Cerpen: Janjiku


Share on Tumblr
“ Syah, tolong belikan ibu sebotol kicap kat kedai depan tu kejap ya. Ibu nak masak ni, kejap lagi adik kau tu datang sekolah, ” Mak Timah meminta tolong kepada anak sulungnya, Qaishah. 20 tahun. Qaishah menurut permintaan ibunya, bagi Qaishah ibulah yang paling banyak berjasa dan tak akan dibantah satupun kemahuan ibunya.

Jam tepat pukul 12:30 Tengahari, Aizat yang ditunggu-tunggukan telah tiba lengkap dengan pakaian seragam sekolahnya. Aizat merupakan seorang pelajar yang cemerlang disekolahnya baik dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Aizat berpendapat bahawa hidup susah bukanlah penghalang bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup bahkan jika ada keyakinan dan usaha, maka dapatlah dicapai apa yang dikehendaki.

Setelah selesai makan Tengahari bersama-sama, Qaishah membantu ibunya di dapur manakala Aizat pergi ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.

“Aizat seorang pelajar yang cemerlang kan bu. Namanya pula bukan sahaja kenal di kampung kita, malah di bandar-bandar besar juga mengenali Aizat” Qaishah memberitahu ibunya.

“ Syukur ke hadrat Illahi nak, ibu sangat bersyukur dengan kejayaan Aizat dan ibu berharap dapatlah menyara hidup kita nanti. Ayah telah lama pergi meninggalkan kita, hanya rumah dan sebidang tanah kebun yang arwah tinggalkan.” Balas Mak Timah.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
48 Tahun Berlalu Sudah ,
Bahtera Merdeka Berlabuh Megah ,
Bangkitlah Wahai Rakyat Jelata ,
Mempartahankan Maruah Agama , Bangsa dan Negara ,
Demi Generasi Terbilang .

Aizat mempersembahkan sajaknya bagi pertandingan mendeklamasi sajak Kemerdekaan yang ke-53 di sekolahnya bagi peringkat Negeri dan berjaya mendapat Naib Johan. Aizat membawa kemenangan ke sekolahnya dan disegani oleh rakan-rakannya, Aizat sangat disenangi rakannya kerana sikapnya yang tidak pentingkan diri dan sangat bersopan santun.

“Tahniah sahabatku, engkau telah berjaya mengharumkan nama sekolah sekaligus mencapai kejayaan yang cemerlang dalam sekolah, aku bangga dengan kau Aizat. “ Kata Azman kepada Aizat.

“Terima kasih sahabatku Azman, dimana ada kemahuan di situ ada jalan, janganlah cepat berputus asa dalam mencari apa jua kejayaan sesungguhnya semakin sukar untuk mencapai sesuatu itu, maka semakin hampirlah untuk menuju kejayaan. “ Aizat membaritahu Azman .

Suasana di sekolah pada waktu itu sungguh ceria dihiasi jalur gemilang yang merupakan simbolik kemerdekaan Malaysia. Aizat seterusnya pergi mencari tempat duduk. Aizat mengimbas kembali raut wajah arwah ayahnya yang merupakan bekas tentera Malaysia. Arwah telah terkorban akibat mempertahankan tanah air daripada penjajah Komunis berpuluh tahun yang lalu. Aizat tidak lupa akan pengorbanan ayahnya terhadap tanah air dan berikrar akan menjadi tentera seperti yang ayahnya capai.

“ Kalau Aizat dah besar nanti, nak ke Aizat jadi seperti ayah ? Berhadapan dengan musuh-musuh Negara ? Mereka tidak akan berputus asa anakku, itu semua adalah untuk merebut tanah air kita bagi memperluaskan pengaruh mereka. Tetapi sebagai tentera Malaysia, ayah sanggup bertempur demi masa depan anak-anak ayah dan generasi yang akan datang nanti. Biar putih tulang, jangan berputih mata. “ Terang Pak Tam kepada anakya, Aizat yang berusia 10 tahun. “ Aizat nak jadi macam ayah, boleh kan ayah? Nanti Aizat bunuh mereka semua. Hehe, betul ke yah? Takpe, nanti kalau Aizat dah besar, Aizat pertahankan tanah air kita.! “ Seloroh Aizat kepada ayahnya.

Aizat tersedar dari lamunannya dan tanpa disedari, air matanya telah jatuh mengalir membasahi bumi. Rindunya yang semakin mekar di hati tak dapat ditahan lagi. Aizat sangat sedih namun apakan daya harus diredhai kepergian ayahnya itu.

“ Aizat sayangkan ayah, Aizat akan kembali menggantikan tempat ayah, Aizat janji.” Aizat bermonolog sendiri sambil mengesat air matanya yang membasahi pipi gebunya. “

“Assalammualaikum,” Aizat memberi salam setiba sampainya dirumah. “Waalaikumussalam” sahut ibu dan kak Qaishah lembut. Aizat menyambut sambil mencium kedua-dua tangan ibu dan kakaknya tanda sayang dan hormat akan keluarganya. Setelah selesai makan, mandi dan solat, Aizat pergi ke bilik untuk berehat. Aizat seterusnya dibuai mimpi akibat lenanya.
Hari Isnin pada tarikh 12 Januari 2005, Aizat pergi menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Aizat dan rakan-rakannya berbalas pesanan untuk mengucapkan selamat berjaya agar lancar menjawab soalan-soalan peperiksaan nanti dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka. Aizat berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaannya sekaligus berikrar untuk menepati janji kepada ayahnya. Peperiksaan telah bermula tepat jam 8.00 pagi yang dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu kertas 1.

Suasana sekolah hening seketika dan hanya bunyi unggas kedengaran. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa mengusyukkan lagi para pelajar untuk menjawab kertas peperiksaan. Hari berganti hari, Aizat telah pun tiba di dewan peperiksaan untuk kertas yang terakhir. Setelah 2 minggu berlalu, Aizat dan rakan-rakannya bersyukur kerana semua kertas yang diambil berjaya dijawab keseluruhannya.

Aizat juga bersyukur kerana dia telah tamat belajar hingga ke tingkatan lima bagi tahun tersebut. Aizat sangat berterima kasih akan pengorbanan ibunya yang membiayai perbelanjaannya semasa musim persekolahan dan berjanji akan membalas jasa kebaikan ibunya itu walaupun dia mengetahui tiada apa pun yang dapat membalas jasa seorang ibu.

“Tolong angkatkan bakul kuih-muih ibu tu nak, tolong ibu ye sayang. “

Suara mak Timah meminta Aizat dan Qaishah mambantunya. Bakul-bakul tersebut dihantar ke kedai roti perusahaan sahabat arwah ayah mereka, Pak Shuib, juga merupakan bekas tentera Malaysia. Mak Timah terus menghantar kuih-muih tersebut walaupun kedua-dua anaknya telah tamat belajar di peringkat rendah. Hal ini kerana sedang mencari wang lebih lagi untuk pembiayaan yuran universiti Qaishah tak lama lagi. Wang yang diperoleh akan disimpan sikit demi sedikit, dan lama-lama menjadi bukit.
“ Selamat jalan anakku, Qaishah, Ingat pesan ibu, jangan nakal-nakal dan ingatlah masa depanmu ditentukan oleh usahamu. “ Pesan mak Timah kepada anak sulungnya sambil mencium dahi anaknya yang bakal melangkah masuk ke University Malaysia ( UNIMAS) . Aizat mencium tangan dan memeluk kakaknya seerat-eratnya kerana pertemuan untuk seterusnya mungkin agak lama. “ Qaishah ingat pesan ibu, Qaishah tak akan lupa akan ibu, percayalah bu, Qaishah akan pulang membawa segulung Ijazah Syah. Aizat, jagalah ibu sebaik-baiknya, akak akan pulang nanti bila tiba cuti panjang. Assalammualaikum mak, Aizat “ Qaishah memberi salam sambil memeluk kedua-duanya, ibu dan adiknya.
Suasana kembali hening dan tak lama kemudian ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah, dan kereta itu kepunyaan Pak Shuib. Mak Timah dan Aizat kehairanan apakah tujuan Pak Shuib datang. Hal itu menjadi persoalan kepada mak Timah dan tanpa membuang masa lagi, mak timah menjemput Pak Shuib untuk naik ke rumah. “ Maaflah jika kedatangan saya mengganggu kamu berdua. Hajat saya ke sini adalah bertujuan untuk menyampaikan satu perkara yang lama tersimpan. “ Mak Timah samakin hairan dengan penjelasan itu. “ Tak apelah Shuib, kamu teruskan aje ape yang nak disampaikan.”Jawab mak Timah sambil menghidangkan air.

“ Se,,,se,,sebenarnya saya ada hati kat awak Timah, bertahun sudah hal ini saye simpankan, awak pula tak bersuami dan saya pula tak beristeri. Saya berhajat nak mengambil awak menjadi isteri saya yang sah. Ini bukan kehendak hati semata-mata, tetapi merupakan amanah daripada arwah suami Timah sendiri. Arwah telah memberitahu saya perkara ini sebelum arwah pergi selama-lamanya semasa arwah tewas dalam perjuangannya dahulu.” Jelas Pak Shuib selanjutnya.
Mak Timah dan Aizat bertentang mata seketika dan menunjukkan reaksi yang sangat terkejut. Mak Timah terdiam seketika. “ Betul ke ape yang awak kata ni Shuib? Kenapa saye tak pernah mengetahui hal ini sebelum ini walaupun sedikit? Awak selalu memberi dan bertanya khabar akan keluarga dan anak-anakku, rupa-rupanya ada udang disebalik batu. “ Soal mak Timah penuh curiga. “ Betul Timah, saye tak tipu, baiklah, saye beri awak mase berfikir, kalau dah bersedia nanti, awak bagitau saye. Baiklah, saye undur diri dahulu, minta maaf atas kesalahan dan keterlanjuran berbual, terima kasih. “ Jawab Pak Shuib ringkas dan terus beredar handak pulang.

5 bulan berlalu, Qaishah pun tiba di lapangan terbang. Qaishah melihat ibunya mak Timah, adiknya Aizat dan seorang pemuda sebaya Aizat sedang menjemputnya di lapangan tersebut. Qaishah tertanta-tanya siapakah gerangan jejaka tersebut. Tanpa membuang masa, Qaishah pun menuju ke arah mereka dan terus bersalaman serta berpelukan dengan ibunya yang dirinduinya serta Aizat, adiknya yang disayanginya. “ Kenalkan, ini Azman sahabat Aizat,” Aizat memperkenalkan Azman kepada kakaknya sekaligus persoalan kakaknya sudah terjawab. Tetapi sangat hairan, haruskah sahabat turut ikut dan mengapa?

Qaishah hairan dan hairan lagi, mengapa harus ada Pak Shuib serta anaknya sekali, Azman?? “ Mengapa mereka turut serta eak? Mak pula terdiam je, Aizat sibuk melayan Azman,aku pula runsing kebingungan memikirkan apa yang terjadi.?
“ Qaishah bermonolog sendiri. Sedang asyik mengelamun, tanpa disedari mereka telah pun tiba dirumah. Setelah selesai berkemas, Qaishah pun pergi ke ruang tamu dan masih melihat keadaan seperti tadi. “ Pak Shuib sihat ke? Qaishah bertanya tanpa berdiam diri lagi. “ Alhamdulillah sihat,” Jawab Pak Shuib ringkas. “ Sebenarnya yang kamu lihat sekarang ni bakal menjadi keluarga kamu, maksud pakcik, pakcik akan menjadi ayah kamu manakala Azman pula akan menjadi adik tiri kamu.” Jelas Pak Shuib tanpa segan pilu..” Betul kata Pak Shuib tu Syah, maafkan ibu tak beritahu Syah awal tentang perkara ni disebabkan takut mengganggu pelajaran Syah dan harap Syah faham keadaan ini. Seperti yang Pak Shuib katakan kepada ibu beberapa bulan yang lalu, hal ini bukanlah kemahuan hati semata-mata, malah merupa satu amanah yang arwah ayah Sya tinggalkan. Ibu pun baru mengetahui hal ini sebaik sahaja Sya berangkat hendak ke Universiti. “ Jelas mak Timah . Qaisyah diam memikirkan sesuatu yang betul-betul mengganggu fikirannya. “ Mengapa baru sekarang bu? Mengapa tidak dahulu lagi hal ini dibincangkan? Qaishah bertanya.

“ Arwah ayah kamu juga memasan agar hal ini diberitahu sebaik sahaja Aizat dan Qaishah tamat pengajian di peringkat rendah.” Jawab Pak Shuib. Qaishah hanya mampu tersenyum dengan penjelasan tersebut kerana baginya perbincangan ini dilakukan pada masa yang tepat dan sesuai. Azman yang merupakan sahabat Aizat akan menjadi adik Qaishah manakala sahabat arwah ayahnya, Pak Shuib akan menjadi ayahnya yang baharu.

Tanpa melengahkan lagi masa, Qaishah menerima apa yang disampaikan sebentar tadi dan terus bertanya apakah perancangan seterusnya. Setelah berbincang, ibu dan Pak Shuib akan diijab kabulkan pada minggu hadapan memandangkan cuti Qaishah tidaklah begitu panjang sekaligus masalah dapat diselesaikan dengan segera. Aizat yang sedang menunggu keputusan SPM tidak sabar untuk mengetahui keputusannya dan sijil tersebut akan diedarkan esok pagi di sekolah masing-masing. Azman dan Aizat berjanji untuk datang bersama-sama ke sekolah keesokan harinya.

“Azman bin Shuib” giliran Azman untuk mengambil keputusan SPM, Azman dengan perasaan tertanya-tanya sangat berharap agar keputusannya memuaskan. Azman yang sebelum ini agak malas untuk mengulang kaji pelajarannya, akan tetapi setelah melihat pencapaian sahabatnya, Aizat yang begitu cemerlang, dia berusaha juga sedaya upaya, Azman sangat bersyukur dan gembira kerana berjaya mendapat 10A dan 1B+ dalam peperiksaannya.

Azman berjaya dan sangat berpuas hati dengan pencapaiannya dan dalam masa yang sama giliran yang ditunggu-tunggukan oleh ramai guru dan pelajar iaitu “ Aizat bin Abdullah” telahpun tiba. Aizat membuka sijil keputusannya dan telah berjaya mendapat 11A dalam peperiksaannya. Azman dan Aizat saterusnya berpelukan berpuas hati dan gembira akan keputusan yang mereka perolehi. Tidak lupa untuk berterima kasih kepada guru-guru serta rakan-rakan yang lain yang telah banyak membantu mereka dalam pelajaran.

Mereka berdua menangis kegembiraan dan tanpa disedari, mak Timah, Qaishah dan Pak Shuib turut menitiskan air mata kegembiraan atas kejayaan mereka. Meraka seterusnya berpelukan meraih kejayaan itu. Secara tidak lansung, Aizat teringat akan arwah ayahnya dan kini Aizat akan terus berusaha untuk menepati janji kepada ayahnya. Bagi Aizat, janji ibarat impian yang harus dicapai dan dikotakan.

Pasangan dua mempelai telah bersanding di atas pelamin yang sederhana. Mereka sepadan ibarat pinang dibelah dua. “Syukur Ke Hadrat Illahi, sekarang ibu dan Pak shuib telah bersatu sekaligus telah sah menjadi suami isteri dan kita akan menjadi sebuah keluarga yang bahagia untuk selama-lamanya.” Kata Aizat kepada Qaishah dan Azman sambil berpelukan kesyukuran. Pernikahan yang dilangsungkan agak sederhana tetapi sangat bermakna bagi keluarga tersebut. Mereka berjanji akan sentiasa hidup bersama dan tiada satu pun yang boleh pisahkan mereka kerana berpegang pada pepatah air yang digoncang tak akan putus.

Kini, Azman dan Aizat telah melangkah kaki untuk menjadi tentera Malaysia yang berwibawa. Qaishah juga telah berjaya menjadi seorang pensyarah di sebuah Universiti tinggi di luar Negara. Aizat, Azman, Qaishah, mak Timah dan Pak Shuib menjadi sebuah keluarga yang disegani serta dihormati oleh ramai penduduk atas keprihatinan selalu membantu orang yang susah dan kejayaan keluarga mereka.

“ Ayahku, aku kini telah berjaya mencapai hajatku dan menepati janjiku. Aizat akan terus berjuang mempertahankan tanah airku yang tercinta, ya, Malaysiaku terus merdeka”. Aizat bermonolog.

Mak Timah dan Pak Shuib hidup bahagia disamping merindui anak-anak mereka yang masing-masing melanjutkan kerjaya mereka. Pak Shuib juga senang kerana telah menjalankan amanah yang disampaikan oleh sahabatnya, Abdullah dan berjanji akan membina keluarga yang terus bahagia dan berjaya buat selama-lamanya. Insha Allah Amin.

Nukilan:
Yaya Nadia
Cerpen: Janjiku

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.