Kuiz kenali pasangan ideal


Share on Tumblr Bagi menguji sama ada pasangan anda sesuai atau tidak, tandakan 'ya' atau 'tidak' bagi setiap pernyataan di bawah. Hasilnya, anda boleh mengetahui sama ada calon pilihan anda benar-benar serasi dengan diri anda. Selamat mencuba!

1. Apakah anda berdua memiliki corak dan semangat pergaulan sama atau hampir sama? (Ya/Tidak)

2. Apakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai hidup yang luhur serta lapang fikiran? (Ya/Tidak)

3. Apakah berdua saling hormat menghormati dan berpuas hati dengan pekerjaan masing-masing? (Ya/Tidak)

4. Apakah bakal tunang anda matang usianya? (Ya/Tidak)

5. Apakah bakal tunang anda terkenal di kalangan sahabat sebagai individu beramanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

6. Apakah anda berdua sudah lama berkenalan? (Ya/Tidak)

7. Selama perkenalan pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua? (Ya/Tidak)

8. Apakah si dia tidak meninggalkan solat? (Ya/Tidak)

9. Apakah rancangan perkahwinan anda berdua dipersetujui keluarga kedua belah pihak? (Ya/Tidak)

10. Apakah bakal tunang anda patuh kepada kewajipan agamanya? (Ya/Tidak)

11. Apakah bakal tunang anda bukan kaki muzik dan rockers ? (Ya/Tidak)

12. Apakah anda sudah memikirkan masak-masak soal pilihan hati atau lebih didorong nafsu? (Ya/Tidak)

13. Apakah bakal tunang anda mempunyai perhubungan yang rukun dengan keluarganya? (Ya/Tidak)

14. Apakah bakal tunang anda bukan pemboros? (Ya/Tidak)

15. Apakah bakal tunang anda mudah cemburu dan syak wasangka? (Ya/Tidak)

16. Apakah bakal tunang anda tenang walaupun anda panas baran? (Ya/Tidak)

17. Apakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian mengenai hidup berumahtangga? (Ya/Tidak)

18. Apakah bakal tunang anda sederhana tabiat dan bukan dari golongan kaki motor dan kaki perempuan? (Ya/Tidak)

19. Apakah bakal tunang anda boleh memberi didikan agama kepada anak-anak anda kelak? (Ya/Tidak)

20. Apakah anda mengerjakan solat sunat istikharah untuk menentukan sama ada pilihan hati baik untuk diri anda dan agama? (Ya/Tidak)

Keputusan:

# Jika anda dan pasangan masing-masing menjawab 'ya; sebanyak 16 kali atau lebih, ini membuktikan mahligai yang bakal dibina disinari cahaya kebahagiaan dan kejayaan. Jika anda menjawab 'ya' kurang dari 15 kali, perkahwinan anda mungkin berjaya tetapi dilanda gelombang pahit.

Sebaliknya, jika jawapan 'ya' tidak sampai 10 kali, perkahwinan anda kelak diragui sukar bertemu kedamaian. Kuiz kenali pasangan ideal

20 Komen:

Tanpa Nama berkata...

xleh copy ke

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama berkata...ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

tak faham...tak logik

Cikgu Dahlia berkata...

xde pasangan..so xleh nk jawab...

Tanpa Nama berkata...

INI SEMUA BUKAN KITA TENTUKAN JIKA TUHAN TELAH LETAKKAN KITA BERGITU,APA APA PUN KITA SERAHKAN PADA TUHAN.

filzahsafia berkata...

kebahagiaan tak ditentukan dengan ujian bertulis ok...

中文aMoySEpet™ berkata...

le copy arh!

Tanpa Nama berkata...

kekadang kita cuba untuk memperbaiki diri untuk dia,tapi hanya kekecewaan di terima walaupun sekian lama menyemai kasih pada yang satu.

Tanpa Nama berkata...

Bukan kite yang tentukan soal jodoh ajal maut, sume dari ALLAH S.W.T. berdoalah kepadanye agar kehidupan kite di berkati & dapat petunjuk drNYE kelak...
Amin...

Tanpa Nama berkata...

berserah je dgn ape yg brlaku

Tanpa Nama berkata...

gk ngertiii

Tanpa Nama berkata...

adakalanya mempunyai perbezaan antara pasangan itu sesuatu yang indah;)

liyana berkata...

cinta itu indah

Tanpa Nama berkata...

ALLAH jua yg b'kuasa menentukan sgla-glanya....

Tanpa Nama berkata...

Aq angp mcm
Permainan best jua,benda gnie
Ndah pya lar bha
Pecya 100% kan kan kan..

Tanpa Nama berkata...

sekadar nak buang boring je... hahaha... bkan btol pon.. jodoh ditentukan Tuhan... bukan kuiz...

Tanpa Nama berkata...

yuk lah duuu... hahaha... x kenah bak besayak anik wak sidu... jodoh telo Tuhan mak tao..

Tanpa Nama berkata...

aku syg ea tapi ea x tahu.....mcm mana mau bgi tau ea tu??........

Tanpa Nama berkata...

saye tak tahu nak pilih sape dalam hidup saya .. hm .

💕 berkata...

Saye x tahu....

Selepas Baca, Sila Komen

Artikel Terkini

Disclaimer: Blog ini ibarat 'scrap book' saya. Di sini saya kumpul artikel yang saya gemari di akhbar, majalah dan internet berkaitan CINTA. Artikel-artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi sekadar koleksi peribadi dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.