Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.
Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?
Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi. Rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga
30 Komen:
nsb aku tgh n tgh..
aku anak tgh tp bpasangan ngan ank sulung....mcm ner yer agaknyer
aq sulung dgan tengahhh...ermmmm
dia dengan x-wife sulung dgn bungsu....erm..tapi dah cerai??? saya sulung dan dia sulung....erm...ok je. mcm mana tu?
hopefully insyaalah betoi..i anak sulung..my hubby anak bongsu =)
i ank sulung n my hubby pun ank sulung alhamdulilah bahgia
alhamdulilah i n my luv ank sulung bahagia:>
insyaAllah jdoh dan prtmuan smuanya di tgan tuhan... ssggunya Dialh yg maha mngethui lg maha bjaksana...
i sulung n ma b bongsu..
alhmdulillah..
sumenye ok..
tp dea lbey byk mngalah..
uhuhu..
even dea yg bongsu n lbey muda dr i tp dea matured..
ku sangka di terima aku,rupa2 nya aku bertepuk sebelah tanga,tapi aku tetap mencintainya sampai bila2.
salam'alaik.. ape2 pon sebenarnya jodoh tu d tangan tuhan.. ape yang benar.. telah tmaktub di loh mahfuz.. wanita yang toyyibat hanya untuk lelaki yang toyyibuun.. dan lelaki yang toyyibuun hanya untuk wanita yang toyyibat..
sulung n bongsu...leh jd akak leh jd adik...fair la kan leh rse 2 2...
anak kedua ngn ketiga xda ke...
ank tengah ngan tnggal xda ke
me ank tgh n my luve bongsu..
tp tak tau la mnjadi tak..hmpir ptus..isk..isk..;(
emm..aq bongsu..my husbnd tengah2..alhamdulilah semua woky..lge pn kteowng loving2 g2..huhuhu
bongsu ngan bongsu..
tp still bhgia cz dy bnyk mengalah (^_^)
mcmne plak klo i ank second last and my hubby pon second last..
so i xtau lor mcne..
tp i still hepi
sulung dgn sulung..
erk..
i pyak tgh n bongsu ...not bad larh ..
aq tgh..
dye sulung..
tp aq yg byk mglh..
pape pown,kmi msh epy..
kdg2 xbley pcya jugak. ramai je y bahagia. Allah maha mengetahui
ank tggl ngn ank ke-2 cmne??
tgh n bngsu....
hehehehehehehe.....
Bongsu dan Bongsu ...
pasangan aku anak sulung.. aku plak anak bongsu..buat masa sekarang ni, aku rasa aku yang jadi anak sulung.. mungkin sebab perbezaan umur kami..
Nsib tengah+tengah.hahahaha
I anak sulung my hubby pun anak sulung. Mmg selalu sgt bergaduh. Dua2 nak menang. Tapi biasa lah kan setiap hubungan ada pasang surut. And alhamdulillah kami masih bahagia
aku anak no.dua dgn anak no.dua jg..
sama la. sya sulung and my ex bongsu. kita kekal sampai 5 tahun walaupun dduk berjauhan. then we break up psal hal yg sya sendri terpaksa lepaskan dia. after 1 year lari dari dunia then i found new girl. last last tahu dia anak bongsu.... parah camni. mungkin dah jodoh. but now nk berusaha tuk jadikan dia sebagai isteri sehingga ke akhir hayat.. inshaAllah. amin.....
ALLAH SWT telah menetapkan yang terbaik untuk hambanya , tak kisah lah tengah atau sulung , sebab ALLAH SWT lebih mengetahui yang terbaik untuk umatnya