Seindah Budi Sehalus Bicara


Share on Tumblr

Seindah Budi Sehalus Bicara


Amat sukar meluah rasa

ku utus puisi sebagai pengganti

seindah budi sehalus bicara

madah ku kirim sebagai tanda


Ku selak tabir hidupmu

ku mencari di mana penyerimu

ku cuba gariskan kebahagiaan untukmu

agar jalinan terus bersambung dan bersatu


Ku semai benih-benih kasih

agar tumbuh subur ukhuwah fillah

di bawah payung kasih sayang Allah

kita bergabung membina ukhuwah


Andai kau bisa mengerti

niat suci sekeping hati

bukan balasan yg ku harapkan

cuma seteguk kasih dan harapan

agar ukhuwah dapat kita teguhkan


Usah kau dengar desir-desir itu

ia cuma meretakkan silaturrahim

menyelinap keurat saraf kita

itulah janjinya hingga ke akhir usia

sedaya uapaya menghasut manusia

agar runtuh marhabah yang terbina

tersungkur dan rebah di kaki neraka


Ketuklah pintu hatimu

fikirlah sejenak apa yang tersurat dan tersirat

sombongkah kita dengan pinjamanNya

yang diberi hanya sementara cuma

penuhilah ia dengan bermuhasabah

Dimanakah permulaan kebahagian kita

kalau bukan dari sifat ihsan sesama kita

tidak semua susur hidup ini ada indahnya

hari ini ceria mungkin esok derita


Dalam setiap hubungan barakah Allah kita harapkan

kasih sayang Allah kita dambakan

magrifah Allah kita rindukan

tunduk dan sujud kita kepadaNya

mengharap belas dan ehsan

bersyukur di atas laluan yang diberi

kerana berkat yang kita cari


Nukilan:

Nasha
Puisi Cinta
Seindah Budi Sehalus Bicara

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

terbaik arh

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.