Steve Smith dan Carmen Ruiz-Perez, masing-masing berusia 42 tahun, berkahwin selepas 16 tahun berpisah.
Pasangan itu jatuh cinta dan bertunang ketika usia mereka 20-an apabila Carmen berhijrah ke England untuk berlajar.
Bagaimanapun, selepas setahun pasangan itu terpaksa berpisah disebabkan Carmen berpindah balik ke Perancis.
Beberapa tahun kemudian Steve menulis surat kepadanya dalam usaha untuk menyambung percintaan yang terkandas.
Malangnya surat tersebut tidak sampai ke tangan Carmen apabila ia terjatuh dan terselit di tepi tempat pendiangan di rumah Carmen.
Carmen hanya dapat membuka surat cinta itu 10 tahun kemudian selepas ia ditemui apabila tempat pendiangan tersebut, baru-baru ini dirobohkan untuk pengubahsuaian.
Carmen yang masih bujang dan tidak pernah melupakan percintaan pertamanya itu - menerima surat Steve yang antara hanya menyebut: "Saya harap anda sihat. Saya menulis untuk bertanya sama ada anda telah berkahwin atau masih mengingati saya."
Menurut Steve, dia tidak menulis panjang kerana mengagak Carmen sudah berkahwin.
"Tidak pernah terfikir selepas 10 tahun kami dapat bertemu semula," katanya.
Pasangan itu kemudian bertemu di Paris beberapa hari kemudian dan mengambil keputusan berkahwin - 17 tahun selepas jatuh cinta kali pertama. Kalau sudah jodoh tak ke mana
4 Komen:
Fuh...inilah baru dikatakan cinta sejati.....
i arap dia bahagia sampai ble2..amik masa belasan tahun tu....cayalah...nasib baik gurl tak kawin lagi.....owg putih ape ada hal kawin jap,cerai pown tak da hal...lantak la.relation i ngan my bf pown cam hampeh...i nak larikan diri jaoh2 dari my bf...tapi i arap i tak jpe dia da 1 day nti.......i benci dia..dlu i bhgia tp skang i.......
itulah nmenye jodoh dtgn tuhan...klu kite xnk pn, klu dah jodoh xleh wt pe.....
best gak story dorg ni.mcm i pas 9 thn terpisah sebab membina career..tup2 jumpa balik and now tengah rancang nak dirikan masjid..mudah2an berkekalan hingga akhir hayat amin ..
erm...hope adalah jodoh dgn si dia nie
ntah nape erk bila dah mula tertarik kat dia nape dia lak seolah2 melarikan diri dr kita???