Pandaikah anda bergaul?


Share on Tumblr Kemahiran berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat memang penting, terutama apabila anda memasuki alam pekerjaan. Selain itu, pergaulan yang baik juga penting di luar pejabat/sekolah seperti sewaktu kenduri-kendara. ketika berkunjung ke rumah saudara mara, dengan jiran dan menghadiri pelbagai majlis lain. Cubalah kuiz di bawah ini untuk melihat sama ada anda bijak bergaul atau tidak.

1. Anda menghadiri kenduri kesyukuran di rumah bapa saudara pada satu hujung minggu. Setibanya di rumah itu, anda dapati ramai orang di depan dan di dalam rumah. Tindakan anda…

a.bersalam atau menyapa orang ramai.
b.terus masuk ke dalam rumah.
c.memberi senyuman sahaja kepada mereka.

2. Dalam satu temasya sukan tahunan. anda dimasukkan ke dalam sebuah rumah sukan. Akan tetapi, tiada seorang pun daripada ahli rumah terbabit yang anda kenal rapat. Anda…

a.terus beramah mesra dengan ahli yang lain, demi semangat kesukanan.
b.hanya menumpukan kepada latihan untuk mendapat pingat.
c.bertanya atau bercakap untuk perkara yang perlu sahaja.

3. Dalam satu jamuan rumah terbuka di rumah anda, anda lebih suka…

a.menyambut dan melayan tetamu yang datang.
b.menyediakan makanan dan menguruskan pinggan mangkuk di dapur.
c.menunggu di ruang dapur, dan menjenguk ke depan sekali-sekala apabila pertolongan diperlukan.

4. Adakah anda merasakan bahawa kemahiran bergaul dan berkomunikasi itu penting?

a.Sangat penting.
b.Tidak penting.
c.Kurang penting.

5. Semasa menyiram pokok bunga di halaman rumah, adakah anda menegur sapa jiran-jiran di sebelah rumah?

a.Ya
b.Tidak
c.Kadang-kadang.

6. Pada pandangan anda, adakah bijak bergaul itu bermakna anda terlalu ramah, sehingga segala hal orang hendak diketahui?

a.Bukan begitu. Pergaulan yang baik penting untuk memudahkan kerja setiap hari dan menghargai hubungan sesama manusia.
b.Ya. Pada anda, bijak bergaul itu ialah hanya bergaul pada perkara yang tidak terlalu penting.
c.Anda sendiri tidak begitu pasti.

7. Sekiranya anda masih bersekolah, perlukan anda bergaul dengan guru-guru di sekolah? Mengapa?

a.Perlu untuk menjalin hubungan yang baik dengan guru dan berkongsi ilmu dengan mereka.
b.Tidak perlu kerana bagi anda lebih baik menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.
c.Ada masanya perlu mengikut keperluan anda.

8. Pada fikiran anda, apakah kelebihan dapat bergaul dengan baik?

a.Dapat berkongsi ilmu dan pengalaman.
b.Tidak banyak kelebihan selain menyibuk hal orang lain.
c.Tidak terlalu banyak kelebihan kecuali jika ada hal yang penting sahaja.

9. Adakah anda memilih kawan semasa bergaul?

a.Ya, selagi kawan tersebut tidak mengajak ke arah kemungkaran.
b.Ya, kawan yang serasi sahaja.
c.Ya, melihat kepada keadaan dan keperluan.

10. Semasa makan di kafe ketika waktu rehat , adakah anda suka makan bersama dengan pelajar-pelajar lain?

a.Ya.
b.Tidak.
c.Tengok keadaan.

JAWAPAN ANDA LEBIH BANYAK ‘A’
Anda memang bijak bergaul. Teruskan kelebihan ini. Bagi anda, bijak bergaul penting untuk menjalankan hubungan yang baik. Anda sememangnya gembira apabila sentiasa dapat berhubung dengan ramai orang. Dengan pergaulan yang luas, anda suka bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dengan orang lain. Sikap anda ini perlu dikekalkan.

JAWAPAN ANDA LEBIH BANYAK ‘B’

Anda tidak suka bergaul atau bercampur dengan orang ramai. Pada anda, lebih baik menjaga hal masing-masing daripada terlalu mengambil tahu hal orang lain. Sebenarnya pandangan anda ini tidak tepat, kerana bergaul bukan bererti menyibuk hal orang lain. Anda patut mengubah sikap yang terlalu mementingkan diri ini.

JAWAPAN ANDA LEBIH BANYAK ‘C’

Sebenarnya anda teringin bercampur dengan ramai orang. Akan tetapi, sikap kurang yakin pada diri sendiri menjadikan anda kekok berkomunikasi. Cuba lengkapkan diri dengan ilmu. Banyak caranya. Antaranya mendapatkan khidmat kaunselor, menghadiri seminar, dan membaca buku-buku motivasi Pandaikah anda bergaul?

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.