Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.
Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.
Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.
Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya. Mutiara Kata Kehidupan
10 Komen:
stelah gw bc2 kata mutiara di atas….
gw menyadari ..cwo gk blh lemah…
karna mash banyak lbih p[enting dari smw ini…
gw harus sllu memandang k depan…wwslm..
ya.. saya juga berfikir apa yg kalian tulis ni. ianya menjadikan sa lebih bersemangat utk hidup... & kehidupan yang bermakna apabila kita dpt membahagiakan TUHAN & yg kedua parent yg tersayang.
Kehidupan ini juga adalah seperti sebuah perjalanan dimana adakalanya kita terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan di sepanjang perjalanan......
kadang melalui pengalaman dan dugaan yang mendatang mencorakkan kehidupan kita agar kita tidak bosan...
live must go on
kesusahan banyak mengajar dlm erti hidup.in dah sungguh kata2 di atas.
kata2 diatas bikin aku lebih kuat menghadapi suatu hal ..../?
dan aku bsa kuat mejalani hidup ini//////?
saya orang yg banyak ujian... berat menghantap sana sini ,nmun semua ujian itu pelan2 ku coba menerimx... n alhamdulilah ujian ini mengajarkanku untuk sedikit menjadi orng yg sbr n kuat....
sy sllu jaga hati org.. tp hati sy xda siapa nk jaga.. sy tetap b'sbrr!