Keluarlah Daripada Hubungan Tidak Keruan


Share on Tumblr
Perempuan itu berjiwa halus dan sering mengalah. Lembut hati pun iya. Jadi lemah tatkala melibatkan soal perasaan sayang. Perempuan sering jadi bahan buli teman lelaki. Jadi bahan sepak terajang suami. Sering melihat anak-anaknya terhebat walaupun masing-masing berperangai ibarat syaitan. Mahu menyalahkan perempuan kah apabila mereka memiliki perasaan penyayang seperti itu?

Seringkali mendengar keluhan orang terdekat, putus asa memujuk teman mereka keluar dari belenggu hubungan tidak keruan. Mungkin mata memandang takkan faham dengan bahu yang memikul. Perempuan seperti itu masih kekal di dalam ikatan mereka kerana rasa bersalah, kerana tanggungjawab dan mengharap akan ada bahagia mendatang di penghujung kelak. Mungkinkah harapan bakal tinggal harapan?


Ketakutan demi ketakutan juga menghantui wanita ini. Apakah penghidupan akan datang lebih mudah atau sekadar menyukarkan lagi diri mereka? Teman-teman ramah memberi nasihat agar tinggalkan sahaja penghidupan sekarang demi sebuah kehidupan lebih baik. Persoalannya, apakah lelaki lain bakal ditemui mampu memberi kebahagiaan sebagaimana digambarkan setiap orang? Disarankan agar kamu buat penilaian sebelum mengambil keputusan drastik.

1. Apakah kamu masih di dalam hubungan ini kerana takut hidup sendirian? Benar ada perempuan tidak mampu hidup sendiri. Tidak pernah tidak ada lelaki. Putus cinta, pasti ada cinta baru menunggu. Tidak pernah tahu bagaimana mahu berdikari. Kamu perlu rehat seketika daripada segala hubungan. Beri masa buat diri sendiri.

2. Kebahagiaan adalah segala-galanya dalam kehidupan. Singkirkan rasa takut itu dan letak kebahagiaan di depan. Tiada guna cuba membahagiakan orang yang tak pernah menghargai kamu. Malah mempergunakan kamu semata-mata padahal hatinya sudah punya pilihan lain. Terutama jikalau kamu sebelum ini sangat bahagia tetapi setelah berteman duka pula mendatang. Jadi buat apa ditunggu lagi.

3. Fikir dalam-dalam apakah hubungan ini akan berhasil atau hanya mengundang rasa duka lara. Layakkah kamu menerima rasa begitu untuk kehidupan yang singkat ini? Carilah jalan merawat kelukaan. Mungkin dengan berbincang dengan pasangan. Seandainya tiada kata sepakat, usahlah tinggal di dalam gaung paling dalam itu. Keluar dari kepompong segera dan lihat dunia luar yang lebih indah.

4. Sudah banyak contoh kita lihat, wanita berhasil membesarkan anak sendirian. Tidak semestinya punya keluarga lengkap mampu sempurnakan kehidupan. Ada anak-anak jadi hilang perhitungan kerana melihat ibu bapa sering bertelagah. Keadaan kediaman negatif semestinya memberi tekanan pada mereka.

5. Percayalah ada perempuan hidupnya lebih bahagia setelah perkahwinan kedua atau ketiga. Usah putus asa mengejar kebahagiaan dalam kehidupan. Teruskan mengharap tetapi bukan pada si dia yang tak guna.

6. Kaji pasangan kamu apakah mereka punya bunga-bunga perubahan? Seandainya perubahan yang ada hanya seminggu dalam sebulan. Tiga minggu lagi perangai tetap seperti syaitan, lebih baik angkat kaki. Jangan mengharap si dia akan berubah kerana perubahan hanya datang dari dirinya. Ya, doa mungkin satu jalan tetapi jikalau terlalu lama, usah buang waktu.

7. Hendak bergantung pada doa atau menunggu perubahan si dia perlu dikaji juga tahap perangai pasangan kamu. Apakah pada tahap paling baik, kurang baik, baik, jahat, sangat jahat atau paling jahat? Seandainya dia di tahap paling jahat tak boleh diajar, tak perlulah ditunggu lagi.

8. Memang pasangan itu orang paling dikasihi. Bagi yang telah berkahwin, memang anak-anak adalah paling disayangi. Tetapi tiada yang lebih penting selain diri kamu sendiri. Fikirkan apakah kerugian-kerugian kamu alami sepanjang bersama? Jangan perhambakan diri pada orang yang salah.

Sumber: Gua
Keluarlah Daripada Hubungan Tidak Keruan

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum , memang benar sbgai wanita kita tidak lari dari sifat penyayang . . .

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.