Kesalahan pertama kali bertemu


Share on Tumblr Apakah sembilan kesalahan yang perlu anda berikan perhatian saat pertama kali bertemu dengan si dia?

Hati-hati dengan pertemuan pertama anda dengan si dia. Kemungkinan kesilapan pertama yang anda lakukan itu sedikit sebanyak mendatangkan impak kepada diri sendiri.

Misalnya, anda mungkin salah memilih pakaian. Pastikan penampilan anda sesuai dengan situasi dan perjumpaan itu.

Elakkan menyarung sepatu tumit tinggi dengan baju yang seksi, apabila si dia mengajak anda ke taman bunga.

Jadikan pertemuan pertama anda itu sebagai sejarah awal percintaan anda berdua. Sekiranya si dia tidak menepati apa yang anda inginkan, jangan sesekali memberi harapan untuk pertemuan kali kedua.

Namun, jika si dia yang selama ini yang anda carikan, pastikan anda ingin segalanya berjalan lancar.

Bagi memastikan anda masih berpeluang berjumpa dengannya buat kali kedua dan seterusnya, hindarilah beberapa kesalahan yang sering berlaku pada pertemuan kali pertama ini. Antaranya ialah:

1. Datang lewat

Lewat lima minit tidak bererti si dia dapat menerima alasan yang diberikan. Kelewatan anda itu akan mempengaruhi imej dan kepercayaannya terhadap anda walaupun pada pertemuan pertama.

Bayangkan, untuk berjumpa dengan anda, pelbagai perkara bermain di fikirannya, inikan pula kelewatan yang anda sendiri lakukan. Si dia mungkin merasakan kemungkinan anda akan mengulangi kelewatan itu pada pertemuan-pertemuan akan datang.

2. Buat keputusan sebelum keluar bersama

Pastikan anda dan si dia merancang destinasi yang dituju. Ini untuk mengelakkan anda berdua saling bertanya destinasi tersebut pada hari pertemuan itu nanti.

Ingat, perbincangan pada saat akhir akan membuatkan anda berdua terpaksa pergi ke tempat yang membosankan.

Mengetahui lokasi pertemuan juga membolehkan anda merancang pakaian yang sesuai.

3. Jauhi perbicaraan berunsur keyakinan

Elakkan perbincangan yang melibatkan hal-hal keagamaan politik, muzik mahupun industri filem. Mengapa? Sewaktu anda dan si dia mengetahui bahawa masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza, pertemuan pertama itu akan berakhir dengan debat yang serius.

Ada baiknya jika pertemuan itu dihabiskan dengan bertukar-tukar pendapat. Namun, bukankah lebih baik jika anda dan si dia mencapai tahap kesederhanaan sebelum berdebat?

4. Mata keranjang

Hari ini, bukan lelaki saja yang yang bersikap mata keranjang, segelintir wanita juga begitu.

Begitu juga dengan anda, ketika bersama si dia elakkan mencuri pandang ke arah lelaki lain. Ini seolah-olah memberi isyarat kepadanya agar mencari wanita lain.

5. Mengajak teman


Mungkin anda baru mengenali si dia dan menyimpan perasaan takut dan berhati-hati sebelum ditipu atau dianiaya si dia.

Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengajak rakan menemani anda bertemu si dia. Membawa teman sewaktu kali pertama bertemu dengan si dia memperlihatkan anda seorang yang tidak matang.

Jadi, pada saat anda membuat temu janji untuk berjumpa dengannya, anda harus bertanyakan kepada si dia adakah pertemuan yang akan berlangsung itu hanya anda berdua sahaja atau melibatkan kehadiran orang ketiga. Cara sebegini adalah untuk memastikan bahawa si dia tidak akan membawa teman-temannya yang lain.

6. Terlalu agresif

Kawal emosi anda walaupun ia adalah pertemuan yang pertama dan anda begitu teruja. Elakkan daripada terlalu menunjuk-nunjuk. Misalnya, dengan menyentuh si dia pada bahagian-bahagian tertentu di khalayak.

Cara ini menunjukkan anda seolah-olah seorang wanita yang mudah menyerah.

7. Kurang agresif

Jangan hanya berdiam diri dan mengharap si dia yang akan memulakan bicara.

Sekiranya anda terus berdiam dan tidak banyak memberi tindak balas, si dia pula akan memikirkan bahawa anda tidak dapat menerima dirinya.

8. Batal pada saat-saat terakhir

Elakkan membatalkan pertemuan pada saat-saat terakhir kecuali anda berdepan dengan situasi genting seperti kematian, keluarga sakit dan sebagainya.

Ini kerana, mungkin si dia sudah bersiap sedia untuk ke destinasi tersebut.

9. Menguasai perbicaraan


Ucapkan kata-kata anda dengan tenang. Berikan si dia peluang untuk berbicara dan mengutarakan pendapatnya.

Elak memesan makanan atau minuman untuknya, melainkan si dia menyuruhnya.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
Kesalahan pertama kali bertemu

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ooooooooo....best artikel ni... skung aku tgh bengang dgn mamat ni.. ckp nk jumpa tp hampeh tul r... langsung x contct aku pas wat janjitemu..apece??? tp aku positif thingking je lah. dh x nk jumpe xpe ler. dia dh jumpe kot wanita idaman dia 2. what ever lh. janji aku xde ape2 dh dgn dia ni..just wanna say gud bye..

munchai berkata...

aku pnah jumpe die wat kali pertama,and wat beberapa bnde bodoh depan die,i was thinking that mngkin xkan ade pjumpaan kedua..tp die ajak jumpe lg and tetibe ckap die syg aku..bole pcaye ke lelaki camni? (cause aku bknnye lawa sgt...)

Tanpa Nama berkata...

aku,, entahlaa,,
kami da tunang,, tp jrang jumpa sbb si dia belajar die new york..
die jarang call aku,.. tp peliknyer kerap call mak n ayah aku..
bole caya ke?? aku kdg2 risau jugak..

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.