Cinta Umpama Menunggu Bas


Share on Tumblr Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! Cinta Umpama Menunggu Bas

2 Komen:

liasalia berkata...

salam..
slps bce cite ni...ade persamaan dgn saya... :(

Tanpa Nama berkata...

Syabas, andas,org y kreatif dlm m,buat p,umpamaan sperti ini...hhakkk

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.