Erti Kemaafan Di Hari Raya


Share on Tumblr Bila sebut tentang kemaafan, ia memang sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Sukar untuk diucapkan dan sukar juga untuk diberikan. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan suatu peristiwa yang begitu menyentuh emosi. Memang sukar untuk meminta maaf atau memberi maaf. Namun kita perlu ingat kalau bukan Aidil Fitri maka bila lagi waktu yang sesuai untuk kita bermaaf-maafan? Dalam bermaaf-maafan ini, ada yang bermaaf-maafan secara biasa-biasa sahaja tetapi ada yang perlu melakukannya sungguh-sungguh kerana memang ada kesalahan besar antara kita dan seseorang. Di sini perlunya kita menilai diri bagi mengatasi perasaan ego dan seterusnya sanggup bermaaf-maafan demi membina satu hubungan yang baik. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita renungi bersama bagi menguatkan azam kita untuk bermaaf-maafan dengan lebih bersungguh-sungguh.

1. Semua orang melakukan kesilapan.
Kita tidak perlu malu untuk terlebih dahulu menghulurkan tangan dan memohan maaf sebab semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidupnya. Tidak mustahil ketika kita memohon maaf dari seseorang maka dia pula sebaliknya memohon kemaafan dari kita. Cuma mungkin skala kesilapan yang telah dilakukan itu sahaja berbeza iaitu kecil atau besar.

2. Memohon maaf bukan bererti lemah.
Kikis persepsi kita bahawa memohon maaf itu tandanya kita lemah atau tiada pendirian. Ini bukan soal pendirian atau kewibawaan. Ini soal hubungan silaturahim yang wajib dieratkan. Kalau semua orang keras hati maka siapa yang mahu memulakan? Sampai bila pun titik perubahan tidak akan ditemui. Oleh itu biarlah kita yang memulakan dahalu. Lebih-lebih lagi kalau kita dipihak yang sepatutnya memulakannya dahulu. Oleh itu biarlah kita yang sepatutnya memulakannya dahulu. Misalnya kalau kita anak maka semestinya kita meminta maaf dahulu kepada kedua ibu bapa, isteri kepada suami, murid kepada guru, pekerja kepada majikan, adik kepada abang dan begitulah seterusnya. Walaupun kita sedar bukan kita yang bersalah tetapi status itu memerlukan kita untuk memulakannya.

3. Yakin apa yang kita berikan itulah juga yang kita dapat.
Allah itu maha adil, apabila kita berikan kemaafan kepada seseorang maka orang lain pula akan berikan kemaafan kepada kita. Kata orang putih 'What you give you get back! Jadi kita tidak perlu mengharapkan apa-apa dari orang yang telah kita maafkan itu sebab habuan untuk kita pasti datang dari orang lain pula.

4. Berikan kemaafan dengan penuh keikhlasan.
Seringkali berlaku situasi yang mana kita mengungkit kembali apa yang telah kita maafkan. Kalau begitu keadaannya dimana keikhlasan kita? Memaafkan itu perlu datang daripada hati dan disertai dengan sepenuh keikhlasan. Apabila kita telah memberi maaf maknanya antara kita dan orang itu sudah tidak ada apa-apa lagi. Tutup terus cerita lama dan buka buku baru.

5. Nyatakan salah kita secara spesifik agar mudah bagi orang memaafkan kita.
Kalau kita ikhlas memohon maaf maka nyatakanlah kesalahan mana yang kita mahu orang maafkan kita. Ada sesetengah orang sangka bila tibanya Aidil Fitri maka memohon maaf secara umum itu sudah memadai. Andaian sebegini adalah salah. Kita perlu nyatakan secara spesifik apa yang telah kita lakukan dan memohon agar kesalahan tersebut dimaafkan. Barulah orang yang mahu memberi maaf itu ikhlas pula memaafkan kita. Kenapa perlu rasa malu kalau kita ikhlas untuk meminta maaf? Memamg sukar untuk memulakannya tetapi setelah dilakukan maka kita sendiri akan rasakan bagaimana satu beban besar yang ditanggung selama ini terlepas serta merta.

6. Allah tidak ampunkan dosa kita.
Dosa kita dengan Allah bolehlah kita bertaubat tetapi bagaiman dosa kita dengan manusia? Kita perlu ingat Allah hanya akan ampunkan dosa kita sesama manusia hanya setelah kita meminta maaf dengan pihak yang terlibat. Selagi kita tidak meminta maaf maka selagi itulah kita terpaksa menanggung dosa itu dan terimalah balasannya di akhirat kelak. Sebab itu penting untuk kita segerakan memohon maaf ini kerana kita tidak tahu bila ajal kita. Erti Kemaafan Di Hari Raya

0 Komen:

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.