Kahwin dulu, cinta kemudian


Share on Tumblr
Kahwin dulu, cinta kemudian

Mungkin ada yang berasakan bercinta selepas berkahwin sesuatu yang tidak praktikal pada zaman ini.

Malah, sesetengahnya beranggapan mustahil pasangan mampu mengecap kebahagiaan selepas berkahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan terlebih dulu.

Namun realitinya, bercinta tidak sesekali akan membuatkan kita mengenal bakal pasangan dalam erti kata yang sebenar.

Bayangkan pasangan yang belum ada sebarang ikatan sah, tetapi kemesraan ditunjukkan sudah mengalahkan perhubungan antara suami isteri.

Alasan diberikan cukup mudah, zaman sudah berubah, dunia sudah maju. Hidup hanya sekali dan perlu melalui liku perjalanan sebaiknya.

Tetapi apabila sudah hebat bercinta, kemudian terputus di tengah jalan, ada pula yang mula melakukan perkara yang tidak boleh diterima akal.

Lebih memburukkan keadaan, ada yang cuba membunuh diri akibat kecewa kerana menganggap hidup sudah tiada erti tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam kerana melaluinya perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat mampu dijauhi.

Menurut perunding psikologi keluarga, Suzana Ghazali, bercinta selepas berkahwin masih lagi praktikal dan masih boleh diamalkan pada zaman sekarang.

Apatah lagi, percintaan sebelum perkahwinan yang diamalkan kebanyakan pasangan zaman sekarang rata-rata tidak menjamin kebahagiaan sebenar di dalam perkahwinan.

"Berdasarkan kajian, kebanyakan pasangan yang terbabit dalam kes perceraian malah ketika tempoh perkahwinan di bawah usia setahun adalah mereka yang berkahwin hasil daripada percintaan sebelum berkahwin.

"Daripada membuang masa, membuang duit dan paling dibimbangi menambah dosa, apa salahnya mempraktikkan percintaan selepas berkahwin," katanya.

Bagi individu yang memilih untuk menjadikan perhubungan (bercinta selepas berkahwin) sebegini sebagai pilihan hidup, mereka perlu membuat pelbagai persediaan awal merangkumi mental, fizikal, ekonomi serta emosi.

* Persediaan mental

Paling penting, ikhlas menerima pasangan sebagai teman hidup.

Pasangan tidak perlu bimbang belum mengenali individu yang ingin dikahwini kerana mereka yang bercinta sebelum berkahwin sekalipun tidak berjaya me ngenal bakal pasangan sepenuhnya.

Malah, lebih malang ada pula penipuan yang dilakukan sebelum kahwin terserlah kebenarannya selepas berkahwin.

Perlu difahami, tiada manusia yang sempurna lantaran pasangan diberikan untuk saling menyempurnakan. Setiap individu mempunyai kelebihan dan juga kelemahan masing-masing.

Justeru, imbangi kekurangan pasa ngan dengan kelebihan dimiliki. Pasang niat untuk menerima pasangan sebagai teman hidup dan bersama-sama menikmati pahit manis dunia berumahtangga.

* Persediaan fizikal

Jika berasa kurang yakin dengan penampilan diri, pastikan bersemuka terlebih dulu dengan bakal pasangan sama ada calon suami atau isteri.

Islam membenarkan lelaki yang berhasrat mengahwini seorang wanita untuk melihat perempuan bakal dikahwini tetapi terbatas kepada muka dan tangannya saja.

Dua bahagian terbabit adalah bahagian yang diharuskan oleh syarak dan keduadua bahagian berkenaan sudah cukup menggambarkan keseluruhan tubuh badan seseorang perempuan iaitu muka melambangkan kecantikan dan tangan pula melambangkan kesuburannya.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila antara kamu hendak meminang perempuan, maka jika dia boleh melihat apa-apa (bukan aurat) daripada perempuan itu yang boleh menggalakkan dia mengahwininya, maka hendaklah dia melakukan nya."

Hadis ini memberi panduan bahawa harus lelaki dan perempuan berkenal-kenalan antara satu sama lain dalam batasan agama untuk pihak terbabit merasai kesesuaian hidup sebagai suami atau isteri dengan pasangannya itu.

* Persediaan kewangan

Khusus untuk calon suami, pastikan diri bersedia untuk memikul beban tanggungjawab sebagai suami iaitu paling utama menyediakan segala keperluan harian si isteri.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." - surah al-Nisa' ayat 34.

Ayat ini jelas meletakkan beban tanggungjawab membiayai keperluan rumah tangga ke bahu suami walaupun wanita yang bakal dikahwini bekerja atau mempunyai pendapatan sendiri.

Jangan sesekali mengharapkan isteri membantu manakala isteri pula mengharapkan seorang suami sejati yang mampu melaksanakan tanggungjawab wajib dalam rumah tangga.

Jika gagal melaksanakan tanggungjawab ini, bagaimana kasih sayang yang baru berputik akan mekar bersemarak?

* Persediaan emosi

Bagi calon suami dan isteri, emosi diri perlu mantap iaitu bersedia untuk menerima perkara yang tidak dijangka.

Apabila memilih menjalani hubu ngan cinta selepas berkahwin harus diingatkan diri bakal hidup bersama individu yang belum pernah dikenali hati budi dan sikapnya.

Sikap seseorang pula berbeza bergantung kepada pendidikan serta persekitaran individu berkenaan dibesarkan.

Banyakkan bersabar dalam menghada pi kerenah yang tidak dijangka. Apabila perkahwinan wujud, menjadi kewajipan setiap individu menerima pasangan seada nya.

Berusaha menerima dirinya, kerjaya malah keluarganya seperti sedia ada selagi semua itu tidak bercanggah dengan syarak.

Jika sikapnya menyalahi syariat, berusaha sedaya upaya untuk bersama-sama mengubah ke arah yang lebih baik.

Antara cara memupuk kasih sayang bagi pasangan yang belum mengenali satu sama lain:

* Wujudkan peluang untuk dikenali dan mengenali

Antara masalah utama komunikasi setiap insan termasuk hidup berpasangan ialah memahami dan difahami.

Sukarnya memahami sama saja dengan sukarnya untuk difahami. Jalan terbaik, berikan peluang kepada diri sendiri untuk memahami dan difahami.

Jika sukar untuk memahami, bertanya dan berbincanglah begitu juga sebaliknya jika diri sukar difahami cuba jelaskan dan berterus terang dengan pasangan.

* Sentiasa luangkan masa melakukan aktiviti bersama

Pasangan boleh melakukan pelbagai hal bersama misalnya sama-sama menyele saikan kerja rumah, membeli barang, solat berjemaah berdua, bersembang mengenai kisah lampau atau bercerita mengenai kisah lucu di tempat kerja.

Paling penting, wujudkan masa untuk berinteraksi bersama, tidak cukup sekadar meluangkan masa bersama tetapi melakukan aktiviti berasingan.

* Rancang masa depan dan tetapkan matlamat rumah tangga

Jika ada matlamat yang ingin dicapai dan perlukan usaha bersama-sama, ini akan lebih menyemarakkan lagi hubungan kasih sayang yang terjalin.

* Jangan ungkit kisah cinta masa lalu

Setiap individu mempunyai kisah masing-masing. Kisah cinta lama sebelum berkahwin seharusnya perkara yang tidak perlu dimaklumkan kepada pasangan.

Malah, jika pasangan itu pernah terlanjur sekali pun, Islam tentukan perkara terbabit menjadi rahsia diri, tidak perlu dimaklumkan kepada bakal suami atau isteri.

Biar apapun yang berlaku, itu cerita lama dan kini individu terbabit mempunyai kisah baru yang perlu dicorakkan bersama untuk jadi lebih indah dan membahagiakan.

Antara masalah yang biasa berlaku kepada pasangan yang bercinta selepas berkahwin ialah perasaan tidak sabar melayani kerenah pasangan disebabkan pasangan gagal menjadi teman hidup yang diimpikan.

Selain itu, tiada komunikasi unggul kerana individu berkenaan tidak cuba memahami pasangan malah tidak membenarkan diri difahami pasangan.

Perkara paling memberikan tekanan apabila membandingkan pasangan de ngan kekasih lama yang seharusnya sa ngat perlu dielakkan.

Konsep cinta

Suzana berkata, perbezaan antara dua situasi ini wujud apabila konsep percintaan diperjelaskan.

Jika bercinta seperti yang diamalkan kebanyakan anak muda hari ini, jalan terbaik ialah bercinta selepas kahwin kerana percintaan sedemikian tidak mengundang dosa.

Namun, jika percintaan difahami dengan lebih mudah sebagai proses perkenalan, sememangnya ia perlu wujud sebelum perkahwinan lagi.

"Tidak salah jika bercinta sebelum berkahwin kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." - Hadis riwayat Ibnu Majah.

"Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak.

Rasulullah SAW menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita ingin dikahwini terlebih dulu," katanya.

Menurutnya, jalan terbaik ialah bercinta selepas berkahwin kerana segala kehendak yang didorong nafsu boleh dilaksanakan tanpa dosa malah memberikan pahala contohnya saling berpegangan tangan.

Jika perkara yang mampu menyemarakkan kasih ini dilakukan ketika bercinta sebelum berkahwin, nikmat perkahwinan sebenar hanya terletak kepada hubungan seksual semata-mata.

Hakikatnya, setiap belaian diberikan pasangan mampu menyuburkan rasa cinta dan mengeratkan perhubungan dalam berumahtangga. ~ HM
Kahwin dulu, cinta kemudian

1 Komen:

MILA SAFIYYA berkata...

sy ske dgan artkel nie...

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.