukan dia. Ada ketikanya biarkan sahaja. Gelak dalam hati tetapi jangan sekali-kali menegurnya terutama jika kalian berada dengan teman-teman lain.
7. Kadang-kadang teknologi jadi punca pertelingkahan. Elakkan berpeleseran di mana-mana dinding Facebook atau Instagram orang. Kadang-kadang keadaan itu menyakitkan mata.
8. Tiba waktu kalian tidak lagi bertegur sapa. Cuba buang ego dan mulakan perbualan. Tetapi lebih afdal jikalau kamu sang lelaki yang beralah. Pujuklah pasanganmu semula kerana wanita hatinya sekeras kerak nasi sahaja. Rendam dengan air pasti lembut semula.
~ Gua
Tip Elak Pertelingkahan, Pergaduhan

0 Komen: