Ada kemungkinan menemui insan sedemikian, namun mungkin sukar untuk kekal menjadi kekasih setia.
Mungkin juga ramai wanita sanggup membujang sampai ke tua disebabkan kebanyakan teman lelaki yang didampingi tidak mendahulukan kejujuran dalam perhubungan.
Justeru, wanita menjadi keras hati dan seterusnya mahu hidup membujang selama-lamanya kerana sasaran untuk mendapatkan lelaki yang terbaik semakin sukar.
Barangkali juga ada wanita yang sudah mempunyai seseorang untuk dijadikan sandaran masa depannya. Namun, pada masa sama, lelaki itu pula ramai teman wanita malah hanya mahu berfoya-foya, lantas dia bukanlah pilihan terbaik.
Terdapat juga segelintir wanita yang bahagia jika memperoleh lelaki jenis yang dimaksudkan - prihatin, simpati, romantis dan menepati apa yang dicari selama ini.
Sebenarnya dalam dunia ini, ada pelbagai rupa lelaki sama ada berhidung belang, si buaya darat mahupun si kaki kikis yang nyata menyusahkan hidup.
Renungkan sedikit panduan berikut untuk membantu anda mencari pasangan. Wanita perlu berhati-hati dengan 10 jenis lelaki yang disenaraikan ini:
# Lelaki yang sering berkata: "Abang memang sayang kepada sayang, tetapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius".
Bayangkan jika ada kaum Adam yang meluahkan kata-kata sedemikian sedangkan anda sudah menjalin hubungan lebih lima tahun dengannya.
Ini bermakna anda bukanlah orang yang diharapkannya malah barangkali, anda tidak pernah ada dalam kamus hidupnya untuk dijadikan calon suri hidupnya.
# Lelaki yang sering menghubungi atau menghantar pesanan ringkas (SMS) tanpa mengira waktu.
Dia akan mengeluarkan kata-kata manis apabila benar-benar memerlukan dan anda pula sekadar dijadikan alat untuk menghiburkan dirinya. Tetapi apabila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul. Beginikah lelaki yang anda harapkan sanggup bersusah senang bersama?
# Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tetapi mesra.
Anda berdua bagai merpati dua sejoli, makan malam bersama, tengok matahari terbenam di tepian pantai berdua malah ke majlis kenduri-kendara pun tidak pernah berenggang.
Sekali pandang ramai yang pasti mengatakan anda berdua pasangan paling sepadan. Namun, pada lelaki terbabit, tidak terdetik pun di ruang hatinya yang kosong itu mahukan anda mengisinya. Jadi, jangan membuang masa.
# Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tetapi tetap mahukan anda. Ini adalah jenis lelaki yang paling banyak spesiesnya. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan mahu memiliki seramai mungkin untuk memenuhi nafsunya.
Jika pernah terserempak dengannya bermesra dengan wanita lain, lalu siapakah anda di hatinya?
# Lelaki yang sering berfikir apa yang dilakukannya semua betul sedangkan pandangan anda semuanya salah.
Ketika menjalin hubungan dengannya, anda sering ditengking kononnya anda saja yang bersalah pada hal kesalahan itu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.
Bagi dirinya, anda tidak berhak menegur dirinya yang dianggap serba-serbi ada kelebihan.
# Lelaki yang naif dan seolah-olah mementingkan dirinya semata-mata. Contohnya, lelaki yang tidak faham kehendak wanita walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, tetapi dia tidak pernah ambil pusing.
Dia sering menganggap semua perkara remeh dan selalu ambil mudah mengenai sesuatu perkara.
# Lelaki yang tidak tahu kehendak sendiri. Kalau dia tidak faham kehendak sendiri, apakah anda fikir dia akan faham masalah anda apabila melayari hidup berdua kelak?
# Lelaki yang selalu mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu terlalu sibuk, dia tetap tidak mempedulikan keadaan anda.
Jika boleh, dia ingin berkepit sentiasa dengan anda tidak kira siang atau malam. Bahkan, anda bosan dengan deringan telefonnya yang benar-benar mengganggu ketenangan diri.
Ada masalah yang remeh pun hendak diberitahu, menghantar SMS atau menelefon anda. Lama-lama anda rimas dan lemas.
# Lelaki yang suka mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tidak akan mendekati lelaki yang dikutuk itu.
Hakikatnya, dia seorang yang kuat cemburu dan anda di bawah pengawasannya. Padanya, lelaki lain langsung tidak boleh mendekati anda. Bolehkah anda hidup dengan lelaki yang cemburu setiap masa?
# Lelaki yang tidak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Lagipun anda tidak nampak ciri kepimpinan yang ada padanya apatah lagi untuk menyandarkan seluruh harapan dan hidup anda padanya.
Katakan selamat tinggal saja jika akhirnya membuat anda kecewa dan merana. 10 jenis lelaki perlu dijauhi
18 Komen:
pembunuhan karakter pria..
1. Bukan tentang sayang.. tapi proses pencarian keyakinan pria thdp pasangannya
2. wanita kan tidak bodoh.. tapi kalo anda sayang buang aja teori bodoh ini, sayang kok ada istilah peralat...
4. mengajak anda seperti teman tapi mesra wajar kan..kalo gak wajar ngajak anda sebagai wanita yg tidak mesra
5. belum ada ikatan.. kenpa harus sewot.. itu tantangan buat wanita menjadi yg terbaik di hatinya
6. kalo lelaki tdk tahu kehendak dirinya berarti itu lelaki gila yang dicintai wanita gila..
7. kalo wanita gak mau dibagi ilmu..tinggal ngomong aja..gitu aja kok repot...
8. tutup akses untuk hubungi anda aja kan beres.. kao marah2 itu pria posesif ..tergantung wanitanya suka atau tidak??
4. kalo kamu emang cinta diamkan aja di ngoceh apa.. dan sebagai wanita yg baik aja dia ke ustad untuk tahu dosa mengutuk orang lain.. selesai urusan deh..
5.bagaimana mau melayani dengan betul ..jika wanita spt anda juga gak becus melayaninya..
......
mcm mana nak tau llaki tu jujur ke tak..pening pasal llaki nie... fkir2 malas nak bercnta tapi hdup skali je...pasangan aiwa nie bila ckap fham tak keinginan wnita dia kata fham tapi nak klau nak wat tu susah lah plak...apa la masalah llaki nie susah sgt ke nak layan pompuan nie?....nak bnci sayang plak nak marah rindu plak nak berpisah mcm tercabut nyawa nie...apa lah cnta nie kuat tul power
Cinta yang bukan milik kita ni memang la tak akan kekal lama...sedangkan Allah juga telah bertegas,setiap manusia dilahirkan berpasang-pasangan.Peristiwa bahtera nabi Nuh yang menyelamatkan binatang berpasang-pasangan jantan dan betina dah jadi satu signifikan.Tak payahla bersusah-susah nak bercinta dengan alasan nak mencari pasangan yang sesuai,sampai waktu nanti pasti ada seseorang yang cocok untuk kita.Bagi lelaki baik wanita,semuanya sama je.Ikhlas tak ikhlas,bergantung kepada niat kita unutk mencari pasangan.Jika unutk bahagia di dunia,maka hubungan tu takkan kekal.Jika unutk bahagia di dunia dan berjaya di akhirat,Insyaallah pasti bahagia.Bertahanlah dengan dugaan yang diturunkan.Jangan cepat melatah.
rasanya sy sendiri sudah jumpa lelaki yg berkriteria semuanya
mmg sedih dan pedih bila berharapan pada2 lelaki2 seperti di atas
bagi saya lelaki ni kita kena uji dia...sebelum dia uji kita...kita ikut aje kemahuan dia..tapi ingat jangan lebih2.lepas tu...tengok dia uji kita pulak..kalau rasa2 kesabaran kita benar-benar menyakitkan hati kita...just says good bye...darling......from..miss universe,ratu cantik kat malaysia..
aku lelaki relek je..citer tu bukan semua betul
knp lelaki xpernah cukup dgn 1 prpuan saja???sy pnah alami nya bila org yg sy syg rupanya telah mempunyai kekasih....adakah sy org ke3??walaupun sy xthu mengenainya........????
iChood TatArriExZ jAbRiggZd
mNruT Qt,, wHat EvERlah KalO bEgiTu...
orang lelaki sukar d percayai..terutama lelaki bermulut manis..ikut kau la lelaki lau nk mainkan prasaan kaum hawa di dunia nie pun,tp ingat dunia hanya sementara saje..di akhirat tentu ada pembalasan..insaf2 le!!!!!!!!!!!!!
aq benci lelaki!!!lelaki xckup 1 pmpuan!!!yg alim di panggil ustaz pn mcm 2 jgk!!aq serik di tipu owg yg di paggil ustaz!!!
maksudnya anda tentang laki2 benar tapi kurang tepat... sekarang laki2 dan perempuan itu sama saja... n tergantung manusianya aja...
aq tak pnah mbenci insan yg bnama lelaki...wlupun aq sering di kecewa kan..bagi aq ,cukup lah sekali di permainkan..untuk kali 2 aq bercnta 2 hanya tuhan yang tahu..bertapa sakit rasa di tinggal kan..tapi aq harus redha, mungkin ada hikhmah di sebalik kejadian ini..mungkin aq akan menemui lelaki yg benar2 mcintai diri aq ini pada hari yang akan datang...amin.
sebenarnya,lelaki n perempuan sama je..
kelemahan lelaki adalah perempuan sbb tue diorg rmbg mta tgk pmpuan lwa sket,mula nk pikat..
so,sbg perempuan kte kne bijak,kalo org nk pikat kte, biar je dlu,tgk setakat mna usaha dy,lyn sket2 ckup la,jgn trima kapel n lebih2, ble dy jmpa sorg pmpuan yg sgt sukar nk pikat,dy rsa sgt tercabar sbb mgkn selama ni xpnh ada yg brani mnolak dy..
mgkn gak,dy akn trus brlalu pergi or xmustahil dy akn btol2 tpikat kt pmpuan tue n trus berusaha tackel tp jgn terima dlu,tggu n mgkn smpai suatu saat dy anta pinangan kt pmpuan tue,mse tue bru la trima sbb bru nmpk keikhlasan
dy yg sbnrnya...mgkn jugak nie yg dinamakan cinta sejati n bahagia berkekalan hingga ke syurga..insya allah..
actually,pokok utama adalah cinta kpd allah dgn mengikut segala perintahnya yg melarang pergaulan bebas antra lelaki n pmpuan bkn muhrim yg hny brlndskn nafsu semata-mata iaitu nafsu cinta manusia..
sukarnya untuk mendapatkan cinta sejati. apatah lagi untuk memiliki lelaki yang memahami diri kita kan..Kenapa la susahnya nak kekalkan hubungan ni,sedangkan kita mengharapkan ia sampai ke jinjang pelamin...kenapa??dan kenapa??dimana janji-janji kamu untuk sehidup semati dengan aku dulu??...kenapa harus terjadinya begitu??pedih hati ini...tidakkah kau rasa bersalah dengan apa yg engkau lakukan terhadapku??oh lelaki!!.........cinta yang pergi xkan kembali lagi!~ lelaki xpernah nak setia,jujur, dan memahami kita!~malah ada yang mengambil kesempatan ke atas diri kita kan...hmmm...
aq yg tak pernah kekal dlm hbgn percintaan...
sgt menyedihkn apabila melihat org yg tersayang menderita kerana keadaan diri aku yg tak punya apa2.. melainkn sebuah kehidupan yg hendak di teruskan.. mungkin sedikit masa lagi aku terpaksa memutuskan hubungan kita.. agar kamu tidak terus menderita.. sblm apa2 yg berlaku ku mohon kemafaan beribu keampunan.. tidak dapat menunaikan janji yang perna kita ungkapkan dahulu...saat ini aku sangat keliru adakah melepaskan mu sbg satu permulaan hidup baru atau satu tindakan yyg sangat bodoh...
ex saya ada ciri2 mcm 2...kami kapel lima taon..kmudian ptus sbb mak dy xska sy...tp skrg dia dtg blek cri sy..bila sy ckap sy da kpel ngan owg len...dia salahkan sy..n slalu bt ayat smp mnyebabkan sy rasa bsalah...dia ckap sy y pling bnyak tau pasal diri dy..sy memg dilema...
Sy bukan nak salahkan lelaki atau perempuan didalam hubungan percintaan yg terputus ditngah jalan...adakah anda semua terfikir kenape semua ini berlaku kpada kte smua...Allah dah bgi jodoh pertemuan kat kite semua dngan masing2..tp ape yg kite buat???kebanyak kan kite tak bersukur ape yg Allah telah diberikan kpda kite...Apa bila kite dh dapat insan yg kite sygi...kite semua tahu nak bersukaria je smpaikan kte semua terlupa kat Allah S.W.T...