Sifat Kita, Sifat Jengking


Share on Tumblr Semasa berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua ternampak seekor kala jengking yang tergapai-gapai di dalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkali-kali cuba memanjat tebing, tapi setiap kali mencuba, ia jatuh semula ke dalam air.

Lelaki tua itu berasa simpati. Dicapainya jengking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan itu menyengat jari lelaki tua itu. Sakitnya bukan kepalang. Ironinya, tiap kali disengat, orang tua itu tetap juga mencuba untuk mengangkat jengking hitam itu keluar dari lopak.

“Mengapa pakcik masih lagi nak menyelamatkan kala jengking ini? Dah berkali-kali pakcik disengatnya,tapi pakcik masih lagi nak mencuba. Kenapa?” Tanya seorang pemuda yang sejak tadi memerhatikan lelaki tua tersebut.

Orang tua itu menjawab,”Menyengat memang sifat semulajadi seekor kala jengking. Tapi sifat semulajadi manusia ialah menyayangi. Mengapa mesti kita korbankan sifat semulajadi kita itu kepada sifat semualajadi seekor haiwan?”.

Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi mengeluarkan jengking hitam itu sehingga berjaya. Lelaki tua itu tersenyum puas biarpun bisa sengatan telah pun menular ke seluruh tubuhnya…

Bersama-samalah kita menghayati erti sebenar sifat semulajadi kita yang bernama manusia.. Sifat Kita, Sifat Jengking

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

jadi pengajaran kepada kita..walaupun sahabat kita itu sudah menjadi musuh kita,tp bila dia kesusahan kita tetap menolongnya..kerana kesian..mereka berbaik..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.