Panduan untuk lelaki bersaiz rendah


Share on Tumblr
Empat panduan untuk lelaki bersaiz rendah

Berpakaian sesuai dengan tubuh

Lelaki yang bersaiz pendek atau rendah ini haruslah mengelak memakai pakaian yang terang dan longgar. Begitu juga pakaian yang kecil dan ketat. Sebelum memilih untuk membeli pakaian yang sesuai lihat dan teliti dulu pakaian itu, supaya tidak merana di kemudian hari kerana terlepas peluang untuk memikat gadis idaman.

Jangan malas ke gimnasium


Bayangkan kalau saiz yang rendah kemudian gemuk pula, hal itu akan menyebabkan lelaki kelihatan sangat buruk di hadapan wanita. Jadi lelaki pendek ini haruslah selalu bersenam berbanding lelaki tinggi. Lelaki perlu tahu, tubuh pendek tetapi berotot adalah lebih menarik perhatian wanita berbanding lelaki tinggi tetapi ada berat badan berlebihan.

Bijak bergaya

Isu ketinggian anda tidak menjadi penghalang buat kalian untuk bergaya seperti lelaki lain. Berani gayakan sesuatu imej yang baru jika anda berasa selesa dengan imej itu. Lelaki yang tinggi pula, tidak semestinya anda saja yang akan dipandang oleh wanita, tetapi lelaki pendek yang bijak bergaya juga mampu menari perhatian para wanita.

Yakin dengan diri


Lelaki yang bersaiz tinggi harus sedar bahawa ramai kini wanita berpasangan bersama dengan lelaki yang rendah kerana mereka lebih bijak dalam menjaga dan mencairkan hati wanita. Buat lelaki tinggi, faktor ketinggian adalah bonus buat anda tetapi wanita kini lebih bijak kerana tidak memandang itu sematamata tapi turut melihat faktor yang lain juga.

Wanita kini mencari lelaki yang lebih dekat dengan jiwa mereka supaya kehidupan lebih sempurna dan menjamin kebahagiaan.

Fakta menarik berkaitan tubuh manusia:


* Sel terbesar dalam badan manusia adalah telur perempuan (ovum) dan yang paling kecil ialah sperma lelaki.

* Wanita puratanya 5 inci lebih pendek daripada lelaki biasa.

* Kaki manusia mengandungi 250,000 kelenjar peluh.

* Memang mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.

* Lelaki tanpa bulu dada lebih cenderung untuk terkena `sirosis' hati berbanding lelaki yang mempunyai bulu dada.

Tinggi atau pendek seseorang itu bukanlah pengukur kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan, asalkan ada persefahaman, bertolak ansur dan saling menyayangi itu lebih penting dari ukuran saiz badan.

Lelaki bersaiz rendah juga mempunyai kelebihan seperti dianggap romantik kerana boleh meniru aksi di televisyen dengan baik dan seorang yang kelakar, harus diingatkan perempuan kini tidak mahu berpasangan dengan lelaki serius tetapi lucu dan bijak.

Buat kaum wanita pula, janganlah sekadar memandang kepada ukuran saiz lelaki semata-mata, lihat juga sudut lain, jaga hati pasangan anda jika mahu diri anda disayangi.
Panduan untuk lelaki bersaiz rendah

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.