Fakta Menarik Hari Ini


Share on Tumblr
Fakta Menarik Hari Ini

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya.

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria)ke jari tunangnya Princess Mary (Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu.

Einstein merupakan ahli fizik dan saintis terkemuka dunia, beliau juga dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921.

Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini.

Pembuat kereta Jerman, Audi membuat hon khas untuk kenderaan jenama berkenaan yang dijual di India. Ia dicipta kerana pemandu tempatan kerap membunyikan hon itu semasa mereka menempuh kesesakan lalu lintas pada setiap hari.

Warga Perancis yang diberi nama jolokan, `Spiderman', Alain Robert berjaya memanjat sebuah bangunan 50 tingkat setinggi 215 meter di sini semalam. Bagaimanapun, Robert, 49, menggunakan tali dan abah-abah semasa dia memanjat bangunan Menara Bakrie itu. Sebelum ini, dia terkenal kerana memanjat sejumlah bangunan tinggi tanpa menggunakan tali.

Saintis telah menemui sejenis spesis serangga pelik di kepulauan Sulawesi, Indonesia. Serangga bersaiz 6.4 sentimeter dan memiliki rahang lebih panjang berbanding kaki itu ditemui di pergunungan Mekongga, tenggara Sulawesi.

Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
Fakta Menarik Hari Ini

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.